Monday, March 19, 2012

Non-stop typing!

Dear diary,

Ok ini adalah entry ringkas. So kena cepat-cepat update sementara Rayyan sedang tidur. Now aku kat rumah mak mertua. Oklah tidur sini semalam. Taknak duduk lama-lama sebab nanti tambah-tambah rindu aku kat cik suami. Ini adalah first time aku tidur umah mak mertua without my husband. Haish! asyik terasa dia ada je kat sini. Hm.. esok petang aku dan Rayyan dah nak balik Selama. Maybe 1 week memandangkan tok Rayyan kat Selama pun dah mula rindu cucu dia yang sorang ni. So seminggu jugaklah segala facebook dan update belog akan off. Aku bagi cuti. Hehe! Tadi sebelum keluar rumah, aku dah pastikan semua pintu/tingkap berkunci, gas pun dah tutup, off plug etc. Tapi dalam on the way tadi teringat terlupa bawak charger henset pulak. Haish! Esok sekali la singgah amik jap sebab Rayyan dah ada dalam carseat. Malas nak tinggal dia bukak pintu pagar. Esok pagi insyaallah aku akan hadirkan diri ke seminar. Ceewah! Seminar Susu Ibu. Aku tak jadi persatuan putri umno lagi aih. Simpang kot. huhu! Kebetulan aku dapat info ni dari facebook. Jam 9pagi-1tghhari. Dapat permission dari husband, dia kasi pergi. Boleh la aku tambah ilmu pengetahuan tentang penyusuan bayi lagi esok. Insyaallah, hopefully jugak my cousin merangkap wanita yang tengah sarat mengandung tu dapat join sekali nanti. 

Sunday, March 18, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah.

Sharing is Caring

Kalaulah segala amal dan pahala dapat dilihat.. kan best. Semua orang akan buat kebaikan. Takde lagi kemungkaran dan dosa atas dunia ni. Macam tu jugak dengan wanita yang bergelar isteri. Allah menjanjikan syurga buat kita jika kita taat pada suami selagi tak melanggar hukum islam. Semalam aku dapat share link tentang ganjaran buat isteri yang solehah and memang patut pun aku share pada belog ni jugak supaya kita sentiasa beringat, tak susah sebenarnya nak dapat keredhaan dari-Nya.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
- Selalunya bila cik husband yang mintak nak air baru aku sediakan. huhu! Sebabnye aku dalam proses nak limit beliau minum kopi/neskefe sekarang ni. Kadang-kadang jer bila dia balik kerja or whatsoever..aku sendiri yang sediakan air untuk dia. Insyaallah.. 

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
- Alhamdulillah setakat ni apa yang aku sediakan dia makan saje. Kadang-kadang jugak dia yang sediakan makanan untuk aku. huhu!

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
- Subhanallah! ini kalau husband baca mesti kena highlight selalu tiap-tiap malam. hehe! Insyaallah akan jadi lebih baik after this.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
- Syukur dengan adanya permata hati Rayyan Aiman..

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
- Insyaallah sedang dalam proses memberi didikan yang sempurna buat anak dan akan jadi lebih baik perilaku pada suami. Takmo gaduh-gaduh lagi dah. huhu!

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
- Husband balik nanti nak tanya la aku banyak menggembirakan dia or sebaliknya. huhu!

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
- Alhamdulillah.. Insyaallah

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
- Inilah jalan yang kita cari.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Saturday, March 17, 2012

17032012 - Saturday

Dear diary,

Macam biasa malam-malam penghujung ni baru berkesempatan nak belek lappy lama-lama sebab Rayyan Aiman pun dah mula nyenyak tidur. Syukur alhamdulillah, malam ni dia baik-baik aje. Merengek kejap-kejap jer. Busan kot satu hari mengadap muka mama tanpa keluar umah mana-mana. Haish!

Rutin pagi ni macam biasa, Rayyan terjaga awal pagi tadi. Bila pujuk-pujuk, tepuk-tepuk, bagi susu then dia terlena balik sampailah pukul 10 pagi. Ok anak bujang takpe! hehe! Bila dia tidur lena, sempatlah aku buat breakfast then sediakan makanan untuk dia. Menu harini brokoli campur rusks. Nyum! nyum! berseleranya dia.


