Tuesday, January 10, 2012

Rayyan Aiman 4 months

Dear diary,

Hari-hari menjaga Rayyan di depan mata sendiri memanglah tersangat indah. Memandangkan Mr Rayyan sudah masuk umur empat bulan, makin banyak akal dia. Dia dah pandai taknak tidur siang, kalau tidur pun bila dia betul-betul rasa mengantuk then bosan tak buat ape.. pastu baru dia akan terlena sendiri. Rayyan jugak dua tiga hari ni dah taknak sangat direct breastfeed siang hari. Dia lebih prefer minum pakai botol pulak. Mak ai! haritu time aku kerja.. susah sangat dia nak minum pakai botol.. sekarang ni dia dah pandai memilih taknak breastfeed pulak sebab kalau brestfeed confirm dia akan terlena dek  bau badan aku. huhu! sebab tu la mungkin dia dah makin kurang nak direct sebab dia fikir nak main jer. haish! anak bujang aku sorang tu. Macam-macam dia. Lagi, Rayyan sekarang pun bila aku ajar minum pakai botol, dia dah pandai pegang botol sendiri. Oh! sangat impress ok. hehe! Hoho! entry kali ni nak cerita pasal Rayyan ajer. Dia jugak masih belum boleh meniarap lagi. Puas jugak aku start ajar and tolong dia main guling-guling, tapi malas betul bos kecik sorang tu nak angkat buntut. Harap-harap dalam umur Rayyan 4 bulan ni dia dah boleh meniarap. Hopefully! 

Rayyan Aiman first time picnic at Pantai Merdeka, Kedah

No comments:

Post a Comment