Monday, July 11, 2011

Saya sayang suami kesayangan saya :))


Dear diary,

Sejak nak masuk bulan-bulan terakhir pregnant ni, nampaknye encik husband makin menjaga makan minum tuan puteri kesayangan dia. Kalau ikutkan dulu, hari-hari.. tiap-tiap pagi aku terpaksa tadah telinga dengar dia membebel itu ini..

''yg.. dah minum susu belum ?''
" yg.. kurma kismis dah telan belum ?"
"obimin mana obimin.. dah makan belum ?"

Pendek kata.. memang hari-hari aku kena bebel. Bukannye aku ni malas nak minum susu, tapi kenkadang tu.. bila dah makan serba serbi bercampur aduk.. mestila macam tak best je nak minum susu kan. So aku pun buat-buat lupa minum susu. Kalau encik husband pulak tak ingatkan.. aku pun tak minum.

Tapi sekarang ni, encik husband dah sediakan schedule untuk aku. Tak cukup dengan anmum, susu kambing Higoat tu pun dia paksa aku minum... hehe! Tiap malam dia akan bancuhkan susu simpan dalam peti untuk aku minum esok pagi nyer.. Macam tu seterusnya hari-hari. Bila breakfast, atas meja dah tersusun susu, kurma & kismis, breakfast then  baru obimin.. Haish! encik suami betul-betul nak aku and baby sehat nampaknyer. huhu! Sayanggg encik husband sangat-sangat..

"Ya Allah! semoga engkau permudahkan segala urusan kami. Amin.."