Tuesday, September 6, 2011

Rayyan Aiman 2 Minggu

Dear diary,

Uiks, pejam celik hari ni genap 2 minggu Rayyan menikmati hidup alam barunye. Aku pulak, makin-makin nak sehat ni.. makin syok pulak nak update belog. Sekarang ni tengah berpantang kat umah MIL, internet pulak laju..apa lagi kan. hehe! Nak harapkan celcom broadband, dah macam siput sedut dah line bila balik kg ni. haish!

Hari-hari aku disulami dengan perasaan yang cukup gembira bersama suami dan si kecik. Kalau boleh hari-hari aku nak hidup macam ni. Tak kerja, husband pun tak kerja, ada duit.. nak hidup kami-kami jer. Boleh tak? huhu! gilo hapa! 

Nak update pasal husband 1st, then baru pasal Rayyan ok. Sejak-sejak ada Rayyan ni, aku tengok cik husband makin berseri-seri. Mana taknye.. dia dah ada bantal peluk baru.. dah ada teman gomoi-gomoi..  Maka, aku diketepikan sekejap. hehe! Aku dah jadi Orang Kurang Upaya untuk seketika. huwaa! Tapi takpe, aku tahu aku masih disayangi :)) Hm.. apa lagi nak cakap. Aku tengok husband jugak dah pandai/berani nak uruskan baby. Kalau dulu, bila sembang-sembang pasal baby dia macam takut-takut je kalau nak mandikan ker.. pegang baby ker.. sebab alasan yang dia bagi.. baby lembut lagi. Tapi bila dah ada anak sendiri ni, semulajadi sifat kebapaan dia terserlah. ececeh! (kalau husband baca mesti kembang-kembang hidung ni). Husband cekap pulak tu bila buat kerja. Dia dah pandai mandikan Rayyan, tukar pampers/baju Rayyan, jaga Rayyan bila dia menangis dan macam-macam lagi lah. Even tengah malam terpaksa berjaga malam sebab Rayyan nangis nak menyusu, dia pun bangun sama tolong apa yang patut. Thanks sayang.. harap-harap bukan anak pertama jer dia sanggup buat semua ni. Kalau boleh, sampai bila-bila.

 Tengok tu.. kan dah cakap suami dah ada bantal peluk baru. Hari-hari keja nak gomoi dengan anak dia jer. hehe!

Yeah! syukur alhamdulillah husband dah berjaya mencukur rambut Rayyan Aiman sampai botak licin. Dekat 2 jam jugak la dok godeh-godeh kepala si Rayyan ni. Nasib baik dia baik-baik jer. Itu pun after di bagi susu berkodi-kodi. ghee!

"Anak abah ni. Jangan sapa kacau"

Ok, cukup cerita pasal abah Rayyan. Sekarang nak cerita pasal Rayyan pulak. Dah masuk umur 2 minggu ni makin nampak akal si kecik ni. Dia dah pandai cam suara mama and abah. Bila sembang, diperhatikan je muka kita. haish! syahdu! syahdu sungguh! Hari-hari memang tak jemu nak tatap permata hati yang sorang ni. Syukur alhamdulillah, kesihatan Rayyan pun makin stabil. Budak-budak.. biasalah tak terlepas dengan demam kuning nye. Rayyan pun tak terkecuali. Syukur, dengan 3 kali buat check-up jer.. bacaan kuning Rayyan makin menurun. Kesian jugak si kecik tu sebab 3 kali jugak la dia kena cucuk tumit amik darah. Sekarang, dia dah normal. Harap-harap Rayyan cepat sehat berkat pagi petang siang malam aku sengkang mata bagi Rayyan minum susu badan banyak-banyak. Seronok betul pengalaman breastfeeding baby ni. Even agak memenatkan plus habis miss breast sengal-sengal sakit semua.. tapi kepuasan bagi Rayyan kenyang memang berbaloi. Rayyan sekarang ni makin kuat menyusu. Selang sejam, takpun selang dua jam mesti dia merengek mintak susu lagi. Kadang-kadang tu rasa miss breast tak sempat nak produce susu.. dak Rayyan dah nak minum susu lagi. huhu! saboo jer la. Demi nak besarkan anak.. sanggup korban apa saja.

Ololololo.. besharnye seluar dia.. Makin hari makin kurang Rayyan tidur siang.. Tak sabar tunggu dia besar sikit. Boleh extravaganza main gomoi-gomoi. heee..

Siap pakaikan belt lagi dak Rayyan. Keja abah dia la tu.

Kenyit mata sikit! hehe! on the way pegi klinik.. Sekarang dah senang bila pakai compact. Mana-mana pegi standby dalam handbeg jer. Senang sikit nak snap pic Rayyan banyak-banyak. Wink!

Ok, cerita pasal Rayyan pun cukup takat itu dulu. Kalau ada cerita menarik, aku akan update lagi. Nampaknye belog aku sekarang ni makin ceria dengan gambar-gambar kan. huhu! Yela, mengaku tengah excited ni :)) Erm.. macam mana dengan cerita mama Rayyan pulak ? ada orang prihatin nak amik tahu tak? hehe! gedik sungguh! Sebenarnya cerita mama Rayyan tak banyak sangat yang best pun. Hari-hariku masih lagi berpatang. Banyak benda tak boleh makan. haish! tension mak! Rugi balik rumah mak mertua tak dapat makan macam-macam yang mak masak. Tapi takpe, yang bestnye, hari-hari MIL yang masakkan untuk aku. Ikutlah, apa yang dia masak.. aku bedal jer. Hari-hari jugak minuman utama aku adalah susu kambing. Baik untuk kesihatan aku dan Rayyan. Apa lagi eh! hum.. haritu, pegi timbang berat badan.. berat dah turun 8kg after bersalin haritu. hoho! suka! suka! kalau boleh nak maintain balik ke berat asal sebelum pregnant.. kalau tak pun nak turun lagi sampai 50 ker.. tak pun 55kg. Makanya aku kena bekerja keras lagi menyusukan Rayyan plus kenalah buat excercise sikit ye dak? lalala.. Keyla. entry pasal mama Rayyan ni, takde gambar terselit ok. Lain kali akan di-update lagi. Rayyan pun dah start nyot nyet nyot nyet menagis dah ni. Bye diary! muah!