Friday, November 4, 2011

Anak itu kan rezeki dari Allah. Jadi hargailah..

Dear diary,

Now baru pukul 11.15. Uh! rasa lambat pulak masa tu berlalu. Tak sabar nak balik rumah breastfeed budak gemok tu. Miss B pun dah makin bengkak ni. Alahai.. syukur alhamdulillah, Rayyan aiman anakku tersangatlah murah rezekinya. Sejak dari dalam perut sampai lah keluar dari perut, rezeki Aiman mencurah-curah. (Uiks! sedap pulak taip nama aiman kat sini. hehe). 
  • Murah rezeki Rayyan buat collection duit masa raya hari tu.Time akikah dia pun sama jugak.  Mama Rayyan yang paling teruja kutip duit terselit bawah bantal. huhu! 1st batch duit beliau dah selamat disimpan ke account gold. 2nd batch pulak tunggu harga mas turun  dulu the baru boleh simpan..
  • Kelahiran Rayyan disambut dengan panggilan yang menggembirakan. Abah Rayyan dapat keja baru dengan kelebihan yang lebih baik dari keja sebelumnya. Alhamdulillah..
  • Di saat ibu-ibu lain kekurangan susu badan.. rezeki Rayyan melimpah ruah. Badan mama Rayyan sehat sebab tu dapat produce fresh milk untuk Rayyan. hihi!
  • Rayyan dapat macam-macam hadiah dari sedara dan kawan-kawan..
  • and many more :))
"Hai! nama saya Aiman. Saya suka minum shushu mama saya"
:))
    Anak memang pembawa rezeki. Betul..betul..betul! Sokong hundred percent! Aku rasa sangat geram dan betul-betul kecewa bila tiap-tiap hari tengok berita ada kes buang bayi itu dan ini.. buang dalam toilet, campak bayi, buang dalam parit dan macam-macam lagi lah sampaikan rasa tak sanggu nak tengok. Kejamnye manusia zaman sekarang sampai sanggup buat pada bayi yang tak berdosa macam tu. Binatang pun tahu sayangkan anak. Hum...memang frust! Dah takde perikemanusiaan dalam diri. Semuanya ikut nafsu syaitan..

    Kalau aku.. tengok baby menangis pun aku dah tak sanggup tengok. Kesian sesangat! Teringat masa tengah pantang haritu, Rayyan kena cucuk amik darah & kencing sebab demam kuning Rayyan agak lama. Bila tengok Rayyan menangis sekuat hati sebab rasa sakit kena cucuk, aku pun sebak ikut menangis sama. Puas pujuk-pujuk then Rayyan pun cool down. Fuh! Rasa taknak tengok Rayyan menangis macam tu lagi dah..

    No comments:

    Post a Comment