Friday, August 5, 2011

Apa ? Rayyan tak puasa ?

Dear baby,

Kehadapan Rayyan yang amat mama rindui. Hari ni dah masuk hari ke-5 orang berpuasa. Tapi malangnye Rayyan tak puasa pun untuk hari ni. Kalau Rayyan tak puasa, mama pun tak puasa jugak la kan. haish! sayang jugak kena tinggal puasa ni. Semuanya gara-gara abah and mama tak terjaga waktu sahur. Sedar-sedar tadi jam dah pukul 6.30 pagi. Tak sedar langsung alarm ada bunyi ke tak. Tak pun abah terlupa set alarm. Alamatnya mama terpaksa la bersahur pukul 8 pagi tadi. Mula-mula mama rasa macam nak teruskan puasa je sebab sayang sangat nak tinggal, tapi bila fikirkan balik untuk Rayyan.. kesian pulak. Tak sampai hati nak mengadap Rayyan lapar sambil tersedu-sedu nanti. Cuma abah je la terpaksa kena tahan perut sikit puasa tanpa sahur. Sekarang ni mama kat office. Rayyan pun dah kenyang after mama makan roti kat pantry tadi. Rayyan jugak dah start tendang-tendang mama lagi ni. Apa la yang dia dok buat kat dalam tu eh. haish!

Sayang.. malam tadi mama mimpikan anak mama dah lahir. Weird jugak bila mama fikirkan balik. Anak yang mama lahir tu bukannye baby boy.. tapi baby girl. Mama tak dapat nak tatap sangat muka baby.. cuma yang mama ingat dalam mimpi tu, anak mama rambutnye lebat sangat. Dalam mimpi tu pun macam-macam jadi. haish! mama pun fening. apa punya mimpi lah. Ni kes terlalu rindukan Rayyan la ni sampaikan mama mimpi bukan-bukan. Sebab tu la tidur lena je sampaikan tak sedar langsung nak bangun sahur. huhu!

Insyaallah, takde aral pagi esok after sahur kita balik Kulim ye sayang. Dah lama Rayyan tak dengar suara mak tok and tok abah kan.. Harap-harap perjalanan kita pegi dan balik nanti semuanya selamat.  Rayyan taknak meragam dalam kereta tau. Muah! love and miss you so much!!