Wednesday, November 30, 2011

Masih berlatih pakai botol..

Dear diary,

Hari ni lunch hour mcm biasa kena balik rumah susukan bos kecik. Bila sampai rumah tengok dia sedap lagi tido. Alahai syg mama.. Mula-mula xsampai hati nk kejutkan. So, dapatla lunch kt rumah tadi dgn aman.hehe! Dari aku balik sampailah ke pukul 1.30 rayyan still lagi sedap tido. Last-last terpaksa kejutkan dia jugak. Banyak jugak dia menyusu td. Alhamdulillah, lega tangki susu dh kosong. Huhu! Tak sempat nk main lg dia dh sambung tido balik. Haish! Kuat betol anak bujang aku tu tido. Dan yg paling menggembirakan aku ialah, sejak 2 hari ni rayyan dh buleh minum susu pakai botol. Susu yg aku perah pagi td adala dlm 3oz habis rayyan minum. Syabas anak mama. Hopefully dia xmemilih lg lepas ni. Nk layan karenah dia xnk botol, kena lah bersabar skit.. pheew!

Rezeki Rayyan Aiman. Alhamdulillah!

Modal seringgit seposen untuk entry ini..

Dear diary,

Rasa rindu sangat pada encik suami. Sejak ada Rayyan, bila bukak entry asyik nak cerita pasal bos kecik jer. Cerita husband macam disisihkan sekejap. hehe! Nak counting days tunggu husband balik macam lama lagi pulak. Next week la baru start counting days. Bila dia takde, hari-hari dapat call sekejap-sekejap jer. Limited betul nak berhubung. Haish! Tapi, nasib baik jugak la sekurang-kurangnye dapat bertanya kabar masing-masing. Husband bila call.. 1st yang dia tanye mesti pasal Rayyan. Kadang-kadang sentap jugak aku. huhu! (Main-main jer) Rindu sesangat la tu sampaikan kalau boleh nak suruh aku update photo dalam fesbuk hari-hari gambar anak dia. Hari-hari bila call dia akan pesan benda yang sama.. jaga Rayyan baik-baik.. bawak kereta elok-elok..kunci semua pintu dll. Ades! rindu sangat la..rindu... Ada masa nanti akan diupdate 1st anniversary kami ok.. Bye diary!

Tuesday, November 29, 2011

beloved!

Belongs to mama & abah

Friday, November 25, 2011

Tips melayan suami

Sharing is Caring

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.




Source: Tentang Cinta

Thursday, November 24, 2011

Lunch hour for breastfeed. I like :))

Dear diary,

Lunch hour macam biasa, tepat pukul 12.30 terus capai kunci kereta dalam beg nak balik rumah. Alahai anak bujang aku macam tak berapa sehat. Akibat kena cucuk semalam. Start dari malam tadi lagi badan dah start nak panas. Terus aku bagikan dia ubat deman yang doc bagi then pakaikan dia cool fever. Wah! relax jer dia sebab sejuuk jer dahi. Tapi nasib baik jugak dia tak meragam, even badan agak panas jugak..tapi dia ok-ok jer. Alhamdulillah, still boleh nak ajak-ajak sembang.. still nak gelak-gelak. Thanks Allah. Malam tadi jugak Rayyan tido awal. Maybe mengantuk sangat la tu. Bila dia tido awal, ada chance la aku godek-godek lappy apa yang patut tanpa gangguan. hihi!

Sampai je rumah tadi tengok dia still tido. Terus kejutkan sebab aku balik pun tak lama. 1 jam jer. Bila dengar je suara aku, terus dia bukak mata. Cool fever yang aku letak pagi tadi pun still sejuk lagi. Bila dah bukak mata, terus aku upahkan dia susu. Huhu! lapar betul Rayyan. Minum punya la banyak. Jadi bila pam susu simpan untuk dia tadi pun jadi sikit. Susu tak sempat nak proses lagi :)) . After susukan Rayyan, bagi makan ubat, tukar pampers everything terus balik opis.

