Tuesday, September 6, 2011

Rayyan Aiman 2 Minggu

Dear diary,

Uiks, pejam celik hari ni genap 2 minggu Rayyan menikmati hidup alam barunye. Aku pulak, makin-makin nak sehat ni.. makin syok pulak nak update belog. Sekarang ni tengah berpantang kat umah MIL, internet pulak laju..apa lagi kan. hehe! Nak harapkan celcom broadband, dah macam siput sedut dah line bila balik kg ni. haish!

Hari-hari aku disulami dengan perasaan yang cukup gembira bersama suami dan si kecik. Kalau boleh hari-hari aku nak hidup macam ni. Tak kerja, husband pun tak kerja, ada duit.. nak hidup kami-kami jer. Boleh tak? huhu! gilo hapa! 

Nak update pasal husband 1st, then baru pasal Rayyan ok. Sejak-sejak ada Rayyan ni, aku tengok cik husband makin berseri-seri. Mana taknye.. dia dah ada bantal peluk baru.. dah ada teman gomoi-gomoi..  Maka, aku diketepikan sekejap. hehe! Aku dah jadi Orang Kurang Upaya untuk seketika. huwaa! Tapi takpe, aku tahu aku masih disayangi :)) Hm.. apa lagi nak cakap. Aku tengok husband jugak dah pandai/berani nak uruskan baby. Kalau dulu, bila sembang-sembang pasal baby dia macam takut-takut je kalau nak mandikan ker.. pegang baby ker.. sebab alasan yang dia bagi.. baby lembut lagi. Tapi bila dah ada anak sendiri ni, semulajadi sifat kebapaan dia terserlah. ececeh! (kalau husband baca mesti kembang-kembang hidung ni). Husband cekap pulak tu bila buat kerja. Dia dah pandai mandikan Rayyan, tukar pampers/baju Rayyan, jaga Rayyan bila dia menangis dan macam-macam lagi lah. Even tengah malam terpaksa berjaga malam sebab Rayyan nangis nak menyusu, dia pun bangun sama tolong apa yang patut. Thanks sayang.. harap-harap bukan anak pertama jer dia sanggup buat semua ni. Kalau boleh, sampai bila-bila.

 Tengok tu.. kan dah cakap suami dah ada bantal peluk baru. Hari-hari keja nak gomoi dengan anak dia jer. hehe!

Yeah! syukur alhamdulillah husband dah berjaya mencukur rambut Rayyan Aiman sampai botak licin. Dekat 2 jam jugak la dok godeh-godeh kepala si Rayyan ni. Nasib baik dia baik-baik jer. Itu pun after di bagi susu berkodi-kodi. ghee!

"Anak abah ni. Jangan sapa kacau"

Ok, cukup cerita pasal abah Rayyan. Sekarang nak cerita pasal Rayyan pulak. Dah masuk umur 2 minggu ni makin nampak akal si kecik ni. Dia dah pandai cam suara mama and abah. Bila sembang, diperhatikan je muka kita. haish! syahdu! syahdu sungguh! Hari-hari memang tak jemu nak tatap permata hati yang sorang ni. Syukur alhamdulillah, kesihatan Rayyan pun makin stabil. Budak-budak.. biasalah tak terlepas dengan demam kuning nye. Rayyan pun tak terkecuali. Syukur, dengan 3 kali buat check-up jer.. bacaan kuning Rayyan makin menurun. Kesian jugak si kecik tu sebab 3 kali jugak la dia kena cucuk tumit amik darah. Sekarang, dia dah normal. Harap-harap Rayyan cepat sehat berkat pagi petang siang malam aku sengkang mata bagi Rayyan minum susu badan banyak-banyak. Seronok betul pengalaman breastfeeding baby ni. Even agak memenatkan plus habis miss breast sengal-sengal sakit semua.. tapi kepuasan bagi Rayyan kenyang memang berbaloi. Rayyan sekarang ni makin kuat menyusu. Selang sejam, takpun selang dua jam mesti dia merengek mintak susu lagi. Kadang-kadang tu rasa miss breast tak sempat nak produce susu.. dak Rayyan dah nak minum susu lagi. huhu! saboo jer la. Demi nak besarkan anak.. sanggup korban apa saja.

Ololololo.. besharnye seluar dia.. Makin hari makin kurang Rayyan tidur siang.. Tak sabar tunggu dia besar sikit. Boleh extravaganza main gomoi-gomoi. heee..

Siap pakaikan belt lagi dak Rayyan. Keja abah dia la tu.

Kenyit mata sikit! hehe! on the way pegi klinik.. Sekarang dah senang bila pakai compact. Mana-mana pegi standby dalam handbeg jer. Senang sikit nak snap pic Rayyan banyak-banyak. Wink!

