Wednesday, December 21, 2011

Update pantas!

Dear diary,

Penat jugak rasanya tengok rumah yang masih lagi macam tongkang pecah tu. After barang2 loading kat rumah sendiri haritu, kerja-kerja cat rumah terpaksa kena hold dulu sebab ada banyak benda lagi nak kena touch up. Fuh! bila masuk rumah sendiri, terasa mak ai! luasnye.. Jenuh la aku nak main kejar-kejar dengan Rayyan nanti bila dah duduk kat rumah tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak duduk kat rumah sendiri. 

Tapi buat masa ni, aku dan husband still lagi lepak-lepak rumah MIL. Lagipun husband dah nak naik job. Tak sempat lagi nak kemas-kemas rumah. Insyaallah, lagi dua minggu dia balik baru boleh start kemas-kemas rumah. Harini, husband akan hantar aku balik umah mak, then terus tembak pergi Terengganu. Haish! sekejapnye dah masuk 2 minggu. Rasa macam baru je cik husband balik bercuti.

Bila tengok lilipie, Rayyan dah nak masuk umur 4 bulan. Alahai, cepatnye masa tu berlalu. Tak sabar nak lihat Rayyan membesar dari hari ke hari depan mata. Rayyan semakin aktif sekarang tau. Banyak betul dah akal dia. Nantila aku update entry khas unyuk Rayyan ok.
Now, depan rumah ada cina kristian mati. Start dari malam tadi, then pagi ni diorang asyik nyanyi-nyanyi je. Macam seronok plak diorang ni bila ada kematian. HAISH! Lekpe lekpe la.. MIL dan balik dari pasar. Will update soon. Bye diary :))


Monday, December 19, 2011

Days before leaving..

Dear diary,

Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahannya. Bila datang, pasti jugak akan  ada yang kita tinggalkan. Selamat tinggal Kuala Lumpur.. selamat tinggal Sri Gombak.. selamat tinggal Global Globe.. selamat tinggal kawan-kawan seperjuangan yang lain. Selamat datang ke Kedah! Kedah negeri aman. Insyaallah.. Berat rasa hati dengan penghijrahan aku ni. Tapi demi masa depan aku sekeluarga.. aku gagahkan jugak. Syukur alhamdulillah, perpindahan pagi tadi berjalan lancar. Lori datang pukul 9.30 pagi then terus angkut barang masuk dalam lori. Disebabkan keadaan rumah yang super duper berhabuk, so awal-awal lagi husband suruh aku and Rayyan kuar rumah. Senang sikit diorang nak angkut barang. Then tadi, call makcik sewa umah lama untuk say goodbye. Nasib baik jugak dia ada kat rumah. Ada jugak tempat aku lepak jap.

Let me say goodbye to..

Say Goodbye to home sweet home, Sri Gombak

Kadang-kadang rasa cepatnye masa tu berlalu. Terasa macam baru lagi aku dan husband tercari-cari, survey sana.. survey sini nak sewa rumah. Akhirnya after married, kitorang terus masuk rumah sewa baru in Disember 2010. Terlalu banyak kenangan pahit manis suka duka aku dan husband kat situ. Even rumah tak besar.. tak kecik.. tapi ia bagai syurga bagi aku sekeluarga. Seronoknya hidup berdikari. Tak ada yang mengganggu. Dari awal Januari aku disahkan hamil.. kat rumah tu jugak la Rayyan Aiman membesar dalam perut dari sehari ke hari. Rumah yang terlalu banyak kenangan indah bersama.

2 days before delivery. 21st August 2011

Akan merindui saat-saat ini. Bila husband ada kat rumah, aku ada remote control pintu pagar. Pegi kerja, balik keja ada orang tolong bukakkan pintu pagar. Best tak? Dari Rayyan dalam perut.. sampai la Rayyan kena kendong. Hari terakhir husband hantar aku pegi kerja. hehe!

Tak lupa jugak nak say goodbye to auntie sebelah rumah merangkap owner rumah. Eventho kadang-kadang rasa bengang jugak kat diorang sebab bela anjing, taik bersepak.. eventho parking kereta suka hati je depan rumah orang.. tapi aku still nak say goodbye to her. Baik hati sebenarnye auntie ni.. :)) Pic taken last day before leaving..