Macam ni lah keadaan anak bujang aku bila cukup tidur. huhu! ceria kan. Alhamdulillah! Time tu cukup best nak gomoi-gomoi dengan udak ucuk acam ni tau. Seriesly! Mama sayang Rayyan sangat-sangat. Jadi anak yang solih bila besar nanti tau. Hm.. pagi tadi nak pulak cik Rayyan ni belek-belek main-main dengan "lulu" (ulat bulu). Kalau tak selalunya dia buat dono jer dengan binatang tuh. huhu!


Bila enjin dah ligat.. kita bagi dia makan duluuu.. hehe! Menu harini aku sediakan brokoli blend campur dengan rusks. Mulanya nak bagi brokoli blend tu jer tapi ada sikit berbau sayur. Takut Rayyan tak selera pulak. So tadi bila aku campurkan dengan rusks, baru rasa dia cool-cool hey!


Nak bagi makan anak ni kan memang kena banyak bersabar. Kita kena ikut rentak anak kita. Dia tak akan directly nganga mulut setiap masa bila kita nak suapkan dia makanan. Tambahan pulak kalau ada mainan kat depan. Harus nak main-main dulu, pujuk-pujuk sikit then baru dia sambung makan. Bagi aku Rayyan Aiman ni kuat makan jugak kot. Apa yang aku suap, semuanya dia telan. Tapi memang kena banyak bersabar. Bila abah Rayyan takde ni, lagi senang nak bagi dia makan kat dalam baby walker. Selain dia diam leka nak main.. nak bagi makan pun senang. Pendek cerita senang nak control lah. hehe!


Selagi baju tak habis comot, jangan mandi. haha! Rayyan mandi dekat pukul 12t/h tadi after puas makan, puas minum susu, puas tawaf satu rumah. Sekarang ni habis mandi then nak pakaikan baju bukan main susah lagi. Adoi! makin besar.. makin aktif budak nih. Bila nak pakaikan baju, mesti kena ada sumting sebagai umpan. Semua mainan dia.. dia dah cam. BOOO layan kadang-kadang tu ok. Tambah-tambah pulak kalau bagi dia ulat bulu warna warni tu. hhu! Selaluya nak bagi dia duduk diam, henset aku lah jadi mangsa. 


Last but not list. hehe! Ini lah juadah aku makan tengah hari tadi. Nasib baik Rayyan terlena jugak tadi, dapatlah aku tongtang tongtang kat dapur. Sayur campur and ayam goreng. Beginilah nasib.. Masak sorang-sorang.. makan sorang-sorang.. (ok tak sedih pun ;)) Ko tengok tu, nasik ada hangit wooo. Fail la rice cooker ni. Pheew!

Okeylah diary, dah penat tiap-tiap malam asyik tidur lewat. Dah la bila husband ada tidur lagi lewat. huhu! Bila dia takde pun nak tidur lewat lagi. Mata ni dah sediakala eyebag jer. Sikit hari lagi boleh nangis panda tengok mata aku mengalahkan mata dia. huhu! Time to sleep, time to rest, time tu hug my baby boo. Good night peeps. Assalamualaikum..

Friday, March 16, 2012

16032012 - Friday

Dear diary,

Hopefully now Rayyan dah nyenyak tidur. Since pukul 8 tadi lagi dia dah start merengek-rengek mengantuk nak tidur. Bila bagi susu, tepuk-tepuk pengakap sikit tapi still taknak mengalah mata tu nak pejam. Alahai sayangku.. taknak bukan-bukan ok. Magrib tadi pun aku mandi koboi jer. Tak sampai 5 minit kot. hehe! Sebab si Rayyan ni la taknak duduk sorang-sorang. Nasib baik bila time nak solat aku dah ajar dia awal-awal. Kalau time tu dia tak tidur, aku akan baringkan dia kat atas katil sambil mengadap aku. Tempat baring dia pulak wajib kena ada mainan. Kalau tak susah jugak nanti. Sebelum solat, aku dan suami dah ajar hint / interaksi dengan dia.