Ok, cerita pasal Rayyan pun cukup takat itu dulu. Kalau ada cerita menarik, aku akan update lagi. Nampaknye belog aku sekarang ni makin ceria dengan gambar-gambar kan. huhu! Yela, mengaku tengah excited ni :)) Erm.. macam mana dengan cerita mama Rayyan pulak ? ada orang prihatin nak amik tahu tak? hehe! gedik sungguh! Sebenarnya cerita mama Rayyan tak banyak sangat yang best pun. Hari-hariku masih lagi berpatang. Banyak benda tak boleh makan. haish! tension mak! Rugi balik rumah mak mertua tak dapat makan macam-macam yang mak masak. Tapi takpe, yang bestnye, hari-hari MIL yang masakkan untuk aku. Ikutlah, apa yang dia masak.. aku bedal jer. Hari-hari jugak minuman utama aku adalah susu kambing. Baik untuk kesihatan aku dan Rayyan. Apa lagi eh! hum.. haritu, pegi timbang berat badan.. berat dah turun 8kg after bersalin haritu. hoho! suka! suka! kalau boleh nak maintain balik ke berat asal sebelum pregnant.. kalau tak pun nak turun lagi sampai 50 ker.. tak pun 55kg. Makanya aku kena bekerja keras lagi menyusukan Rayyan plus kenalah buat excercise sikit ye dak? lalala.. Keyla. entry pasal mama Rayyan ni, takde gambar terselit ok. Lain kali akan di-update lagi. Rayyan pun dah start nyot nyet nyot nyet menagis dah ni. Bye diary! muah!

Monday, September 5, 2011

Pengalaman kita berbeza..Selamat datang sayang mama..

Dear diary,

Salam untuk semua. Alhamdulillah baru ada kesempatan nak update belog. Rindu sesangat nak story banyak benda after deliver baby ni. Sebelum tu tak terlewat lagi nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Finally, aku terpaksa jugak kena tahan perut tengok orang lain makan sedap-sedap waktu raya disebabkan baby Rayyan tak sempat-sempat nak beraya jugak. Terpaksa la aku berpantang time2 raya ni. huhu.. Hum.. Perasaan teruja yang tak terkata bila pertama kali memeluk Rayyan. Oklah aku nak review sikit perjalanan aku sewaktu berjuang untuk Rayyan tempoh hari.

Isnin, 22hb Ogos 2011
Hari tu aku dah start cuti. Malas and tak larat sangat dah nak bekerja. So hari tu aku cuma lepak sampai lebam je kat rumah. Tido, baring, tengok tv.. bla bla. Husband pun sejak dah tender resign company lama dah start malas-malas nak pegi keja habiskan notis. Tapi untuk dua hari tu (Isnin & Selasa), dia ada interview keja lagi. Even dah dapat pun keja lain, tapi husband still nak try nasib jugak hopefully dapat keja yang lagi baik. Nak taknak, planning balik kampung hari Sabtu terpaksa hold sampai ke hari Selasa. Hari Isnin tu, siang nye aku rasa macam biasa-biasa jer. Dari pagi sampai tengah hari takde tanda apa-apa pun yang aku nak bersalin. Bila sampai waktu petang, after mandi-mandi sembahyang and siap-siap nak berbuka puasa kat luar.. time tu aku rasa macam something jer. Tak sedap badan pun ada. Masa tu just mengadu kat husband yang aku tak puas kencing. Rasa macam terkencing dalam seluar pun ade. hehe! Biasalah first experience nak jadi mama. Time tu, masih ok-ok lagi. Aku cuma pakai pantiliner jer. After berbuka kat mcd, lagi sekali aku rasa lain macam. Air keluar sikit-sikit. Nak kata air ketuban? aku tak sure betul-betul lagi sebab setahu aku and apa yang aku selalu dengar pengalaman orang.. air ketuban tu turun banyak sekali gus. Padahal yang aku ni just slow and steady je. Sikit-sikit. Sebab tu aku terfikir macam aku terkencing. Bila makin tak selesa (padahal sempat lagi bedal ayam goreng mcd even tak selesa), aku mengadu kat husband lagi. Then, decide nak pegi check-up je confirm kan. Dalam pukul 8++ malam, kitorang sampai Hospital Selayang. Bila doc check, sah air ketuban dah turun and bukaan baru 1 cm. Terus aku kena tahan wad malam tu jugak. First time kena tidur kat hospital. Sepanjang malam.. aku rasa sakit makin lama makin menjadi-jadi. Tak boleh tidur langsung. Husband pun tidur kat hospital temankan. Kesian.. Masa tu tuhan je yang tahu betapa sakitnya orang nak bersalin ni. hum...

