Thursday, November 24, 2011

Cuti-cuti abah, mama & Rayyan - Genting Highland

Dear diary,

Salam untuk semua. Dah lama tak update pasal holiday kan. Actually last-last week, adalah pertama kalinya aku dan husband bawak Rayyan pergi jalan-jalan ke Genting Highland. Memang niat dari awal lagi bila husband turun job and before kitorang moving, dia nak bawak kami jalan-jalan. Apa lagi.. mama rayyan la yang paling excited sekali. Disebabkan lokasi tersangatlah dekat dari rumah, so kitorang decide naik tengah hari then turun before malam.

Bila sampai je kat puncak.. macam biasa la.. sejuknyeee. Rayyan pulak tak sempat nak carikan dia sweater lagi.. alamatnye main bungkus Rayyan pakai selimut aje la. Huhu! Tapi nasib baik jugak anak bujang aku tu kuat budaknye. Nasib baik tak deman.

Beberapa jam kami habiskan dengan jalan-jalan sambil window shopping jer kat sana. Macam biasa bila dah keluar tu tak sah kalau tak carikan baju untuk bos kecik. Akhirnya dapat jugak dia sepasang tapi abah Rayyan pun taknak mengalah. dia pun nak dapat jugak selai dua tshirt. Haish! Sayang.. sayang.. dan yang paling bestnye baru nak masuk kedai baby, Rayyan dah start meragam nak menyusu. Terpaksa la cari tempat baik-baik punya untuk susukan dia. Hehe! Kan best kalau semua shopping complex macam jusco, ada tempat untuk menyusu. Kan senang. So masa tu, Abah Rayyan la yang jadi pak guard cover aku. Best-best. Bila Rayyan dah kenyang.. barulah sedap nak cuci mata. Yeah!

Dalam pukul 5, after solat semua baru kitorang gerak turun. Sebelum tu terpaksa pusing-pusing cari kereta kat parking tak jumpa. Haish! Masing-masing ingatan dah tak kuat. Letak kereta kat mana.. cari kat mana.. huhu! Semua salah cik husband.. konon-konon ingat sangat bila aku suruh note kat henset. Alih-alih buleh lupa jugak. Geget dia!

 ..unforgettable ♥ memories..

No comments:

Post a Comment