Fuh! Lama jugak nak habiskan notis ni. Tapi best jugak sebab datang keja dengan hati relax-relax jer. Semua claim untuk bulan 11 aku dah setel. Dah hantar ke account pun. Tinggal nak hand over sikit-sikit je pada click. Syok jugak. Datang opis main internet. Terrrbaaaaik :))

 Hug & Kiss Rayyan Aiman


psst: Hadoi! ayat tunggang langgang. Haish!

Cuti-cuti abah, mama & Rayyan - Genting Highland

Dear diary,

Salam untuk semua. Dah lama tak update pasal holiday kan. Actually last-last week, adalah pertama kalinya aku dan husband bawak Rayyan pergi jalan-jalan ke Genting Highland. Memang niat dari awal lagi bila husband turun job and before kitorang moving, dia nak bawak kami jalan-jalan. Apa lagi.. mama rayyan la yang paling excited sekali. Disebabkan lokasi tersangatlah dekat dari rumah, so kitorang decide naik tengah hari then turun before malam.

Bila sampai je kat puncak.. macam biasa la.. sejuknyeee. Rayyan pulak tak sempat nak carikan dia sweater lagi.. alamatnye main bungkus Rayyan pakai selimut aje la. Huhu! Tapi nasib baik jugak anak bujang aku tu kuat budaknye. Nasib baik tak deman.

Beberapa jam kami habiskan dengan jalan-jalan sambil window shopping jer kat sana. Macam biasa bila dah keluar tu tak sah kalau tak carikan baju untuk bos kecik. Akhirnya dapat jugak dia sepasang tapi abah Rayyan pun taknak mengalah. dia pun nak dapat jugak selai dua tshirt. Haish! Sayang.. sayang.. dan yang paling bestnye baru nak masuk kedai baby, Rayyan dah start meragam nak menyusu. Terpaksa la cari tempat baik-baik punya untuk susukan dia. Hehe! Kan best kalau semua shopping complex macam jusco, ada tempat untuk menyusu. Kan senang. So masa tu, Abah Rayyan la yang jadi pak guard cover aku. Best-best. Bila Rayyan dah kenyang.. barulah sedap nak cuci mata. Yeah!

Dalam pukul 5, after solat semua baru kitorang gerak turun. Sebelum tu terpaksa pusing-pusing cari kereta kat parking tak jumpa. Haish! Masing-masing ingatan dah tak kuat. Letak kereta kat mana.. cari kat mana.. huhu! Semua salah cik husband.. konon-konon ingat sangat bila aku suruh note kat henset. Alih-alih buleh lupa jugak. Geget dia!

 ..unforgettable ♥ memories..

Wednesday, November 23, 2011

Rayyan Aiman 3 months

Dear diary,

Oh yeah! sila lihat lilipie. Rayyan Aiman sudah tiga bulan. Syukur alhamdulillah, dia semakin sehat dan mudah nak dijaga. Hari ni aku ambik half day sebab nak cucuk Rayyan 3 bulan. Surprised! berat Rayyan dah 6.6kg. Huhu! sehat dan bembem anak bujang aku tu. Tadi masa jumpa doctor baik-baik jer dia and bila kena cucuk je, steady.. takde nangis-nangis dah. Agaknye dia dah mkin berisi.. sebab tu bila kena cucuk pun dah tak terasa sangat. hehe! Tadi after balik dari klinik terus susukan Rayyan.. then bagi makan ubat.. then terus dia terlena. Kesiann anak mama. Mesti mengantuk lali dek ubat tadi. Sekarang ni pun, dia dah normal berak. Kalau tidak masa awal nak masuk 2 bulan, dia makin kurang berak. Risau jugak den. 

Bila tinggalkan dia kat rumah, mesti rasa rindu-rindu nak balik jumpa dia. Memandangkan lately Rayyan tersangatlah peramah bertegur orang.. nak bersembang.. buat senyum-senyum.. buat muka nak mengorat.. dan macam-macam lagi. Kalau boleh tiap-tiap masa nak duduk sebelah dia jer. huhu! bestnye fulltime housewife. Can't wait for it.

