Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Al-Quran

Dear diary,

Best pulak online time-time pagi ni sebab server laju jer. Kalau malam tu, kadang-kadang macam siput sedut punya lembabnyer. Menyampah! Oh! hari ni cuti umum. Salam Nuzul Al-Quran untuk semua. Dah la semalam aku amik EL, arini cuti umum lagi. Best-best. Buleh rehat sikit kat rumah. Cik husband pulak planning nak servis kereta + cuci cik tam yang dah berapa minggu tak dicuci tu. Haish! kesian betul cik tam tu sebab dah makin kurang kasih sayang. hehe! 

Hm.. semalam aku dah buat check-up baby kat KK. Sekarang ni every one week kena follow-up check up. Alhamdulillah kesihatan mama Rayyan baik-baik ajer. Tekanan darah ok.. berat ok.. cuma kepekatan HB je turun sikit. Maybe sebab aku makan kubis kot baru-baru ni. Tapi still ok la. Kakak misi tu pun check main-main perut aku cakap kepala baby dah ada kat bawah. Insyaallah.. bila-bila masa pun Rayyan boleh keluar. Ikut dia la nak jadi orang KL ke orang Kulim. Abah Rayyan la yang excited sangat kalau boleh nak aku deliver kat sana jer. Tapi benda ni semua bukannye ada suis yang aku boleh picit-picit. " okey. Rayyan boleh keluar harini eh!" then tekan button. haish! Mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan urusan hambaNya ni. Sebagai langkah berjaga-jaga, takde aral maybe aku amik cuti awal. Dah tak larat nak keja lagi dah. Tapi sebelum tu, kena setelkan satu dua claim sub-cons dulu. Then hati baru tenang nak bercuti.. oyeeah! :))

Tak sabar rasanya nak balik kampung ni. Kat Selama tak buka puasa lagi. Insyaallah raya tahun ni memang puas la aku cuti and tak gaduh ape lagi dah sebab aku sambung maternity leave sekali. Can't wait nak dapat cuti keja panjang macam ni. Then, if miracle.. and rezeki Tuhan nak bagi untuk kami sekeluarga.. insyaalllah kitorang akan balik keja kat hometown. Taknak stay kat KL lagi dah. Husband mungkin akan dapat keja baru kat sana. Tak sabar tunggu 10/9 ni. Kalau betul la semua tu terjadi.. kami bersyukur sesangat. Semuanya rezeki untuk Rayyan.. Insyaallah..

Oklah diary, syok pulak tengok cik husband sambung berdengkur balik ni. Nak join sekali la sekejap. huhu! Ada masa nanti update lagi. Will meet again with my little prince. Bye!