Selasa, 23hb Ogos 2011
Pagi-pagi lagi doc dah check progress baby dalam perut. Check jantung, cucuk sana. cucuk sini. Haish! pagi tu jugak aku bagitau nurse yang aku tak tahan sangat rasa sakit. Doc buat keputusan hantar aku ke LB terus. Sakitnye Ya Allah.. makin lama, makin terasa contraction baby. Memang tak tahan sangat. Hari tu, husband terpaksa cancel kan second interview dia sebab kesian tengok aku sensorang kat hospital. Dari pagi. sampai petang rasa contraction tu sentiasa ada. Syukur alhamdulillah, husband sentiasa ada di sisi. Tapi malangnya aku tak tertahan lagi nak tanggung rasa sakit tu. Jadi aku amik keputusan amik epidural supaya kurang rasa sakit. Contraction masih berjalan. Even aku tahu apa effectnye.. tapi keadaan terpaksa. Bila dah kena cucuk belakang, kurang la sikit rasa contraction. Time tu, baru ada rasa nak makan. Lapar bukan main. Husband suapkan biskut gula dengan air kotak je buat lapik perut. Dari pagi sampai lah ke pukul 5, bila doc check bukaan dah sampai 8cm. Masa tu rasa teruja sangat sebab tak sabar nak meneran baby keluar bila cepat hilang rasa sakit. Tapi, aku diuji. Pukul 7malam.. then tunggu lagi sampai pukul 9malam.. baby start kurang active. Kesan dari epi, bukaan pun masih lagi 8cm padahal doc nak bukaan 10cm.. baru sedap nak meneran. huhu! Sampai pukul 9malam, bila bukaan masih 8cm.. aku tak boleh tunggu lama-lama lagi risau baby lemas kat dalam. Lagipun air ketuban dah lama turun. Jadi..doc buat keputusan aku terpaksa operation. OPERATION? Masa tu, aku tak kisah lagi dah ape yang diorang nak buat kat aku asalkan baby cepat2 keluar. Aku kena cucuk sana, cucuk sini, wayar sana, wayar sini. Dah macam citer matrix pun ada. hiii.. Rasa terkilan pun ada sebab aku tak tertahan bertarung untuk keluarkan baby dalam kandungan yg aku sentiasa tunggu-tunggu selama 9 bulan ni. Tapi, syukur alhamdulillah.. operation berjalan dengan sempurna. Pukul 10 malam aku kena tolak masuk ke bilik bedah. Masa tu, husband boleh tunggu kat luar jer. Tepat pukul 10.20 malam, pertama kali aku dengar tangisan Rayyan. Sekejap jer dia menangis. Tak boleh nak digambarkan perasaan aku time tu.. Rasa sakit perut aku kena hiris.. kena kobek-kobek tu hilang sekejap bila nurse tunjukkan baby Rayyan depan mata aku. "see, your baby" Fuh! Ciptaan terindah dari Allah untuk aku dan suami.. Malam tu, after operation.. badan memang lemah sangat-sangat. Rasa sayu tengok husband yang kurang tidur sebab temankan aku kat hospital. Mana dengan makan sahurnye.. makan berbukanye.. ikut sempat je ape yang dia makan. Hari-hari berbuka puasa kat hospital. Pada malam tu jugak nasib baik nurse tolong jagakan Rayyan sebab aku masih belum kuat. Lepas sudah satu episod perjalanan aku dengan Rayyan pada malam tu.

 Alhamdulillah.. perut dah selamat dikosongkan. Badan masih lagi lemah masa ni. Mata pun sama jugak.. sembab jer. Tapi demi Rayyan, aku kena kuat untuk menyusukan dia.

 Rayyan pun sama jugak, sembab jer kan. Tembam pulak tu anak aku ni. Akibat aku kuat makan macam ni la jadinye. hehe! Baby Rayyan keluar seberat 3.4kg.

 Abah Rayyan maintain jer. Hari-hari melawat aku dan Rayyan kat hospital. Terima kasih sayang.. sebab sentiasa ada di sisi. I love you!

Dalam empat hari jugak la sebenarnya aku berkampung kat hospital. Terlalu banyak sangat pengalaman suka dan duka aku waktu tu. Alhamdulillah, doctor2 and nurse2 kat situ pun nicely. Aku terpaksa tunggu lagi dua hari stay kat hospital sebab doc kena monitor baby Rayyan. Hari Jumaat, baru aku dan Rayyan boleh balik.. Tenangnye bila pertama kali jejak kaki ke rumah bersama orang baru. Husband la yang paling excited sekali kemas-kemas rumah, mop lantai, sapu sampah semua sebab nak sambut baby Rayyan balik rumah. Esoknya, kami tiga beranak semangat nak balik kampung untuk beraya. Even sakit-sakit masih ada, tapi semangat nak balik tu tetap ada. huhu! Raya yang penuh bermakna bersama orang ketiga. Alhamdulillah...


psst: I love my perfect family..