Friday, October 28, 2011

Tunggu mama balik...

Dear diary,

Tengah hari tadi keluar opis awal sebab nak balik rumah breastfeed Rayyan. Alahai sayang intan payung aku sorang tu still taknak minum susu pakai botol lagi. Nak taknak terpaksa korban duit minyak kereta sikit kena ulang alik balik opis. huhu! Demi Rayyan mucuk punya pasal. Tadi bila sampai rumah tengok Rayyan tengah tidur nyenyak. Kejut2 pun liat nak bukak mata. Mengantuk betul awang bulat sorang tu. Buat keja apa kat rumah tak tahu lah. hehe! Lama jugak aku kejutkan dia tadi, last2 bangun jugak dia. Kesiaan. Terpaksa kena kejutkan dia tidur. Tidur dengan perut tak puas kenyang. Senang hati bila waktu lunch dapat balik rumah jumpa baby. Hilang stress keja sekejap.. Dah puas gomol-gomol.. and bagi dia kenyang semua baru senang hati nak balik opis. Apa-apapun tak sabar nak balik jumpa Rayyan. Tunggu mama balik ok sayang..

Rayyan demam lepas kena cucuk. Nasib baik sekejap jer. Kuat anak mama ni.