Saturday, August 20, 2011

Sabarlah sayang..

Dear baby,

Assalamualaikum anak mama. Sayang mama tengah buat ape tu. Mama rasa Rayyan senyap je kat dalam ni. Rayyan tengah makan eh.. ke tengah tidur ni. Ooo abah takde, taknak main-main dengan mama eh ? Mama rindu Rayyan la.. Tadi mama asyik blogwalking belog orang yang nak jadi ibu macam mama ni. Ramai jugak yang dah selamat bersalin time-time puasa ni. Kalau diikutkan, timing due date diorang pun lebih kurang time Rayyan jugak nanti. Tapi kebanyakannye, semuanya dah tak sabar-sabar nak say hello pada mama papa diorang. Sayang mama ni taknak keluar lagi ker? hehe! Tiap-tiap hari mama berdoa biar Rayyan dan mama selamat semuanya nanti. Mama pun dah tak sabar nak balik kampung ni. Harap sangat Rayyan sabar sekejap dalam perut mama k. Rayyan keluar bila mama dah selamat sampai rumah tok ok. Even, sekarang ni pun mama rasa tak tahan sangat sakit-sakit, sengal-sengal badan. Sebab tu mama dah amik cuti awal. Abah pun suruh mama amik cuti awal sebab kesian tengok mama still sarat bawak Rayyan pegi keja. Insyaallah hari Selasa ni kita balik kampung okey. Weekend ni kite terpaksa dok kat KL lagi sebab abah ada 2 interview pulak hari isnin and selasa ni. So, terpaksa postpone nak balik awal. Takpela, mudah-mudahan ada rezki Rayyan lagi untuk kali ni. Ok la sayang. Dah pukul 10 ni. Kejap lagi abah balik dari tarawih. Nanti kita makan donut sama-sama eh. Saaayang anak mama. I love u sayang. Muuuuah!