Wednesday, November 30, 2011

Modal seringgit seposen untuk entry ini..

Dear diary,

Rasa rindu sangat pada encik suami. Sejak ada Rayyan, bila bukak entry asyik nak cerita pasal bos kecik jer. Cerita husband macam disisihkan sekejap. hehe! Nak counting days tunggu husband balik macam lama lagi pulak. Next week la baru start counting days. Bila dia takde, hari-hari dapat call sekejap-sekejap jer. Limited betul nak berhubung. Haish! Tapi, nasib baik jugak la sekurang-kurangnye dapat bertanya kabar masing-masing. Husband bila call.. 1st yang dia tanye mesti pasal Rayyan. Kadang-kadang sentap jugak aku. huhu! (Main-main jer) Rindu sesangat la tu sampaikan kalau boleh nak suruh aku update photo dalam fesbuk hari-hari gambar anak dia. Hari-hari bila call dia akan pesan benda yang sama.. jaga Rayyan baik-baik.. bawak kereta elok-elok..kunci semua pintu dll. Ades! rindu sangat la..rindu... Ada masa nanti akan diupdate 1st anniversary kami ok.. Bye diary!