Say Goodbye to GGMSB team
"Pengorbanan seorang ibu mendidik dan menjaga anak-anaknya tidak akan sia-sia. Allah akan memberi kelapangan baik dari segi dunia atau akhirat. Zaman kecil anak-anak kita tidak boleh diulang lagi. Hanya masa itu saja untuk tangan dan hati ibu bersama. Insyaallah ibu akan dapat ganjaran yang lebih hebat lagi"  - Kak Noor
Text dari sahabat merangkap seperti mak sendiri betul-betul menusuk kalbu. Lepas ni mesti aku akan sentiasa rindukan gelak tawa Kak Noor yang tersangat la sporting tu. Bila nak pegi toilet, tak sah  kalau tak bersidai dulu kat workstation beliau. sok sek sok sek itu ini. Then baru puas nak buang hajat kat toilet. heee! (enough! takut nanti terlebih touching pulak)

Hari-hari terakhir aku di GG bersama kawan-kawan cukup bermakna. Tak sangka ramai jugak yang sayang. hehe! Perasaan sebak bila bersalaman dengan diorang, hanya aku je yang tahu. Plus bila berpelukan dengan Kak Noor, bukan main sebak lagi dia. huhu! Bila tengok dia nangis, jadi aku pun mula nak nangis sama. Haish! Even keja dia asyik lukis drawing jer, aku harapkan satu hari nanti dia akan terbaca entry ni.Kak Mel pun sama jugak. Banyak nasihat yang dia bagi kat aku start sebelum kawin, lepas kawin, sebelum dapat anak, lepas dapat anak and macam-macam lagi lah. Will miss them tighty! Tak lupa jugak pada kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kena sebut habis nama-nama diorang nanti ni. huhu!

(Azmin, Aidil, Murni, Ida, Kak Mel, Umi, Miss Ting, Tan, Siti, Miss Wong, Miss Angeline)

Last Thursday at GG. Dapat makan free sponsered by big bos, Mr Liew. Malangnya dia takde sekali time tu. Maybe takut over budget lunch kot sebab tu dia cabut lari awal-awal. hehe! erm.. Lepas ni pening kepala la click aku yang sorang tu nak take over semua keja yang aku tinggalkan. Neways, to all of them.. good bye friends. Insyaallah, panjang umur ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Take care Contract Depart! Moga korang bekerja lebih keras untuk dapat job baru :))


Say Goodbye to beloved friends

 (Lina, Kak Dila, Eza, Farah, Farasya, Nisah, Ida, Kak Mel & baby Rayyan, Kak Ina dan Kak Noor)

Friday lunch hour. Sebenarnya Plan Kak Mel nak buat makan-makan ni masa hari Khamis tu lagi. Tapi memandangkan aku dah book hari Khamis tu untuk budak-budak Contract, so dengan diorang kena post makan-makan pada hari Jumaat.  Lepas dari naik keja after cuti panjang, aku dah jarang makan dengan diorang sebab kena breastfeed Rayyan tengahhari. Banyak benar gosip-gosip tak dapat diupdate. huuhu! To all.. miss you so much! Pada yang berdoa pada aku sekeluarga.. terima kasih banyak-banyak.. Pada yang memberi kenangan, terima kasih tak terkira. Thanks for all. Hope kita akan jumpa lagi lepas ni. Insyaallah..

 Nak selit gambar little Aiman yang makin cheeky cheeky wow wow nih! ;p Penghijrahan ini hanya kerana dia.  Be a good son my boy..

Banyak jugak dapat gift dari kenkawan tanda perpisahan. Thanks all dan ini diantaranya. Sungguh bermakna, sungguh terharu, sungguh bernilai. Apa-apapun, little Rayyan pun dapat hadiah jugak. hehe! welcome meeow!

AND Now, say welcome back home for us. Semoga kehidupan aku sekeluarga bertambah baik lagi after this. Pada diri sendiri, happy to be a fulltime housewife.. Insyaallah..


psst: Entry yang dah lama diperam. hihi!

Thursday, December 15, 2011

Baby Cute Contest!