Dan ada perkara yang menggembirakan jugak bila aku timbang berat kat klinik tadi. Berat semakin turun.. Oyeah! o yeah! (sambil joget-joget cucuk langit ;p) Support for breastfeeding! Thanks Rayyan sebab dah kurangkan berat badan mama. Love u baby!

 Bila mama nak dapat gambar Rayyan tengah senyum ni?

Tuesday, November 22, 2011

Rayyan Aiman 2 months

Semakin cerdik dan bijak..

Thursday, November 17, 2011

Peranan suami jika isteri mengandung

Sharing is Caring

Berita tentang kehamilan isteri pastinya menggembirakan suami terutama bagi yang pertama kali menjadi bapa. Namun senyuman lebar itu saja tidak cukup untuk membantu isteri yang hamil. Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya... disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi ibu hamil

TRIMESTER PERTAMA

Masa penuh emosi

Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. Sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. Jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami pasangan

- Sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
- Lekas penat dan mudah mengantuk
- Mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
- Emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan

- Buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya .
- Bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. Jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
- Tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. Sapaan seperti “ Baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenagkan hati. Selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatian lebih daripada biasa.

TRIMESTER KEDUA

Masa-masa bahagia

Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. Anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami pasangan

- Emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
- Ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
- Merasa bahagia dengan kehamilan
- Cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan

- Teruskan sikap penuh pengertian. Ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya.
- Seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
- Ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA

Takut dan cemas

Perkara yang dialami oleh isteri

- Semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
- Merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
- Sering mengeluh sakit, sengal,nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
- Mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak,bayi kan diam sebab pergerakkan kita membuai bayi didalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan

- Bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. Misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! Bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
- Pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
- Bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
- Bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (Jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza-beza begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad untuk mendampingi isteri tercinta melalui saat ini.


psst: En suami, sila ambil perhatian :))

Wednesday, November 16, 2011

Testing!

Dear diary,
Tengah hari tadi balik rumah macam biasa sebab kena breastfeed si kecik tu. Eh! Rayyan aiman ada gelaran baru kt umah. Dia dah jadi 'bos kecik' memandangkan gaya dia lately dh macam bos kat rumah..org sibuk buat keja rumah,dia relax je bersandar baring sambil tengok tv, bila lapar, tekan loceng (menangis) aku pun sampai.hehe! Bila dah dapat susu mulalah buat muka gatai dia.comel betul anak bujang sorang tu. Si abah pulak tak terkecuali dapat gelaran jugak. 'mr mama'. Best kan title tu. Sejak dia cuti2 malaysia ni, dia la yg rajin dok dapur masak utk lunch. Babysetter utk bos kecik juge :-D

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya..

Sharing is Caring,

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
...
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.



psst: Semoga aku & Rayyan menjadi anak yang soleh & solehah di dunia dan akhirat. Amin!

Tuesday, November 15, 2011

Hari kemalasan saya..

Dear diary,

Pagi tadi after sembahyang subuh rasa malas betul nak siap-siap pergi kerja. Tambah pulak tengok Rayyan and abah sedap-sedap je golek-golek bersembang atas katil. Kalau boleh, aku pun nak join golek-golek sesama lama-lama. hehe! Seronok sangat sebab hari-hari tengok Rayyan bangun dari tido.. dia senyum-senyum jer. Ceria memanjang budak kicik tu even pampers tebal sangat kena kencing. Itu yang buat aku tambah malas nak pegi keja sekarang ni. Betul cakap husband.. aku dinasihatkan agar berhenti kerja. Jadi fulltime housewife. Mesti best kan.. then bila agak bosan and Rayyan pun  dah agak kuat nanti baru start cari kerja lain. Husband yang proceed! hehe!

Thursday, November 10, 2011

Otak Kuning!

Encik husband on the way pulang dari Terengganu.
En husband text message..


