Friday, December 2, 2011

Happy 1st Anniversary

Dear diary,

Pejam celik dah setahun aku dan suami berkongsi suka duka hidup berumah tangga. Masih segar dalam ingatan 26/11/2010 aku dan suami telah selamat diijab kabulkan. Syukur pada Allah kerana telah ketemukan jodoh yang terbaik buat aku. Banyak cabaran, dugaan, suka dan duka telah kami harungi bersama. Hidup berdikari.. Itulah yang kami cari. Kini 26/11/2011 telah pun berlalu. Belum tiba masanya, kami telah dianugerahkan seorang permata hati yang sangat comel. Terima kasih Tuhan atas rezeki dan amanah yang telah Diberikan. Tak akan kami sia-siakan amanah itu. (fullstop ayat bunga :)

Memandangkan tarikh tu suami dah kena pergi kerja, jadi 1st Anniversary in advanced la jawabnye. Mulanya terfikir nak buat kat rumah jer. Sebab kesian pulak nak bawak Rayyan dinner malam-malam kat luar.. tapi last-last proceed jugak nak bawak dia sekali makan kat luar. Sebelum masuk kedai, for sure kena bagi Rayyan kenyang-kenyang dulu takut nanti dia meragam. huhu!

Malam tu decided nak makan stik, waduh! dah lama aku mengidam nak makan since after delivery. Jadi malam tu.. suami ikutkan aje anak tekak isteri tercinta :) . Even dinner without candle light.. tapi dengan kehadiran si kecik.. dah cukup melengkapkan dan menyerikan lagi makan malam kami.

Simple cake but soo delicious. Trust me! hehe! husband paling berhantu makan kek ni :))

Cahaya lilin merangkap hadiah tak ternilai di hari ulang tahun yang pertama kami.
Hai hensem!

Mama Rayyan punya gambar harus tempek jugak kat sini.. hihi! Stik sangat superb! sangat recommended! yaw!!

Abah Rayyan yang dah tak sabar nak makan. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati. Pheew!

Belum sempat nak jamah sampai habis.. bos kecik pun dah mula nak merengek. Mana buleh jadi kan tengok mama and abah dia sedap melantak masing-masing.. dia kena duduk senyap-senyap je dalam stroller. Bila Rayyan dah taknak duduk diam.. abah sepantas kilat angkat Rayyan. Haish! Kalau bab anak kesayangan dia tu.. memang cepat je dia nak angkat. huhu! Boleh la aku layan makan stik baik punyee.. Bila dah kena dodoi dek abah, Rayyan pun terlena. Then abahnye boleh la sambung makan balik..

After makan and borak itu ini.. kami terus bertolak pulang ke sarang. Happy 1st Anniversary sayang..