Tuesday, August 9, 2011

Rayyan dapat stroller baru..

Dear diary,

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami ke kampung halaman last weekend selamat semuanya. Nasib baik takde sakit teruk sangat. Sakit lenguh-lenguh tu ada la. Practise untuk balik kampung raya nanti.huhu! Harap-harap Rayyan baik-baik je bila balik raya nanti. Risau jugak aku. haish! taknak fikir bukan-bukan lah.. Just update masa balik Kulim haritu..
  • Dapat makan nasik daging superb sedap MIL masak. huuhu!
  • Blaja buat biskut raya dengan wanie. best! siap bawak bekal biskut tu balik kl lagi. Marvelous! Solute la dengan adik ipar aku tu.
  • After ada masam masin bermuka sikit dengan husband, akhirnya senyum sampai ke telinga bila cik suami ajak upgrade barang kemas haritu. Tq sayang :))
  • Dapat shopping barang Rayyan sikit. Time tu dapat shop baju Rayyan sehelai, support kepala baby bila dukung or letak dalam stroller and lagi satu belikan dia thermometer. Senang nak monitor kesihatan Rayyan nanti. Barang mama Rayyan punya dapat beli kotex maternity dengan selipar jepun je untuk bawak pegi hospital nanti. hehe! Selipar tu merata tempat cari, tapi asyik tak berkenan jer. Last-last kat kampung jugak yang ada.
  • Balik KL dengan stok-stok barang dapur yang di'supply oleh mak mertua. Segala bawang, serai , kiuh frozen tok kaduk sumua ada. Jimat-jimat! tq mom!
  • Masa singgah lawat mak tok, tok buatkan air selusuh supaya dipermudahkan aku bersalin nanti. Insyaallah.. kita cuma boleh ikhtiar biar Allah yang tentukan. Hm.. tapi buat masa ni takleh minum lagi. Tunggu dah dekat-dekat nanti baru minum. Cik suami pun tak kasik aku minum lagi. Risau jugak dia takut awal bersalin pulak. Makin hari makin berdebar-debar nak meneran Rayyan ni. hehe! Mudah-mudahan dapat bersalin normal nanti.
Dan yang paling bestnye harini bila masuk office, kat tempat aku ada sekotak sweet cherry stroller sub-con bagi hadiah. In advanced tu. Thanks to Mr Achu so much! Risau benar dia asyik dok tanya bila aku due and start cuti bersalin nanti sebab takut takde sapa nak prepare dia punya claim. hehe! Pandai betul apek ni buat business.. Alhamdulillah Rezeki untuk Rayyan lagi. Macam mana ni ? Rayyan dah ada 2 stroller. Tak buleh jadi ni. haish! Tak sabar nak bawak balik tunjuk kat cik suami :)) Okla diary, ada masa nanti akan aku update lagi diary ni selagi my little baby inside the dorm ni belum lahir. Adiosaa amigas!