"Rayyan, mama nak solat jap tau.. Allahuakbar!" Sambil angkat tangan. Then mesti dia tersenyum-senyum nampak gusi. Tanda paham la kot.

Rutin harian harini macam biasa. After subuh tadi, mata dah kena latih cuba taknak bermalasan atas katil. Nasib baik jugak lately bila bangun pagi, perut automatik mintak makanan. So nak taknak terpaksa kena rajinkan diri toktek toktek kat dapur. Bancuh susu, makan kismis, makan coklet, makan roti. Ok kenyang! Sementara Rayyan masih nyenyak tidur pagi tadi, sempat jugak aku siapkan makanan untuk dia. Menu harini adalah nasi moi campur carrot dan kentang. Result untuk menu kali ni Rayyan tak prefer sangat sebab dia makan tadi pun tak serakus sebelum-sebelum ni. Pada aku macam ok jer sebab rasa lemak-lemak kentang. Tapi takpe sayang. Kalau Rayyan tak suka, esok mama ubah menu ok. Nak try bagi brokoli pulak lepas ni. Hope dia suka.

Bila bangun tidur then tengok aku ada je kat sebelah, bukan main happy lagi dia pepagi. After peluk gomoi cium budak ucuk acam tu, nampaknye enjin Rayyan dah start. Terus aktif nak bermain. Sebelum mandi, aku suapkan dia moi supaya tak susah hari-hari basuh bip. Bila tengok dia makan comot bagai, puas hati sebab apa yang dia makan tu hasil usaha mamanye sendiri. Bila dah kenyang, aku mandikan dia macam selalu. Oh yea! Rayyan aku start kurangkan dia mandi air panas. Selalunya pagi still mandi air suam tapi bila petang mandi air biasa pun dia dah boleh tahan. Kalau tak dolu-dolu bukan main nak menjerit jer dia. Haish!

Bila dah mandi kenyang everything, time to sleep again. Itula aktiviti budak demok tu. Mana tak berat 8kg. huhu! Bila Rayyan dah tidur, baru aku boleh masuk dapur tong tang tong tang apa yang patut. Harini planning nak pergi umah mak mentua plus nak ajak pegi tesco cari barang dapur sikit. Carrot Rayyan pun dah yilek. Sebelum tu, aku masak siakap bawak makan kat sana. Rasa? boleh la. hehe!

Ikan tinggal separuh sebab husband dah belasah goreng buat ratah haritu. 

Mainan Rayyan semua dah bawak masuk dalam rumah. Alamatnye kotak spek la jadi mainan supaya dia baik-baik sajo.

Bila sampai jer kat tesco, Rayyan macam alim ulamak baik bukan main dalam stroller. Tapi tak sampai setengah jam, dia dah start nak meragam. Nak dukung. Mak ai! Tak sesuaaii tau kalau jalan-jalan takde husband ni anak buat perangai. Adoi! So, nak shopping pun tak boleh nak belek lama-lama. Time tu mulalah rindu sang suami tercinta. hehe! Selalunya bila keluar memana, mesti dia yang over take care Rayyan. Start dari keluar rumah, kunci pagar, dalam kereta, bukak tutup stroller, makan time, dukung Rayyan and everything.. banyak dia yang buat. Sampaikan kalau jenjalan kat jusco then time to breastfeed Rayyan, dia pun nak masuk room tu skali. Ok! sebenarnya tengah rindu suami ni. hehe! Tu puji lelebih tu..

Ok fine! anak abah. Mengantuknye.. Ok bye!

Thursday, March 15, 2012

15032012 - Thursday

Dear diary,

3.12am
"Alhamdulillah, abang dah sampai Kerteh yang. Dapat la tido 2 jam. Hu! I love you sayang! I miss both of you. Muuah!"

5.48am
"Sayang, abang dah kat airport ni. Abang check-in dulu eh. Abang off hp tau. Take care sayang. Love both of you. Muah!"

