Thursday, October 27, 2011

Puting tak sedap

Dear diary,

Hari ni first time aku siapkan Rayyan awal-awal pagi la sebelum pegi kerja. Sebab sebelum ni cik husband masih lagi bercuti. Jadi pagi-pagi abah la yang mandikan si Rayyan. Tadi, after subuh terus tak boleh naping lagi dah. Terus mandi-mandi siap sume, then kejutkan Rayyan, mandikan dia, pam susu dll. Memang rasa sebak nak tinggalkan Rayyan. Rasa macam nak bawak di ke tempat kerja je. huhu! Tapi takpe.. semua ni tak lama. Nanti mama akan jaga Rayyan sampai Rayyan betul-betul kuat. Tunggu sampai bulan 12 ni je ok sayang..

Before leaving, dah pesan siap-siap kat maksu pasal susu Rayyan. Hum! lately Rayyan dah pandai taknak minum pakai puting botol. Alahai susah la macam ni. Padahal masa pantang haritu, ada jugak aku ajarkan dia minum pakai botol. Dia ok jer.. Ni bila dah makin cerdik, dia dah kenal mana puting sedap..mana puting tak sedap. hehe! Bila dia refuse taknak pakai puting botol, sekali bagi puting original.. senyum-senyum je dia sambil bukak mulut luas-luas. Oh my Allah! terharu betul rasanya.. perasaan tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata bila breastfeed Rayyan. Rasa macam ada cahaya laser kasih sayang jatuh kat dia. huhu! Harap-harap Rayyan tak kuat meragam bila kena tinggal. Harap-harap makin hari dia dah buleh accept puting yang tak sedap tu :)


psst: ops! puting tak sedap tu sama dengan puting botol :)