Monday, October 3, 2011

Rayyan Aiman 1 month

Dear diary,

Lama betul aku tak bercerita pasal Rayyan kat belog ni kan. Kesian anak mama. Banyak jugak moment penting yang patut di'update kena update cepat-cepat takut nanti terlupa. hehe! Syukur Alhamdulillah anak mama sekarang ni dah berumur 1 bulan. Terasa cepat betul masa tu berlalu. Rasanya rindu benar nak usap-usap perut muncit macam dulu-dulu. Sekarang mama dah slim river balik. huhu! Rasa rindu benar nak sembang-sembang dengan Rayyan sebelum tidur, bangun tidur, naik kereta pegi keja dll. Fuh! rindu serindu-rindunya. En husband.. i nak pregnant lagi buleh ?? ;p oppss!

Check it out Rayyan Aiman 1 month
  • Rayyan makin berisi-isi sekarang ni. Last timbang dia masa satu bulan haritu berat dah jadi 4.6kg. Congrats sayang mama..
  • Dia jugak makin kerap minum susu. Selang sejam mesti kena standby stok. oh! i feel good when breastfeeding..
  • Syukur alhamdulillah, susu pun banyak. Dah start buat stok ebm. Senang nak tinggal Rayyan bila pegi keja nanti.
  • After cukur rambut haritu, rambut Rayyan cepat tumbuh. Dah berhitam balik rambut dia. hehe! suka mama!
  • Rayyan jugak dah pandai perhatikan orang. Tajam betul mata dia. Dah pandai main ekor mata. Geram tau.
  • Dah start nak bersembang, gelak-gelak dll. Tambah lagi bila bangun tidor. Galak betul budak kicik tu..
  • Dia kuat berak. Kentut pun kuat jugak. Takpela.. buang angin tu kan sehat. hehe..
  • Kesiannye bila tengok dia mencebik-cebik. Tanda lapar susu la tu.
  • Rayyan tak banyak karenah. Alhamdulillah, dia bukan kaki nangis. Nangis bila nak susu then tak selesa bila pampers basah..
  • Suka sangat bila time mandi. Bila dah kena air, memang tak bunyi suara langsung.. Senang nak membela.huhu..
  • Dah ada sehelai dua baju newborn beliau yang dah kena reject tak buleh pakai. haish! anak aku dah besar..
  • Last friday (30hb.9) dah selamat buat kenduri akikah untuk Rayyan. 2 ekor kambing dah selamat ditumbangkan buat masak kurma. Majlis berjalan lancar kat rumah MIL.
  • Dia dah makin kurang tidur siang. Tak macam baru-baru lahir haritu. Jadi banyak masa boleh sembang-sembang, main-main dengan dia di waktu siang.
  • Malam nyer.. dia pun kadang-kadang kerap.. kadang-kadang tak kerap sangat berjaga malam. Merengek bila nak mintak susu jer. Pastu boleh sambung tidur balik..
Neways, mungkin banyak lagi perkembangan Rayyan yang aku terlepas pandang. Tapi setakat ni.. syukur alhamdulillah kesihatan Rayyan bertambah baik. Dia aku bagi mandikan 2 kali sehari. Pagi dan petang. Bagi susu pulak... tip top. hehe! Semoga dia sentiasa sehat-sehat selalu. Amin!


" Sayang mama.. mama dan abah terlalu sayangkan Rayyan. Moga jadi anak yang berguna suatu hari nanti. Insyaallah"