Friday, August 19, 2011

Oh! bahagia rasa bila..

Dear diary,


Semalam genap Rayyan berumur 37 minggu. Masih takde tanda-tanda nak bersalin. Sakit-sakit, sengal-sengal bila sesekali Rayyan mengeras tu ada lah. Hari-hari menghitung hari mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya dengan selamat. Tak sabar sangat nak tatap wajah baby. Husband jugak macam tu. Hari-hari bual-bual dengan Rayyan apa la yang baby buat kat dalam tummy mama. Bahagianyer rasa bila...

.. Rayyan tersedu-sedu..
Pheew! bahagia ada rasa kesian pun ada kat Rayyan bila aku dapat rasakan yang dia tengah tersedu-sedu kat dalam. Especially bila dah hujung-hujung pregnancy ni then puasa time pulak tu. Makin menjadi-jadi dia lebih-lebih lagi bila nak masuk waktu tengahari.. tidak pun after/before berbuka. Selalunya bila Rayyan sedu-sedu ada la dam dua or tiga minit. "Keshiian anak mama ni" "Nak besar lagi dia ehh.." Bila Rayyan tersedu-sedu, aku mesti akan berbual dengan dia sambil urut-urut perut yang hyper muncit dah ni. hehe! then, lama-lama sedu Rayyan pun hilang.

.. Rayyan mengeras..
Huhu! even rasa sengal-sengal jugak bahagian tummy ni, tapi hati tetap munga-munga sebab hari-hari dapat rasa baby sentiasa dekat dengan kita. Sekarang ni pun, tak kira kat mana or masa.. itulah aktiviti Rayyan sampai kenkadang tu buat aku tersentak sekejap rasa sakit. Haish! "kuat la anak mama nih" " Macam abah dia jugak.hehe". Bila aku dah tersentak tu, automatik la Rayyan ke tepuk manja. Nak cubit tak buleh lagi kan. huhu! Selalunya bila aku tengah drive la. Time-time tu jugak dia nak ajak main-main. sayang...sayang...

.. Rayyan terkejut..
hehe! betul ker baby kat dalam ni dah boleh terkejut eh. Aku rasa la.. sebab kadang-kadang rasa kelakar jugak bila tengok telatah si kecik ni sejak dalam perut lagi. Rumah dah la betul-betul tepi jalan. So lori bas lalu lalang tu perkara biasa la. Then bila aku dengan husband istirehat kat depan tv dengan mode sunyi sederhana jer (Rayyan pun maybe tengah tidur masa tu).. then tiba-tiba bunyi enjin bas kuat dol! Terus perut aku pun bergoncang. Sekejap jer kalau dia tengah terkejut tu. Shock! huhu! kesian betul dia.. "Anak mama tak suka bising-bising eh".  Tapi kalau kitorang masuk mcd or mana-mana tempat yang bising-bising suara budak main-main.. Macam seronok pulak dia kat dalam. Sibuk nak excited sama nak main. hehe! Masa tu buleh tengok la.. perut asyik gerak-gerak jer. alahai anak mama ni. Dah pandai nak berkawan eh. Kalau macam tu.. keluar cepat-cepat eh. Abah and mama tak sabar dah nak main-main dengan Rayyan :))

Sebenarnya banyak lagi kot aktiviti-aktivi Rayyan yang mungkin aku tak berapa nak perasan lagi. Setakat tendang-tendang.. siku-siku tu.. perkara biasa la. Hari-hari aku kena tendang dengan Rayyan. huhu! Tapi takper la. Janji Rayyan aktif kat dalam, aku dah rasa senang hati. Mesti lepas bersalin nanti aku akan sentiasa rindukan kenangan yang pernah aku rasa sepanjang sembilan bulan ni dengan penuh syahdu sekali.  Macam-macam perubahan yang aku dah lalui. Pengalaman yang setiap wanita sentiasa impikan. Bersyukur pada Allah sebab bagi aku peluang merasai nikmat dan bahagianya hidup sebagai wanita sempurna. Alhamdulillah..


psst: Counting days..