Sunday, August 14, 2011

Penat yang berbaloi-baloi..

Dear diary,

Pheew.. sedapnyer dapat letak badan kat tilam sekarang ni sesambil berbloging sambil tengok Nurul Syuhadah yang cun kat tv3 ni sesambil tunggu cik husband pulang dari tarawih. Harini aku dan husband marathon sakan jenjalan budget ''orang mengandung kena banyak berjalan'' la kononnyer tu. hehe! Amik kau. Kaki pun dah nak dekat krem pun ni sebab penat sangat berjalan. Itu baru keluar tengah hari balik rumah petang tu. Belum sambung sampai ke malam lagi. Kalau tak maybe dah terduduk aku kat jalan kot. Dah makin dekat-dekat ni.. biasala, makin penat nak bawak perut. Tapi takpe, aku happy sangat. Sekurang-kurangnyer ada si kecik yang ikut sekali..

Mula-mula keluar tadi, planning dari awal lagi nak pegi GMC buat check-up baby. Tapi malangnyer, yang ada tadi doc lelaki. Jadi terpaksa lah cancel nak jumpa Rayyan. Kalau boleh nak tahu jugak macam mana kedudukan Rayyan sekarang ni. Hopefully sesangat yang dia dalam prosess nak engaged dah sekarang ni memandangkan Rayyan pun dah masuk 9 bulan. Hum.. rindu baby la... (sambil usap-usap perut)

Bila dah cancel nak buat check-up, then kitorang terus rush ke kedai jamu mak dara. Auu! betul ke aku nak makan jamu ni ? hehe.. Tapi, HARUS jugak kena jaga badan after bersalin nanti demi untuk suami tercinta. Lagipun dia la yang galakkan sesangat suruh aku makan jamu dengan harapan dapat jaga badan balik after deliver nanti. Haish! walaupun pinggang tak ramping, tapi harapan aku tinggi yang amat agar badan kembali normal lepas bersalin nanti. Insyaalllah.. Jamu ni pun atas recommended kak jijah, opismate aku. Lagipun kedai jamu mak dara tu pun dekat sangat dengan opis aku. Bawah opis jer. So.. senang sikit la nak cari. Tadi pun aku tak amik 1 package pun sebab fikir-fikir balik macam tak berbaloi pulak nak amik satu set tu. Lagipun mak cakap bengkung and tungku dah ada. So tak payah beli lagi. Jadi tadi, aku cuma amik capsul jamu, losyen badan dengan daun-daun buat rebus mandi tu jer. Ok la.. Harap semua tu berguna dan berkesan  la nanti.

Then, after beli jamu kitorang ke Baby world pulak. Tak jauh jugak pun. Kat Taman Permata tu jer. Neways, thanks to Fara sebab recommend survey breastpump kat situ.Sebelum ni puas jugak la survey sana sini cari mana package offer terbaik yang boleh aku beli. Mulanya ingat nak cari kat Shah Alam jer after tengok pakej breastpum kat satu kedai tu berbaloi jugak. Alih-alih bila search kat baby world, lagi murah and banyak jugak free gift yang dia bagi. Good.. good. Jadi, tadi berjaya jugak membeli pakej Medela E-breastpump yang aku fikir sangat berbaloi tu. Cute and quite bising jugak la bila nak pump nanti. hehe! Harap-harap stok susu sentiasa ada bila bersalin nanti. Senang nak bagi Rayyan. Sebab kalau boleh awal-awal dua tahun ni aku nak try full time breastfeed. Taknak kasik susu formula lagi. Semua untuk kebaikan Rayyan jugak nanti. Cik husband lagi la galakkan aku breastfeed jer selain jimat.. dapat bagi khasiat yang terbaik untuk baby nanti. Insyaallah.. Selain tu, kat baby world tadi jugak ada offer playmatt. Benda alah ni cik husband la yang beriya-iya sangat nak beli since masa shopping kat MY DEAR haritu lagi. Bila dah nampak ada offer murah, terus dia nak beli. Haish! Semua Rayyan.. semua Rayyan. Jeles tau .. Kalau macam tu tak buleh jadi. Mama Rayyan harus di'reward sesuatu jugak. hehe!

 Olo..lolo. abah Rayyan la ni excited sangat kalah aku. Pantang nampak yang comel-comel and murah sikit. Ingatkan dia nak amik satu je. Sekali amik sampai tiga. adoi.. mana la mama Rayyan tak jeles. hihi!

Lepas pegi baby world.. kitorang terus ke depan sikit dari Taman Permata. Huhu! main jenjalan area-area sini jer. Pegi Wangsa Walk kot-kot ada baju raya yang berkenan. Sekali masuk optimo, banyak betul baju preggy kat situ murah-murah. Haish! berbaloi la jugak bila compare balik dengan tempat lain.. baju yang sama. Tapi kat situ jauh lebih murah. Naseb.. naseb. Kat situ dapat beli dua helai baju mengandung cum untuk raya kalau sempat. hehe! Memandangkan Rayyan pun bila-bila masa je boleh nak keluar, jadi baju tu sekadar standby jer. Kalau raya ni dia masih taknak keluar.. so baju tu boleh la buat baju raya. Kalau nak simpan untuk raya, takut tak sempat pulak nanti kan.. So, ada masa aku akan pakai je semua baju-baju tu. huhu!

Tak cukup lagi, after ke Wangsa Walk.. kitorang jenjalan kat Giant Batu Caves pulak. haha! kan aku dah cakap tadi.. gila kentang betul berjalan tak sedar diri. Kat sana ada la cari barang dapur sikit before balik rumah masak-masak untuk berbuka. Fuh! penat sungguh.. Tadi sampai rumah pun dah pukul 6.30 petang. Aku cuma sempat masak nasik, sambal udang and telur dadar je untuk berbuka. huhu! Even sangat penat, tapi diary untuk hari ni sangat lah berbaloi-baloi.


psst: Syukur pada Allah. Menunggu satu la miracle dariNya.