Monday, February 13, 2012

Sunday, February 5, 2012

Masalah bayi tak mahu direct feeding

Sharing is Caring

Okey kali ni nak share masalah baby taknak direct feeding. Ada jugak rupanya baby yang taknak direct eh. huhu! Sebab kalau Rayyan memang ketagih sesangat dia nak direct feed dolu-dolu. Cuma sekarang ni je dia makin okey terima direct feed or pakai botol. Syukur sangat. Sebab kenkadang tu, dia kena belajar minum pakai botol jugak sebab ada sesetengah masa aku tak bersama dia. Jom baca info di bawah dipetik dari PIICM. Hope boleh dimanfaat.

Apakah punca keadaan ini berlaku? Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus?
Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.

(1) Susu terlalu banyak
Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.

(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana mengatasinya

- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan
- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan
- Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya
- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.
- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus.  Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.
- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.
- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain
- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi.
- Elakkan penggunaan puting kosong
- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan
di tempat-tempat awam.
- Jangan marah dan jangan paksa. Sabar. Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk luangkan lebih banyak masa dengan bayi.

Sumber: PIICM

Saturday, February 4, 2012

Rayyan Aiman 5 Months

Dear diary,

Pejam celik dah lamanya tak menulis belog. Rindu la orang kampung! Rindu! hehe! Pejam celik lagi, husband dah offwork. Hilang rasa busan 2 weeks without him. Hari Khamis dia sampai and now we're at PIL house. Pejam celik pejam celik lagi bila tengok my liliepie, Rayyan aiman dah mencapai usia 5 bulan. Yeeha! Syukur alhamdulillah, dia semakin sehat dan berisi bum bum. Sudah usia 5 bulan jugak la aku ekslusif breastfeeding beliau. Lagi sebulan cukup 6 months fully breastfeed. Can't wait to get certificate from husband. huhu!

Okeyla, mama Rayyan kalau menulis mestilah nak update pasal anak bujang kesayangan tu. Last Friday, aku dah bawak budak kecik tu pergi klinik cucuk dia 5 bulan. Oh! berat Rayyan terkini sehingga usia 5 bulan adalah seberat 7.6kg. Oleh sebab berat Rayyan yang makin bertambah tu, jadi aku makin sehari ke hari makin tak laratlah nak dukung dia. Fuh! Mujur benar bila husband balik, rajin dia mandikan Rayyan. hehe! 

Let's check short update Rayyan hingga kini..

• Sejak Rayyan usia 3 bulan lagi dia dah pandai gelak-gelak kecil. Bila dah masuk 5 bulan ni, dia makin ceria. Pantang agah sikit, mesti mengekek. Tapi bila dia baru bangun tidur tu, lambat sikit la dia nak start enjin. Tapi bila mai mood ok.. senyum memanjang pulak budak kicik tuh.
• Dia dah makin cam orang. Tambah-tambah lagi dengan mama dia la. Sebab bila nak susu MAMA.. bila nak mandi MAMA.. lalala.. Bila tengok orang yang dia tak biasa tengok.. dia akan pandang je orang tu. Senyum taknak.. sembang pun taknak. eksyen!
• Kuku pendek tapi tajam betul. Kena kerap potong kuku si kecik ni sebab dia kuat cakar orang. Dah berdarah jerawat muka abah dia cakar.hehe!
• Suka main-main, gulung-gulung, gigit-gigit lidah dia. Alahai..
• Dah mula pandai meniarap. Yahoo! Akhirnya umur Rayyan lima bulan baru buleh meniarap. Hihi! Bila dia golek-golek then tertiarap,bulan main eksyen lagi riak muka. Mulut riuh rendah dok ai ai panggil orang suruh tengok dia meniarap... Lagi satu dia makin seronok tidur meniarap. Lagi nyenyak tidur aku tengok.
• Makin ligat sembang.. buat-buat bunyi bahasa dia.. masyaallah.. melting! Bila bersembang dengan dia.. macam paham jer dia balas-balas.
• Suka tengok tv. Kalau tengah menyusu, bila dengar kat tv bising sikit je, terus disentapnye nipple aku. Mak ai! Rakus je anak bujang nih. Potong stim! huuuuu..
• Dah pandai pegang / capai mainan. Kalau dah pegang, tak sah kalau tak masuk mulut. haish! Kena beli banyak mainan lagi lepas ni..
• Suka belek-belek jari tangan jari kaki. Dia jugak dah suka hisap jari kaki. Mesti dia fikir, aik! jari tangan rasa lain.. jari kaki rasa lain.. eh?? :)) Lagi satu, setiap kali abah nak pegi keja.. selalu dipesannye.. " Rayyan hari-hari belek jari kira abah pegi kerja ok. Habis jari tangan kanan..habis jari tangan kiri..habis 4 jari kaki..abah balik jumpa Rayyan.ok?"

and manymore yang mungkin tak ingat aku nak masukkan sekali. huhu! Okeylah! ada masa nanti akan diupdate lagi ok. Nak gomoi-gomoi dengan abah Rayyan jap. hehe! Muah! Bye!