Sedar-sedar dari tido je alarm bunyi jam 6.45pagi. Pagi ni bukan Rayyan yang kejutkan subuh cum merengek nak susu. Bila capai hp dapat text dari husband. Tak sedar beep msg tengah pagi tadi and now, husband call cakap dah sampai pun. Syukur alhamdulillah! Pagi tadi, after subuh dah tak boleh tido lagi dah. Memang hajat nak mengemas rumah. Tunggu Rayyan tido, baru boleh buat kerja.


Pagi-pagi morning lagi FIL and adik ipar datang umah. Kebetulan abah nak hantar adik wani amik lesen motor. Jadi diorang singgah la kejap hantar breakfast. Huhu! neways, ni untungnya dapat mak mertua buat catering. Hari-hari sentiasa ada makanan. Mana tak buncit aku nanti. Fuh! Lagipun, rumah parent in law tersangat la dekat dari umah aku. Dalam lima minit sampai. So, kalau ape-ape jadi contohnye beras habis ker.. minyak masak habis ker menyebabkan aku tak buleh masak.. takdela risau sangat kan. hehe! cari makan umah mak mertua la jawabnye.


After mandi and susukan Rayyan. Terus cik awang ni terbongkang tidur. Fuh! lately dah makin susah nak mandikan dia kat dalam tab. Asyik nak main air je kejanye. Sebelum tidur tadi pun sempat aku suapkan dia rusks. Mula-mula patahkan biskut tu bagi dia pegang jer. Tapi bila suruh masuk mulut, malu-malu kucing pulak dia. Kalau mainan yang tak buleh masuk mulut.. pandai pulak dia tak payah suruh masuk mulut. Rayyan.. rayyan. Keberangkalian jugak anak aku ni nak kidal ker. Adoi! selalu nak amik pakai tangan kiri. So kenalah start ajar dia pegang/amik dengan tangan kanan lepas ni. huhu! Hm.. sebenarnya Rayyan jugak dah mula nak tumbuh gigi. Sebatang gigi halus dah mula tumbuh kat bahagian bawah. Hoho! alhamdulillah syabas sayang berkat kuat minum susu.. cepat gigi anak mama tumbuh. Tapi bila dah ada gigi ni, nak taknak kena beware bila susukan dia. haha! Sape-sape yang ada baby tu mesti paham kan. Silap sikit then dia dah start mengamuk, menjerit la jawabnye dia gigit nipps ;))


Bila Rayyan dah nyenyak tidur, senang aku nak buat kerja. Haha! hari ni rajin terlebih pulak nak amik gambar post gambar banyak-banyak-banyak. Kemas sana, lap sini, mop sinun blablabla. Bila husband takde ni banyak pulak masa terluang. Kalau dia ada, ada saje aktiviti nak dibuat. Kenkadang sampai tak sempat nak menyapu rumah. haish! Neways, ini sebahagian part yang selamat di'deko oleh kami dua laki bini kat rumah. hehe! soo simple but we are soooooooo like it. Full of pictures, full of memories. Hope it will never fade away. Insyaallah!


And the best thing that i've done today is berjaya jugak tanam pokok bunga yang pak mentua bagi + semai pokok cili yang dah lama tertangguh kat laman rumah. Hoyeah! Bila belek-belek pokok tadi, daun pokok kari aku dah makin hidup. huhu! syok tu. Dulu punyalah segan dia nak hidup, tapi bila dah bawak balik pindah kat sini.. hidup aman pulak dia. Alhamdulillah!

Okeylah diary, after this belog ni takdelah terbengkalai lagi. Aku akan try sedaya upaya merajinkan diri mengupdate belog and merajinkan diri update tentang Rayyan kat sini. Insyaallah! Lagipun, bila dah jadi fulltime housewife ni, kenalah pandai-pandai manfaatkan masa yang ada supaya tak busan kat rumah. Contohnya belajar memasak ker.. mengemas rumah.. gardening etc. To my little boy yang suka dengar lagu twinkle-twinkle little star tu, hopefully dia tak nakal-nakal. I love my precious life now. Thanks to Allah!

Wednesday, March 14, 2012

Akan merindui kamu selalu..


