Wednesday, July 6, 2011

Semua untukmu, Rayyan

Dear Rayyan,

Kehadapan Rayyan yang amat ditunggu-tunggu. Sedang mama coretkan diary ni, umur Rayyan dah 30 minggu and diharapkan Rayyan sentiasa sehat-sehat selalu dalam perut mama. Disebabkan anak mama dah buktikan apa yang abah dan mama tertanya tanya selama ni, jadi mama dah taknak panggil Rayyan baby lagi. eheh! Harap-harap Rayyan suka dengan nama tu okey sayang.. :)

Kalau Rayyan nak tahu, semenjak dua menjak ni mama macam dah takde modal lain bila bukak entry blog. Dalam kepala asyik nak bercerita pasal Rayyan ajer. Seronok la bila nak cerita pasal Rayyan. Mama jadi semangat nak taip itu ini. hehe! Sayang jangan nakal-nakal kat dalam tau. Sekarang ni Rayyan makin-makin aktif dalam perut mama. Seriesly! Kadang-kadang Rayyan buat mama tersentak dengan tendangan Rayyan tu. Adoi! kuat betul la anak mama nih! Cubiit kaki dia bila keluar nanti :)) Malam tadi pulak Rayyan buat mama tak boleh tidur lena. Rayyan bukan main aktif lagi taknak tido-tido. Bila Rayyan tak tido, automatik mama tak buleh tido lena jugak. Abah pun sama jugak tau.. Kesian mama and abah.. Harap-harap malam ni Rayyan tak meragam kacau mama ok sayang..

Sekarang ni jam dah dekat pukul 10 malam. Abah tengah layan transformer. Kesian abah, macam-macam hint abah bagi nak ajak mama tengok wayang. Tapi malangnye, mama tak larat sangat nak temankan abah tengok wayang 2 3 jam dalam panggung tu. Jadi, abah download movie tu dari internet ajer. Mama pulak tengah seronok menaip untuk Rayyan. Moga bila Rayyan besar nanti, diary mama akan menjadi bukti kisah suka duka kasih sayang keluarga kita. Apa yang mama and abah selalu doa dan harapkan agar Rayyan menjadi anak yang baik kepada kami nanti. Insyaallah..

Mama nak cerita pasal persiapan Rayyan ok. Alhamdulillah sekarang ni 100% barang-barang keperluan Rayyan, mama dan abah dah siap sediakan. Abah lah yang paling excited sekali nak basuh semua baju Rayyan tau. Mesti Rayyan bangga kan sebab dapat abah yang terlalu sayangkan Rayyan. Mama jugak.. :)) Sampaikan mama and abah berebut-rebut nak basuh, nak sidai baju Rayyan. Harap-harap untuk adik-adik Rayyan nanti pun abah tak berubah apa-apa la kan. hehe!

Tengok tu, kesian abah penat rendam basuh baju Rayyan tau

Saje mama amik pic abah tengah excited tu. Bukti ma boleh perli abah kalau abah dah start malas-malas kena basuh baju Rayyan lagi nanti. hehe!

 Ini semua batch pertama baju Rayyan siap disidai. Pheew!

 Mama close up kan baju favourite abah and mama untuk Rayyan. Yang kiri sekali tu pilihan abah and yang kanan pulak mama yang pilih. Saje amik saiz besar sikit biar Rayyan boleh pakai lama nanti..

 Semuanya dah sedia untuk Rayyan, anak mama and abah..

Macam yang mama cakap entry sebelum ni.. last week mama and abah dah pegi sale My Dear warehouse. Memang best sangat sebab banyak betul barang-barang Rayyan yang boleh kami beli. Abah cakap, alang-alang dah datang jauh-jauh.. kalau boleh abah nak cari semuanye lengkap untuk Rayyan. Mama ikutkan ajer. Ingatkan mama sorang je yang beriya-iya excited, tapi bila tengok abah.. lagi-lagi-lagi la excited kalah mama tau! Abah pun dah rambang mata tengok barang-barang baby. Kalau boleh semua benda dia nak beli untuk Rayyan. Haish! First sekali mama dan abah sampai warehouse dah dekat pukul 1.30 petang. Time tu memang ramai berpusu-pusu memborong. First sekali kitorang survey tempat tidur Rayyan. Awalnye planning nak carikan Rayyan 'baby cot' tapi abah fikir macam tak practikal pulak sebab katil tu fixed. Kalau boleh nak cari yang multi-purpose. So, playpen la pilihan terbaik untuk Rayyan. Selain tempat tidur Rayyan yang kiut tu, benda alah tu pulak boleh bukak pasang. Jadi memang senang la kalau nak bawak balik kampung nanti. Lagipun, dengan playpen ni.. bila Rayyan dah besar sikit nanti pun Rayyan still boleh main dalam playpen tu. Bila dah tengok harganye pun ok, abah and mama terus book playpen satuuuu..

Item kedua pulak yang mama and abah belikan untuk Rayyan adalah stroller. Alhamdulillah! memang satisfied! Tak padan dengan harga.. tapi berkualiti! Kaler pulak ada ala-ala retro terquoise gitu! Memang comel untuk anak mama nanti nih. Then, mama and abah belikan Rayyan car seat jugak supaya senang Rayyan on the way ke mana saje nanti. Lebih-lebih lagi, kemungkinan besarnya Rayyan akan masuk nusery. So benda ni memang penting sangat la untuk Rayyan. Lepas tu, jalan-jalan ke dalam lagi dalam warehouse tu mama and abah nampak baby carry. Abah la yang nak sangat benda tu supaya, bila jenjalan nanti tak penat sangat abah nak dukung Rayyan. hehe! Risau betul abah kan. Kalau boleh dia nak yang terbaik untuk Rayyan tau. Jadi, Rayyan taknak nakal-nakal bila besar nanti okeh. Hm.. ada lagi dua barang mama borong kat sana. Satu conferter & bantal tidur Rayyan dan lagi satu beg barang untuk mama spare dalam kereta nanti. Alhamdulillah.. semua barang yang kami beli puas hati sesangat.

Ok, mama tahu.. mama yang excited tangkap gambar barang-barang Rayyan ni :))
  
Ok la sayang mama. Dah panjang lebar sangat dah entry kali ni. huhu! Ada masa nanti mama update untuk Rayyan lagi ok. Takmo nakal-nakal, takmo mengamuk dalam perut mama ok. Jadi anak yang baik. Mama and abah sayangkan Rayyan sesangat. Can't wait to meet you. Assalamualaikum sayang..