" Malam ni malam jumaat"



ehem.ehem! (buat-buat batuk)







Pesanan mama & abah untuk Rayyan: Tidur awal malam ni tau :))

Wednesday, November 9, 2011

YAHOOoo!

Dear diary,

Hari ni Rayyan Aiman kejutkan mama dia subuh (padahal mama Rayyan dah bangun pun time tu) huhu! awalnye dia bangun hari ni. Bila dengar azan subuh jer, terus dia bukak mata.. bukak mulut.. mengomel ape entahlah, sambil-sambil hisap jari sambil kaki pun sibuk mengayuh. Dah 'start engine' la tu..comel sangat. Sekarang ni Rayyan dah pandai nak senyum-senyum bukak mulut luas-luas lepastu start nak menyembang. Macam-macam bunyi dah yang keluar dari mulut kecik si comel tu. Yang paling best sekali bila dia dah pandai mengeluh. Aduh! bila menguap.. mengeluh.. bila menguap je nak mengeluh. Malas betul dia nak menguap lama-lama agaknye. hehe! Kata husband aku kuat mengeluh, sebab tu la perangai jatuh kat anak. iye ker ? hehe! Kebetulan je kot eh..

*Rindunye kat abah Rayyan. Esok dia balik. Yahoo! :))

Friday, November 4, 2011

Anak itu kan rezeki dari Allah. Jadi hargailah..

Dear diary,

Now baru pukul 11.15. Uh! rasa lambat pulak masa tu berlalu. Tak sabar nak balik rumah breastfeed budak gemok tu. Miss B pun dah makin bengkak ni. Alahai.. syukur alhamdulillah, Rayyan aiman anakku tersangatlah murah rezekinya. Sejak dari dalam perut sampai lah keluar dari perut, rezeki Aiman mencurah-curah. (Uiks! sedap pulak taip nama aiman kat sini. hehe). 
  • Murah rezeki Rayyan buat collection duit masa raya hari tu.Time akikah dia pun sama jugak.  Mama Rayyan yang paling teruja kutip duit terselit bawah bantal. huhu! 1st batch duit beliau dah selamat disimpan ke account gold. 2nd batch pulak tunggu harga mas turun  dulu the baru boleh simpan..
  • Kelahiran Rayyan disambut dengan panggilan yang menggembirakan. Abah Rayyan dapat keja baru dengan kelebihan yang lebih baik dari keja sebelumnya. Alhamdulillah..
  • Di saat ibu-ibu lain kekurangan susu badan.. rezeki Rayyan melimpah ruah. Badan mama Rayyan sehat sebab tu dapat produce fresh milk untuk Rayyan. hihi!
  • Rayyan dapat macam-macam hadiah dari sedara dan kawan-kawan..
  • and many more :))
"Hai! nama saya Aiman. Saya suka minum shushu mama saya"
:))
    Anak memang pembawa rezeki. Betul..betul..betul! Sokong hundred percent! Aku rasa sangat geram dan betul-betul kecewa bila tiap-tiap hari tengok berita ada kes buang bayi itu dan ini.. buang dalam toilet, campak bayi, buang dalam parit dan macam-macam lagi lah sampaikan rasa tak sanggu nak tengok. Kejamnye manusia zaman sekarang sampai sanggup buat pada bayi yang tak berdosa macam tu. Binatang pun tahu sayangkan anak. Hum...memang frust! Dah takde perikemanusiaan dalam diri. Semuanya ikut nafsu syaitan..

    Kalau aku.. tengok baby menangis pun aku dah tak sanggup tengok. Kesian sesangat! Teringat masa tengah pantang haritu, Rayyan kena cucuk amik darah & kencing sebab demam kuning Rayyan agak lama. Bila tengok Rayyan menangis sekuat hati sebab rasa sakit kena cucuk, aku pun sebak ikut menangis sama. Puas pujuk-pujuk then Rayyan pun cool down. Fuh! Rasa taknak tengok Rayyan menangis macam tu lagi dah..