Sunday, January 15, 2012

Diary hujung minggu..

Dear diary,

Alhamdulillah anak kesayangan dah nyenyak tidur after dua kali menyusukan dia tadi. Jam dah pukul 11. Manalah cik husband ni janji nak balik sebelum pukul 11. Seperti biasa bila ada kesempatan, excited aku nak update aktiviti-aktiviti aku di sini. Hari ni, Sunday!! oh yeah! dah takde beza pun hari isnin, selasa, rabu..bla..bla..weekend.. sebab dah tak kerja. Hari-hari adalah hari cuti bagiku. Dah tak payah nak serabut kepala bangun pagi-pagi kena bersiap ke tempat kerja. hehe! 

After breakfast tadi, aku temankan husband pergi ke rumah kami. Niat aku sambil menyelam minum air. Tak sabar nak tengok progress rumah yang husband dah cat. Jadi tadi aku dapatlah tolong sikit-sikit kemaskan barang yang masih berselerak kat hall sebab esok kipas dah nak pasang. Rayyan aku tinggalkan pada MIL sekejap. Bila masuk rumah, kitorang terus mulakan kerja. Aku kemas-kemas barang then husband pulak mulakan dengan cat nye. huuh! Okey! proceed, ruang untuk meja makan kami, dah selamat dicat dengan kaler purple. Sooo colourful! Tinggal esok nak cat bilik pulak. Hopefully kerja cepat siap sebelum dia naik job nanti.

Kerja kena tangguh sebab MIL call cakap Rayyan dah taknak duduk diam. Bagi susu taknak, agah-agah pun buat tak layan jer. Mungkin dia dah rimas sebab kitorang tak mandikan dia dulu sebelum tinggal tadi. Bila balik.. macam biasa belek-belek peluk cium bos kecik tu dulu. Dalam pukul 11, siap-siap nak pergi carvenzi. Rayyan mama yang paling excited sekali kalau bab-bab nak cari perabut ni. hehe! Even takde 1 item yang kitorang dah aim, tapi alang-alang dah ada transportation charge tu.. kitorang decide tambah lagi 1 2 item. Puas hati! Sebelum balik, belakang Carvenzi ada carefour. Sempat lagi la menyinggah jalan-jalan cuci mata. Goda-goda cik husband, dapat cardigan and seluar kain lembut tu satu. Tq sayang!

Masa kat carefour tadi nampak mesin penimbang. Teruja nak tengok berat semasa. Kalau awal bulan 12 haritu berat adalah 52 then tadi bila timbang, berat naik 1 kilo. Oyeah! Syabas mama Rayyan sebab dah berjaya kumpul lemak after berat turun mendadak tempoh hari. Husband cakap, taknak bagi aku kurus 'kedikiang' sangat hanya sebab aku breastfeed Rayyan.. jadi sebab tu la keja aku sekarang ni asyik kena makan jer. Bila makan malam then tengah malam mesti lapar balik. Haish! habis berat aku Rayyan sedut. hihi!

Okeylah diary, husband dah balik bawak burger. Hope will update soon! Bye!

ooo kat sini rupanya lemak mama Rayyan sedut. Arghh! makannn drumstik!!!!
-Rayyan @ Carefour-

No comments:

Post a Comment