Tuesday, August 2, 2011

Rayyan pun puasa jugak..

Dear baby,

Alhamdulillah, hari ni hari kedua Rayyan berpuasa. Mama rasa tersangatlah gumbira bila dapat berpuasa dengan perut buncit ni. Cabaran bertambah bila Rayyan ada dalam perut mama. Sebenarnya, memula abah rasa risau jugak takut mama tak tahan nak puasa, kesiankan Rayyan katanya.. tapi, mama rasa mama boleh puasa tahan lapar asalkan sahur mama tak tinggal. Bila Rayyan sedu-sedu tengah-tengah hari.. rasa kesian jugak kat anak mama ni. Lapar la tu. hehe.. Harap-harap Rayyan kat dalam sehat-sehat aje tau.

Pagi tadi, mama buat check-up kat klinik gomen macam biasa. Kali ni, 2 minggu sekali kena check-up. Kesihatan mama alhamdulillah semuanya ok. Rayyan pun sama jugak. Kata nurse tadi, kepala Rayyan dah kat bawah. Hopefully Rayyan taknak gerak-gerak pusing-pusing kuat sangat tau. Stay macam tu je sampai Rayyan rasa nak keluar nanti ok. Bila keadaan Rayyan macam tu, of course la mama makin-makin-makin penat sekarang ni nak pegi keja. Nak drive bila balik keja pun rasa letih sangat. Tambah pulak kalau Rayyan tak boleh duduk diam kat dalam. Lagi la mama rasa nyut-nyut sangat. huhu! Tapi takpe, demi anak mama sorang ni.. mama tak marah pun :)) mama kena kuat. Nak merengek mintak abah selalu hantarkan rasa kesian pulak sebab pegi keja masing-masing lain arah. Hm.. takpela asalkan Rayyan baik-baik je kat dalam. Insyaallah bila Rayyan genap 9 bulan nanti mama and abah scan Rayyan lagi ok. Rindu la kat anak mama ni.. makin besar.. makin sehat. Tak sabar rasanya tunggu Rayyan keluar lengkapkan kehidupan mama dan abah. Bahagia sangat. Alhamdulillah..

Hm, nak cerita ape lagi eh. Oh! balik keja tadi, mama dan abah so excited masak sesama untuk berbuka tau. Menu arini ialah sambal udang, ikan goreng dengan sayur kailan ikan masin and tak lupa jugak ada tembikai dengan kurma. Nyumi! Seronok tengok abah makan tadi. Mama pun makan banyak jugak tadi. Untuk Rayyan jugak la katakan. hehe! Kesian anak mama sehari puasa. Sayang sangat kat dia. and now, mama sensorang dalam bilik melayan internet jer sambil tulis belog untuk Rayyan. Abah pegi sembahyang terawih. Kejap lagi balik la tu. Masa mama tengah menaip ni, Rayyan kat dalam tengah aktif gerak-gerak lagi.. oo faham eh.. mama tengah bercerita pasal Rayyan kat belog. hehe! pandai betul. Ok lah, Rayyan stay elok-elok ok. Taknak bagi mama rasa sakit sangat nak tidur nanti tau. Bagi mama tidur lena sebab esok nak bangun awal lagi bagi Rayyan makan. Jadi anak yang baik suatu hari nanti. Mama dan abah terlalu sayangkan permata hati kami yang satu ni. Mama stop dulu k. Selamat malam sayang (sambil senyum kat perut.. senyum kat anak mama la ni)
Can't wait for my real baby.