Friday, October 28, 2011

Tunggu mama balik...

Dear diary,

Tengah hari tadi keluar opis awal sebab nak balik rumah breastfeed Rayyan. Alahai sayang intan payung aku sorang tu still taknak minum susu pakai botol lagi. Nak taknak terpaksa korban duit minyak kereta sikit kena ulang alik balik opis. huhu! Demi Rayyan mucuk punya pasal. Tadi bila sampai rumah tengok Rayyan tengah tidur nyenyak. Kejut2 pun liat nak bukak mata. Mengantuk betul awang bulat sorang tu. Buat keja apa kat rumah tak tahu lah. hehe! Lama jugak aku kejutkan dia tadi, last2 bangun jugak dia. Kesiaan. Terpaksa kena kejutkan dia tidur. Tidur dengan perut tak puas kenyang. Senang hati bila waktu lunch dapat balik rumah jumpa baby. Hilang stress keja sekejap.. Dah puas gomol-gomol.. and bagi dia kenyang semua baru senang hati nak balik opis. Apa-apapun tak sabar nak balik jumpa Rayyan. Tunggu mama balik ok sayang..

Rayyan demam lepas kena cucuk. Nasib baik sekejap jer. Kuat anak mama ni.

Thursday, October 27, 2011

Puting tak sedap

Dear diary,

Hari ni first time aku siapkan Rayyan awal-awal pagi la sebelum pegi kerja. Sebab sebelum ni cik husband masih lagi bercuti. Jadi pagi-pagi abah la yang mandikan si Rayyan. Tadi, after subuh terus tak boleh naping lagi dah. Terus mandi-mandi siap sume, then kejutkan Rayyan, mandikan dia, pam susu dll. Memang rasa sebak nak tinggalkan Rayyan. Rasa macam nak bawak di ke tempat kerja je. huhu! Tapi takpe.. semua ni tak lama. Nanti mama akan jaga Rayyan sampai Rayyan betul-betul kuat. Tunggu sampai bulan 12 ni je ok sayang..

Before leaving, dah pesan siap-siap kat maksu pasal susu Rayyan. Hum! lately Rayyan dah pandai taknak minum pakai puting botol. Alahai susah la macam ni. Padahal masa pantang haritu, ada jugak aku ajarkan dia minum pakai botol. Dia ok jer.. Ni bila dah makin cerdik, dia dah kenal mana puting sedap..mana puting tak sedap. hehe! Bila dia refuse taknak pakai puting botol, sekali bagi puting original.. senyum-senyum je dia sambil bukak mulut luas-luas. Oh my Allah! terharu betul rasanya.. perasaan tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila breastfeed Rayyan. Rasa macam ada cahaya laser kasih sayang jatuh kat dia. huhu! Harap-harap Rayyan tak kuat meragam bila kena tinggal. Harap-harap makin hari dia dah buleh accept puting yang tak sedap tu :)


psst: ops! puting tak sedap tu sama dengan puting botol :)

Tuesday, October 25, 2011

Alahai sayang..

Dear diary,

Tengah hari tadi keluar opis awal sebab nak cucuk Rayyan kat Kohilal. Tepat pukul 12.30 husband dah tunggu kat parking bawah dengan Rayyan and maksu. Sebelum tu bawak Rayyan makan mcd dulu. Eh! mama Rayyan yang nak makan. huhu! After kenyang2 baru gerak ke klinik. Fuh! buah hati aku sudah 2 bulan. Timbang tadi pun Rayyan dah masuk 6kg. Cepat betul dia membesar. Minum susu ibu la katakan. hehe! Ingatkan anak mama steady je bila kena cucuk tadi, tapi menjerit jugak dia sekejap. Pujuk-pujuk nak upah susu.. Rayyan pun terus lena. Keshiiannn! Rindu sesangat kat dia. Tak sabar nak balik jumpa Rayyan.

Tuesday, October 18, 2011

Dihargai bila perlu, dibiarkan bila tak ingin..

Monday, October 3, 2011

Rayyan Aiman 1 month

Dear diary,

Lama betul aku tak bercerita pasal Rayyan kat belog ni kan. Kesian anak mama. Banyak jugak moment penting yang patut di'update kena update cepat-cepat takut nanti terlupa. hehe! Syukur Alhamdulillah anak mama sekarang ni dah berumur 1 bulan. Terasa cepat betul masa tu berlalu. Rasanya rindu benar nak usap-usap perut muncit macam dulu-dulu. Sekarang mama dah slim river balik. huhu! Rasa rindu benar nak sembang-sembang dengan Rayyan sebelum tidur, bangun tidur, naik kereta pegi keja dll. Fuh! rindu serindu-rindunya. En husband.. i nak pregnant lagi buleh ?? ;p oppss!

Check it out Rayyan Aiman 1 month
  • Rayyan makin berisi-isi sekarang ni. Last timbang dia masa satu bulan haritu berat dah jadi 4.6kg. Congrats sayang mama..
  • Dia jugak makin kerap minum susu. Selang sejam mesti kena standby stok. oh! i feel good when breastfeeding..
  • Syukur alhamdulillah, susu pun banyak. Dah start buat stok ebm. Senang nak tinggal Rayyan bila pegi keja nanti.
  • After cukur rambut haritu, rambut Rayyan cepat tumbuh. Dah berhitam balik rambut dia. hehe! suka mama!
  • Rayyan jugak dah pandai perhatikan orang. Tajam betul mata dia. Dah pandai main ekor mata. Geram tau.
  • Dah start nak bersembang, gelak-gelak dll. Tambah lagi bila bangun tidor. Galak betul budak kicik tu..
  • Dia kuat berak. Kentut pun kuat jugak. Takpela.. buang angin tu kan sehat. hehe..
  • Kesiannye bila tengok dia mencebik-cebik. Tanda lapar susu la tu.
  • Rayyan tak banyak karenah. Alhamdulillah, dia bukan kaki nangis. Nangis bila nak susu then tak selesa bila pampers basah..
  • Suka sangat bila time mandi. Bila dah kena air, memang tak bunyi suara langsung.. Senang nak membela.huhu..
  • Dah ada sehelai dua baju newborn beliau yang dah kena reject tak buleh pakai. haish! anak aku dah besar..
  • Last friday (30hb.9) dah selamat buat kenduri akikah untuk Rayyan. 2 ekor kambing dah selamat ditumbangkan buat masak kurma. Majlis berjalan lancar kat rumah MIL.
  • Dia dah makin kurang tidur siang. Tak macam baru-baru lahir haritu. Jadi banyak masa boleh sembang-sembang, main-main dengan dia di waktu siang.
  • Malam nyer.. dia pun kadang-kadang kerap.. kadang-kadang tak kerap sangat berjaga malam. Merengek bila nak mintak susu jer. Pastu boleh sambung tidur balik..
Neways, mungkin banyak lagi perkembangan Rayyan yang aku terlepas pandang. Tapi setakat ni.. syukur alhamdulillah kesihatan Rayyan bertambah baik. Dia aku bagi mandikan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Bagi susu pulak... tip top. hehe! Semoga dia sentiasa sehat-sehat selalu. Amin!


" Sayang mama.. mama dan abah terlalu sayangkan Rayyan. Moga jadi anak yang berguna suatu hari nanti. Insyaallah"