Saturday, January 14, 2012

Diary Sabtu

Dear diary,

Selamat datang pagi yang ceria. Alhamdulillah! Allah masih panjangkan umur aku dan famili. Pagi ni macam biasa, alarm kejutkan solat subuh. After mandi, solat subuh. Tadi Rayyan terjaga awal pulak. Bila dia dah merengek-rengek mintak susu, suakan susu.. dia taknak. Mata masih pejam. Aduhai! comelnye dia bila tidur. Rasa nak cubit-cubit Rayyan Aiman. Bila dah terjaga tu, kenalah bukak enjin main-main dengan si kecik. Bila dah puas, then aku and husband pujuk-pujuk lagi dia minum susu, terus dia terlena balik. 

Tadi, breakfast tersangatlah kenyang. Makan nasik lemak 2 bungkus, kuih lapis, murtabak, goreng pisang yang MIL buat. Kenyang sangat dah perut ni. huhu! After breakfast and kemas-kemas umah sikit.. husband cakap nak sambung keja. Pada mulanya, macam nak amik cuti je harini sebab dia nak bawak kami jenjalan kat Sunway Karnival. Tapi, bila difikirkan balik.. sayang pulak kalau tak habiskan cat rumah tu. hehe! Progress cat rumah bermula seawal minggu ni. Kesian benar tengok husband yang comot-comot balik dari mengecat rumah. Semalam sebelum pergi market, sempat lagi aku tengok rumah kami. Nak check prestasi kerja husband mengecat rumah. hihi! Ruang tamu depan dah 90% siap, tinggal nak touch up sikit-sikit je lagi. Colour theme untuk ruang depan adalah colour pink. Kau ade? haha! Ruang tamu kedua jugak husband dah cat dengan colour terquoise. Almost siap jugak. Ternyata colour dalam katalog tak sama dengan real. huhu! terang sikit colour tu. Belasah je la. Husband cakap dah macam kindergarden pun ada. Tapi dia suka. Nak nampak ceria katanya. So harini, husband sambung mengecat rumah lagi baki ruang yang tinggal. Ado! banyak ruang lagi tu. Target harini kalau boleh dia nak habiskan cat ruang makan. Tak tahu la colour ape plak yang cik husband nak cat tu. Tadi bincang-bincang nak letak colour purple pulak takpun nak continue colour pink balik. huhu! sah-sah macam tadika. :)) Musti Rayyan Aiman syok main-main kenal warna dalam rumah nanti. Husband cakap, nak siapkan cat ruang tamu depan, ruang kedua, ruang makan and bilik tidur dulu. Then baru kemas-kemas sikit then dah buleh masuk rumah. Tak sabar rasanya. Kipas yang kitorang beli semalam pun Isnin ni tukang akan hantar pasang. Haritu, ada jugak survey-survey perabut kat westcout, cavensi etc.. tapi takde promotion kaw-kaw pulak. Bila tengok sofa.. tak padan dengan harga. Haish! takpe-takpe tunggu amik masa sikit mesti ada promo lain. Oh! harini Sabtu, kena check dalam metro jangan lupa. huhu!

Wah lama pulak Rayyan tidur. Syok la mama Rayyan berinternet. Kalau tak, hari-hari takde masa sangat nak online. Nanti husband balik, nak jenjalan kat Sunway Karnival pulak. Excited benar cik husband nak bawak pusing-pusing kat sini after pindah haritu. Kalau boleh dia nak aku happy-happy je tinggal kat sini. Apa yang aku nak makan or nak jenjalan or nak shoppping, insyaallah.. dia akan cuba tunaikan. Thanks husband. Love u so much! malam nanti abang dapat upah lagi eh ;p

Makin susah nak breastfeed si kecik sekarang ni. Teruja tengok wallpaper katanya. huhu!


psst: Bos kecik dah bangun siap senyum-senyum mintak kena angkat.

No comments:

Post a Comment