Dear diary,

Seperti biasa bila Rayyan dah nyenyak tidur baru aku senang lenang nak berblogging sampai lebam. Huhhu! Dah ada anak kecik.. macam ni la kan. Addict tetap addict. Tapi keutamaan tetap family first. Ok, update harini adalah hari Rabu. Hari kemalasan untuk husband bila dah cukup 2 minggu dia bercuti. Start dari semalam then hari ni tengok dia macam malas-malas je nak bersiap kena pergi kerja. Rindu benar katanya dia nak tinggalkan kami 2 beranak. Tapi demi tanggungjawab untuk keluarga.. dia sangat kuat. 

Pagi-pagi lagi bangun macam biasa. Harini aku dah offer nak sediakan breakfast. Roti bakar or kentang goreng or sosaj blablabala.. Tapi tekak melayu tu nak makan roti canai pulak. Ok! surrender! cik laki cari kat kedai la jawapnye. hehe! Balik dari breakfast kat luar tu.. ada benda yang kelakar sesangat jadi kat dia. hoho! Siap buleh cerita kat Rayyan lagi. Aku punya gelak bukan main lagi. Adoi sayang.. sayang..

Then, dalam pukul 10 pagi rehat-rehat lepak-lepak depan tv sambil golek-golek dua laki bini. Biasalah, suami dah nak pergi.. Apa lagi.. manjanya mengalahkan kucing nak mengawan. hehe! ;p Sebelum tu kena make sure Rayyan dalam kondisi yang cukup selesa. Dah mandi.. dah kenyang.. dah tido.. Harini jugak tugas husband mandikan Rayyan dah off. Lepas ni giliran aku pulak takeover. Senang hati tengok husband yang siapkan Rayyan mandi..pakaikan baju..suapkan dia makanan. Cuma susu cap gantung je aku yang kena bagi sendiri. huhu! Saje bagi dia peluang lepas rindu peluk cium kat anak dia tu sebelum ditinggalkan.

Lunch, tak masak ape-ape pun sebab husband tak rasa nak makan nasik katanya. So, plan nak makan ringan-ringan jer. Terus plan nak pekena laksa kat Lazaria. Husband pulak makan mee rebus. Ok tersangatlah superb! Dok utara kalau tak jumpa laksa sedap memang gila lah kan. After santap, singgah farmasi beli cool fever untuk Rayyan. Stok kat rumah dah habis. Terkena Rayyan tiba-tiba panas badan time dia takde.. susuh jugak nanti.

Dalam pukul 4 petang, husband bertolak pergi and now masih dalam perjalanan. Hopefully dia sentiasa dilindungi. Tak sabar tunggu dia balik. hhuhu! cepatnye dah rasa rindu. Bila dia cuti nanti jugak planning taknak holiday memana dulu. Time tu rest after 2 times jalan jauh. 1st time ke Terengganu and 2nd time ke Langkawi. Fuh! penat. Cuma tadi ada goda-goda dia nak pergi KEMBOJA je bila dia balik cuti nanti. Haha! Kemboja tu kedai baju-baju+kain yang cukup fames kat sini. Boleh rambang bijik mata you!

Sebelum dia tinggalkan kami, sebaik-baiknya dia nak tinggalkan kami dalam keadaan yang selesa kat rumah. Terima kasih sayang. Defect kat siling pun dia dah repair. Langsir yang bapak tinggi tu pun dia dah siap pasangkan. hoho! Dan yang paling bestnye, husband dah sediakan fixline kat rumah plus ada lappy baru. Tiba-tiba after hantar kedai nak format buat hal pulak. Dengan charger pun dah nazak.. Tapi sekarang syukur alhamdulillah.. Lepas ni boleh beronline sambil tido. Tak payah nak bertongkat dagu tunggu berukben lagi dah. Hopefully lepas ni takde la boring sangat sesambil melayan si kecik tu kat rumah. 

Okla diary, rasanya macam nak taip panjang lebar lagi tapi Rayyan dah rengek-rengek. Tengah mimpi mintak susu kot. He's so cute when sleeping. Alhamdulillah! Ada masa nanti update lagi ok. Bye!


psst: "Bila rindu, peluk Rayyan kuat-kuat"

Happy 26!

