Saturday, February 4, 2012

Rayyan Aiman 5 Months

Dear diary,

Pejam celik dah lamanya tak menulis belog. Rindu la orang kampung! Rindu! hehe! Pejam celik lagi, husband dah offwork. Hilang rasa busan 2 weeks without him. Hari Khamis dia sampai and now we're at PIL house. Pejam celik pejam celik lagi bila tengok my liliepie, Rayyan aiman dah mencapai usia 5 bulan. Yeeha! Syukur alhamdulillah, dia semakin sehat dan berisi bum bum. Sudah usia 5 bulan jugak la aku ekslusif breastfeeding beliau. Lagi sebulan cukup 6 months fully breastfeed. Can't wait to get certificate from husband. huhu!

Okeyla, mama Rayyan kalau menulis mestilah nak update pasal anak bujang kesayangan tu. Last Friday, aku dah bawak budak kecik tu pergi klinik cucuk dia 5 bulan. Oh! berat Rayyan terkini sehingga usia 5 bulan adalah seberat 7.6kg. Oleh sebab berat Rayyan yang makin bertambah tu, jadi aku makin sehari ke hari makin tak laratlah nak dukung dia. Fuh! Mujur benar bila husband balik, rajin dia mandikan Rayyan. hehe! 

Let's check short update Rayyan hingga kini..

• Sejak Rayyan usia 3 bulan lagi dia dah pandai gelak-gelak kecil. Bila dah masuk 5 bulan ni, dia makin ceria. Pantang agah sikit, mesti mengekek. Tapi bila dia baru bangun tidur tu, lambat sikit la dia nak start enjin. Tapi bila mai mood ok.. senyum memanjang pulak budak kicik tuh.
• Dia dah makin cam orang. Tambah-tambah lagi dengan mama dia la. Sebab bila nak susu MAMA.. bila nak mandi MAMA.. lalala.. Bila tengok orang yang dia tak biasa tengok.. dia akan pandang je orang tu. Senyum taknak.. sembang pun taknak. eksyen!
• Kuku pendek tapi tajam betul. Kena kerap potong kuku si kecik ni sebab dia kuat cakar orang. Dah berdarah jerawat muka abah dia cakar.hehe!
• Suka main-main, gulung-gulung, gigit-gigit lidah dia. Alahai..
• Dah mula pandai meniarap. Yahoo! Akhirnya umur Rayyan lima bulan baru buleh meniarap. Hihi! Bila dia golek-golek then tertiarap,bulan main eksyen lagi riak muka. Mulut riuh rendah dok ai ai panggil orang suruh tengok dia meniarap... Lagi satu dia makin seronok tidur meniarap. Lagi nyenyak tidur aku tengok.
• Makin ligat sembang.. buat-buat bunyi bahasa dia.. masyaallah.. melting! Bila bersembang dengan dia.. macam paham jer dia balas-balas.
• Suka tengok tv. Kalau tengah menyusu, bila dengar kat tv bising sikit je, terus disentapnye nipple aku. Mak ai! Rakus je anak bujang nih. Potong stim! huuuuu..
• Dah pandai pegang / capai mainan. Kalau dah pegang, tak sah kalau tak masuk mulut. haish! Kena beli banyak mainan lagi lepas ni..
• Suka belek-belek jari tangan jari kaki. Dia jugak dah suka hisap jari kaki. Mesti dia fikir, aik! jari tangan rasa lain.. jari kaki rasa lain.. eh?? :)) Lagi satu, setiap kali abah nak pegi keja.. selalu dipesannye.. " Rayyan hari-hari belek jari kira abah pegi kerja ok. Habis jari tangan kanan..habis jari tangan kiri..habis 4 jari kaki..abah balik jumpa Rayyan.ok?"

and manymore yang mungkin tak ingat aku nak masukkan sekali. huhu! Okeylah! ada masa nanti akan diupdate lagi ok. Nak gomoi-gomoi dengan abah Rayyan jap. hehe! Muah! Bye!

No comments:

Post a Comment