Thursday, January 12, 2012

Tak dapat susu.. bucu bantal pun jadi - Rayyan

Dear Rayyan,

Malam ni anak mama meragam nak tidur sekejap jer. Nasib baik jugak la sebab abah pun keluar makan char keow teow tadi. Bila dah puas main-main depan tv, Rayyan mula rasa bosan.. gosok-gosok muka.. hisap jari tanda dah mengantuk nak masuk tidur la tu. Tapi macam biasa, Rayyan sekarang ni dah banyak sangat akal. Taknak tidur keja nak main jer dia. Akhirnya pukul 9.30 malam tadi mama bawak Rayyan masuk bilik. Bila mama nak direct breastfeed, Rayyan taknak. Terus mama pam susu. Masa mama tengah pam tengok Rayyan main guling-guling lagi atas katil. Rayyan suka main-main jari.. belek-belek tangan.. kira jari kaki.. angkat kaki lepas tu kentut dan macam-macam lagi lah. Suka benar mama tengok telatah anak kesayangan mama ni. 

Sekali mama toleh, Rayyan tengah hisap jari. cup cap cup cap bunyi Rayyan isap jari. Aduhai! Dah lapar anak mama ni. Jadi mama kena speed pam laju-laju sikit sebab kesian tengok Rayyan dah lali-lali hisap jari. Then bila mama toleh lagi sekali bila dengar bunyi Rayyan sedap je hisap sesuatu.. mama tengok Rayyan tengah sedap hisap bucu bantal gajah kesayangan Rayyan. Huhu! terus mama stop pam and bagi Rayyan minum susu. Rayyan minum sampai berdengkur. Hopefully malam ni Rayyan tak berjaga tengah malam lagi  macam malam semalam kacau mama dan abah tidur sebab nak ajak main ok sayang.. Tidur dengan nyenyak. Kita main lagi esok. We love u so much! Muuuah!

No comments:

Post a Comment