Friday, December 9, 2011

Botol susu yang super duper hot!

Dear diary,

Last weekend aku ada pergi Baby World sebab nak tambah lagi koleksi nursing bra plus extention bra. huhu! Maklumlah, sejak-sejak breastfeeding ni.. nursing bra amat penting sekali. Mudah dan senang untuk dikendalikan. (Mudah dan senang tu similar kan?) Bila searching-searching tengok saiz then proceed beli. Jalan-jalan lagi tengok kat area nursing wear terus nak jerit OMG! banyak pulak update stok cantik-cantik. Haish! time pergi sendiri-sendiri ni la banyak pulak yang berkenan di hati. Haritu masa masuk dengan husband takde pulak yang berkenan. Niat memang nak rembat satu, tapi bila fikir balik baju tu kain melekat la pulak. Tak sesuaaai.. Kalau boleh sekarang ni dah taknak la pakai baju ketat-ketat. uish! sebelum ni pun takde la ketat pun eh. hehe!

Jalan punya jalan lagi lepas tu terpandang bendalah ni. So cute! macam kelakar pun ada. Sesuai benar kot kalau sumbat kat mulut Rayyan Aiman. hehe! sebab kecik-kecik lagi dah pandai memilih taknak minum pakai botol susu. Bila tengok je botol susu ni kat Baby World, hati takde la rasa gundah gulana sangat sebab fikir negatif kenapala anak aku taknak pakai botol.. rupanya banyak lagi bayi lain yang tak suka pakai botol. Sebab tu, sampai ada orang yg boleh cipta botol sebegini rupa. hihi! Tak boleh bayangkan la kalau aku suap puting ni kat Rayyan then dia refuse nak minum jugak... mesti dalam fikiran budak kecik tu dia akan cakap.. ''mama jangan tipu Rayyan yeeee" . Pada sesapa yang nak hadiahkan baby botol susu yang super hot ni boleh la visit ke facebook babyworld ataupun serang sendiri ke babyworldshop. (Iklan tanpa berbayar :))


Comel tak? comel tak? Kalau Rayyan tengok puting ni mesti dia pun malu-malu nak hisap. huhu!

Sekali tengok harga RM89/bottle. Terus aku parkinsoooonn!

1 comment:

  1. wah... gojes btul botol nie...kih3x ibu pun rase klu liL aqiL tgk puting ni mesti dia pun malu² nak hisap.... hehe or ibunye yang shame² nk kuarkan botol ni depan public, better aqiL hisap yg original dari ibu kan3x.....

    ReplyDelete