Tiba-tiba rasa tertarik nak join contest ni sebab penyertaan adalah diadili secara manually dari pengadil sendiri bukannya main sape dapat like paling banyak dia menang..Aku first time main contest-contest kat blog ni sesaja cuba nasib. Kalau ada rezeki Rayyan, ada la kan.

Baby Cute Contest!



Syarat -syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun.
2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda.
3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK.
4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini.
5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda.
6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda.
7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda.
7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby.
8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini.
9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.

Dengan ini saya mempertaruhkan photo my precious boy untuk contest kali ni.

Nama: Muhammad Rayyan Aiman Bin Muhammad Hafizi
Tarikh Lahir: 23hb. Ogos 2011
Nama Ibu: Shahidah Binti Mat Hassan

Hadiah untuk contest ni pun wow! wow! jugak. Nak tahu hadiahnye.. jom kita usha tengok sikit..


Hadiah yang bakal dimenangi :

Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.
jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL.


Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.
jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.

*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT


Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA


Tarikh tutup :: 8.Februari.2012

Dengan ini saya ingin menjemput semua mama-mama di bawah untuk join contest ini :))


Friday, December 9, 2011

Mode: Before leaving.. banyaknye event weekend ni. pheew!

Botol susu yang super duper hot!

Dear diary,

Last weekend aku ada pergi Baby World sebab nak tambah lagi koleksi nursing bra plus extention bra. huhu! Maklumlah, sejak-sejak breastfeeding ni.. nursing bra amat penting sekali. Mudah dan senang untuk dikendalikan. (Mudah dan senang tu similar kan?) Bila searching-searching tengok saiz then proceed beli. Jalan-jalan lagi tengok kat area nursing wear terus nak jerit OMG! banyak pulak update stok cantik-cantik. Haish! time pergi sendiri-sendiri ni la banyak pulak yang berkenan di hati. Haritu masa masuk dengan husband takde pulak yang berkenan. Niat memang nak rembat satu, tapi bila fikir balik baju tu kain melekat la pulak. Tak sesuaaai.. Kalau boleh sekarang ni dah taknak la pakai baju ketat-ketat. uish! sebelum ni pun takde la ketat pun eh. hehe!

Jalan punya jalan lagi lepas tu terpandang bendalah ni. So cute! macam kelakar pun ada. Sesuai benar kot kalau sumbat kat mulut Rayyan Aiman. hehe! sebab kecik-kecik lagi dah pandai memilih taknak minum pakai botol susu. Bila tengok je botol susu ni kat Baby World, hati takde la rasa gundah gulana sangat sebab fikir negatif kenapala anak aku taknak pakai botol.. rupanya banyak lagi bayi lain yang tak suka pakai botol. Sebab tu, sampai ada orang yg boleh cipta botol sebegini rupa. hihi! Tak boleh bayangkan la kalau aku suap puting ni kat Rayyan then dia refuse nak minum jugak... mesti dalam fikiran budak kecik tu dia akan cakap.. ''mama jangan tipu Rayyan yeeee" . Pada sesapa yang nak hadiahkan baby botol susu yang super hot ni boleh la visit ke facebook babyworld ataupun serang sendiri ke babyworldshop. (Iklan tanpa berbayar :))


Comel tak? comel tak? Kalau Rayyan tengok puting ni mesti dia pun malu-malu nak hisap. huhu!

Sekali tengok harga RM89/bottle. Terus aku parkinsoooonn!

Tips kurangkan muntah di awal kehamilan

Sharing is Caring

Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil

... “Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.
Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini

* Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
* Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
* Hindarkan diri dari wangian
* Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
* Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
* Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
* Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.

Previously 1st month morning sickness January'11 @ Cherating. Sweet moment inside!


source: PIIMC

Tuesday, December 6, 2011

Hari ini..

Dear diary,

Hari ni aku balik tengah hari macam biasa. Bila sampai rumah tengok Rayyan tengah seronok main-main dengan achu. Bila tengok botol susu, Rayyan tak banyak pulak minum susu harini. 1 oz jer. Alahai anak bujang aku tu. Tak lapar ke dia harini.. nak bersembang.. nak main-main jer kerjanye. huhu! After dah lunch semua baru pujuk-pujuk dia minum susu lagi. Kali ni, baru dia mau. Mengantuk sama.. Bukan main lagi dia menyusu. Lapar-lapar.. tapi taknak mengalah. Akhirnya tadi Rayyan pun terlena atas riba. Bila tengok Rayyan sedap tido, automatik aku pun rasa mengantuk gila. Ades! Malas betul nak balik opis tadi.. mata mengantuk sangat. Yaw!

