Monday, December 19, 2011

Days before leaving..

Dear diary,

Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahannya. Bila datang, pasti jugak akan  ada yang kita tinggalkan. Selamat tinggal Kuala Lumpur.. selamat tinggal Sri Gombak.. selamat tinggal Global Globe.. selamat tinggal kawan-kawan seperjuangan yang lain. Selamat datang ke Kedah! Kedah negeri aman. Insyaallah.. Berat rasa hati dengan penghijrahan aku ni. Tapi demi masa depan aku sekeluarga.. aku gagahkan jugak. Syukur alhamdulillah, perpindahan pagi tadi berjalan lancar. Lori datang pukul 9.30 pagi then terus angkut barang masuk dalam lori. Disebabkan keadaan rumah yang super duper berhabuk, so awal-awal lagi husband suruh aku and Rayyan kuar rumah. Senang sikit diorang nak angkut barang. Then tadi, call makcik sewa umah lama untuk say goodbye. Nasib baik jugak dia ada kat rumah. Ada jugak tempat aku lepak jap.

Let me say goodbye to..

Say Goodbye to home sweet home, Sri Gombak

Kadang-kadang rasa cepatnye masa tu berlalu. Terasa macam baru lagi aku dan husband tercari-cari, survey sana.. survey sini nak sewa rumah. Akhirnya after married, kitorang terus masuk rumah sewa baru in Disember 2010. Terlalu banyak kenangan pahit manis suka duka aku dan husband kat situ. Even rumah tak besar.. tak kecik.. tapi ia bagai syurga bagi aku sekeluarga. Seronoknya hidup berdikari. Tak ada yang mengganggu. Dari awal Januari aku disahkan hamil.. kat rumah tu jugak la Rayyan Aiman membesar dalam perut dari sehari ke hari. Rumah yang terlalu banyak kenangan indah bersama.

2 days before delivery. 21st August 2011

Akan merindui saat-saat ini. Bila husband ada kat rumah, aku ada remote control pintu pagar. Pegi kerja, balik keja ada orang tolong bukakkan pintu pagar. Best tak? Dari Rayyan dalam perut.. sampai la Rayyan kena kendong. Hari terakhir husband hantar aku pegi kerja. hehe!

Tak lupa jugak nak say goodbye to auntie sebelah rumah merangkap owner rumah. Eventho kadang-kadang rasa bengang jugak kat diorang sebab bela anjing, taik bersepak.. eventho parking kereta suka hati je depan rumah orang.. tapi aku still nak say goodbye to her. Baik hati sebenarnye auntie ni.. :)) Pic taken last day before leaving..

Say Goodbye to GGMSB team
"Pengorbanan seorang ibu mendidik dan menjaga anak-anaknya tidak akan sia-sia. Allah akan memberi kelapangan baik dari segi dunia atau akhirat. Zaman kecil anak-anak kita tidak boleh diulang lagi. Hanya masa itu saja untuk tangan dan hati ibu bersama. Insyaallah ibu akan dapat ganjaran yang lebih hebat lagi"  - Kak Noor
Text dari sahabat merangkap seperti mak sendiri betul-betul menusuk kalbu. Lepas ni mesti aku akan sentiasa rindukan gelak tawa Kak Noor yang tersangat la sporting tu. Bila nak pegi toilet, tak sah  kalau tak bersidai dulu kat workstation beliau. sok sek sok sek itu ini. Then baru puas nak buang hajat kat toilet. heee! (enough! takut nanti terlebih touching pulak)

Hari-hari terakhir aku di GG bersama kawan-kawan cukup bermakna. Tak sangka ramai jugak yang sayang. hehe! Perasaan sebak bila bersalaman dengan diorang, hanya aku je yang tahu. Plus bila berpelukan dengan Kak Noor, bukan main sebak lagi dia. huhu! Bila tengok dia nangis, jadi aku pun mula nak nangis sama. Haish! Even keja dia asyik lukis drawing jer, aku harapkan satu hari nanti dia akan terbaca entry ni.Kak Mel pun sama jugak. Banyak nasihat yang dia bagi kat aku start sebelum kawin, lepas kawin, sebelum dapat anak, lepas dapat anak and macam-macam lagi lah. Will miss them tighty! Tak lupa jugak pada kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kena sebut habis nama-nama diorang nanti ni. huhu!

(Azmin, Aidil, Murni, Ida, Kak Mel, Umi, Miss Ting, Tan, Siti, Miss Wong, Miss Angeline)

Last Thursday at GG. Dapat makan free sponsered by big bos, Mr Liew. Malangnya dia takde sekali time tu. Maybe takut over budget lunch kot sebab tu dia cabut lari awal-awal. hehe! erm.. Lepas ni pening kepala la click aku yang sorang tu nak take over semua keja yang aku tinggalkan. Neways, to all of them.. good bye friends. Insyaallah, panjang umur ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Take care Contract Depart! Moga korang bekerja lebih keras untuk dapat job baru :))


Say Goodbye to beloved friends

 (Lina, Kak Dila, Eza, Farah, Farasya, Nisah, Ida, Kak Mel & baby Rayyan, Kak Ina dan Kak Noor)

Friday lunch hour. Sebenarnya Plan Kak Mel nak buat makan-makan ni masa hari Khamis tu lagi. Tapi memandangkan aku dah book hari Khamis tu untuk budak-budak Contract, so dengan diorang kena post makan-makan pada hari Jumaat.  Lepas dari naik keja after cuti panjang, aku dah jarang makan dengan diorang sebab kena breastfeed Rayyan tengahhari. Banyak benar gosip-gosip tak dapat diupdate. huuhu! To all.. miss you so much! Pada yang berdoa pada aku sekeluarga.. terima kasih banyak-banyak.. Pada yang memberi kenangan, terima kasih tak terkira. Thanks for all. Hope kita akan jumpa lagi lepas ni. Insyaallah..

 Nak selit gambar little Aiman yang makin cheeky cheeky wow wow nih! ;p Penghijrahan ini hanya kerana dia.  Be a good son my boy..

Banyak jugak dapat gift dari kenkawan tanda perpisahan. Thanks all dan ini diantaranya. Sungguh bermakna, sungguh terharu, sungguh bernilai. Apa-apapun, little Rayyan pun dapat hadiah jugak. hehe! welcome meeow!

AND Now, say welcome back home for us. Semoga kehidupan aku sekeluarga bertambah baik lagi after this. Pada diri sendiri, happy to be a fulltime housewife.. Insyaallah..


psst: Entry yang dah lama diperam. hihi!

2 comments:

  1. SELAMAT JADI FULLTIME HOUSEWIFE MAMA RAYYAN <3 ISH3X JELES NYE RASA...MST RAYYAN SANGAT SUKE NANTI HARI² DAPAT FRESHMILK DARI MAMA DIE, HEHEHE :P ANYWAY SEMOGA SEGALA URUSAN DI PERMUDAHKAN OLEHNYA AMIN....

    ReplyDelete
  2. Thanks kecik. Itula, kalau boleh nak bagi yang terbaik utk dia. Bila kurang minum susu, badan pun dah start susut. Tapi now, alhamdulillah.. Rayyan tak risau lagi dah hari2 kena tinggal. hehe!

    ReplyDelete