Hari ni jugak aku start to wear heels since pregnant and delivery baby. Feel sooo weird sebab bila pakai asyik nak tengok bawah jer. Rasa tapak nipis macam tak pakai kasut jer. Haish! ;p

Hari ni jugak belum dapat call dari husband. Selalunya time pagi ada je dia wakeup call subuh dari sana.. tidak pun time aku siap-siap nak pergi kerja dia akan call. Tapi hari ni takde pulak. Maybe banyak sangat dia kerja malam tadi ataupun line tak clear kat sana. (kena fikir positif selalu :))


psst: Rindu suami. Bye!

Memberi nama yang baik untuk anak

Sharing is Caring

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang.

Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama. Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda' RA. katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu."

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa? Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya 'Mujahid' yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang. Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah SWT.

Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama 'Hazan' yang bermaksud berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita. Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.


Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.

Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir. Ada juga yang menggabung jalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu.

Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.

Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.

Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya.

Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat. Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.

Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.

Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.

Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.


Nama Yang Baik

Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.

Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.

Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.

Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.

Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.


psst: Tiap-tiap hari panggil Rayyan Aiman 'Pintu Syurga yang Bertuah'.
Semoga dia menjadi anak yang baik di dunia & akhirat. Amin!

Monday, December 5, 2011

Friday, December 2, 2011

Happy 1st Anniversary

Dear diary,

Pejam celik dah setahun aku dan suami berkongsi suka duka hidup berumah tangga. Masih segar dalam ingatan 26/11/2010 aku dan suami telah selamat diijab kabulkan. Syukur pada Allah kerana telah ketemukan jodoh yang terbaik buat aku. Banyak cabaran, dugaan, suka dan duka telah kami harungi bersama. Hidup berdikari.. Itulah yang kami cari. Kini 26/11/2011 telah pun berlalu. Belum tiba masanya, kami telah dianugerahkan seorang permata hati yang sangat comel. Terima kasih Tuhan atas rezeki dan amanah yang telah Diberikan. Tak akan kami sia-siakan amanah itu. (fullstop ayat bunga :)

Memandangkan tarikh tu suami dah kena pergi kerja, jadi 1st Anniversary in advanced la jawabnye. Mulanya terfikir nak buat kat rumah jer. Sebab kesian pulak nak bawak Rayyan dinner malam-malam kat luar.. tapi last-last proceed jugak nak bawak dia sekali makan kat luar. Sebelum masuk kedai, for sure kena bagi Rayyan kenyang-kenyang dulu takut nanti dia meragam. huhu!

Malam tu decided nak makan stik, waduh! dah lama aku mengidam nak makan since after delivery. Jadi malam tu.. suami ikutkan aje anak tekak isteri tercinta :) . Even dinner without candle light.. tapi dengan kehadiran si kecik.. dah cukup melengkapkan dan menyerikan lagi makan malam kami.

Simple cake but soo delicious. Trust me! hehe! husband paling berhantu makan kek ni :))

Cahaya lilin merangkap hadiah tak ternilai di hari ulang tahun yang pertama kami.
Hai hensem!

Mama Rayyan punya gambar harus tempek jugak kat sini.. hihi! Stik sangat superb! sangat recommended! yaw!!

Abah Rayyan yang dah tak sabar nak makan. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati. Pheew!

Belum sempat nak jamah sampai habis.. bos kecik pun dah mula nak merengek. Mana buleh jadi kan tengok mama and abah dia sedap melantak masing-masing.. dia kena duduk senyap-senyap je dalam stroller. Bila Rayyan dah taknak duduk diam.. abah sepantas kilat angkat Rayyan. Haish! Kalau bab anak kesayangan dia tu.. memang cepat je dia nak angkat. huhu! Boleh la aku layan makan stik baik punyee.. Bila dah kena dodoi dek abah, Rayyan pun terlena. Then abahnye boleh la sambung makan balik..

After makan and borak itu ini.. kami terus bertolak pulang ke sarang. Happy 1st Anniversary sayang..