Dear diary,

After berkompromi, akhirnya langsai hutang janji husband for my dinner belated birthday and gift. haha! First time after married mintak husband yang bukan-bukan. Pening kepala jugak dia kat sana haritu. Walaupun apa yang aku wish tak menepati citarasa.. tapi aku sangat bersyukur dapat suami yang betul-betul sayangkan aku EVEN dia tak la romantik sangat. hehe!. Terima kasih Allah kerana ketemukan kami.

"Yang nak bukak hadiah tahun ni. Taknak bunga"
"Hm.. yang nak apa? Takut nanti abang beli yang tak suka pulak. Yang nak pinggan?"
(Dalam hati berkata) "Hello, hadiah birthday untuk isteri nak bagi pinggan? Macam nak bagi hadiah kenduri orang kawen pulak. Tak romantik la laki aku ni. huhu!"
"Yang tak kisah, janji nak bukak hadiah" (mengade-ngade pulak si bini ni)

Maka, garu kepala husband atas laut. hehe! Finally dapat sebotol minyak wangi made in Langkawi. Eh! Beli kat Langkawi without any wrapping. lalalalaa.... and had dinner at MonRODs. Thanks my dear. Even u tak romantik.. i terima u seadanya. muaaah!

Saturday, March 10, 2012

20 perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak

Sharing is Caring

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan? Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda dan keluarga..


Source: Wonderful Life.Com

Rayyan Aiman 6 months

Dear diary,

Alhamdulillah, finally berkesempatan jugak nak update belog hari ni. Fuh! sangat sebuk dengan aktiviti sepanjang husband ada kat rumah ni. Tadi attend wedding cousin. After balik dari Langkawi haritu, jarang benar dah aku tidur siang. Pheew! Tadi, dapat jugak la nyenyak sekejap. Siap mimpi best lagi. huuhu! So now, husband dah keluar main badminton, si kicik montel tu pun dah nyenyak tidur.. apa lagi la kan. Terus capai lappy. Hehe! Seperti yang dijanjikan, ceewah! macam ramai sangat je readers kau kan.. malam ni nak update story pasal Rayyan Aiman.

Ok let's start! Awal Rayyan 6 bulan haritu, aku dah bawak dia pergi klinik cucuk 6 bulan. Berat semasa adalah 8.2kg. Sikit hari lagi aku surrender angkat tangan xboleh dukung budak debab tu lama-lama dah..heee. Sepanjang Rayyan berusia 6 bulan ni, banyak sangat perkembangan dia yang membanggakan mama dan abahnye. Rayyan dah makin terrer meniarap and dalam proses nak merangkak pulak sekarang ni. Dia makin aktif nak capai benda-benda yang ada kat keliling dia. Suka berkawan, suka bersembang. Sangat bijak! Banyak sangat akalnye tu. Berkodi-kodi. Tambah pulak dia jugak dah start naik baby walker, alahai! he so enjoyed! Habis seluruh rumah dia explored. Selalu kena perhatikan dia bila dia dalam baby walker takut dia pergi kat tempat ada wayer. Bila berjalan pulak bukannye bergerak ke depan.. tapi bergerak ke belakang. Adoi! Sangat comel bucuk-bucuk tu! Sebenarnya kitorang pun tak sure lagi if baby 6 months ni dah boleh naik baby walker or not. Sebab kat walker takde instruction pulak. Tapi masa kitorang lepak rumah kakak kat Langkawi haritu, sesaje je try bagi Rayyan naik walker. Tengok syok pulak dia. Bukan main lagi. huhu! Lagipun tengok kaki dia dah kuat sangat asik nak main enjut-enjut je. Drumstik pulak nyum nyum.  So apa lagi, balik rumah jer terus husband ajak cari baby walker untuk anak bujang dia tu.

First time naik baby walker. Ghairahnye dia. Au! Gambar Rayyan naik walker sendiri aku tak sempat nak upload dari camera lagi.

During Rayyan 6 months jugak, dia dah mula aku kenalkan dengan solid food. First solid food yang aku buat untuk si comel adalah kurma+kismis kisar. So simple just rebus kurma dan kismis tu sampai lembut then blend kan sampai halus. Pertama kali lihat dia makan, memang agak janggal sikit. Sebab dia belum biasa lagi makan benda lain selain fresh milk from his mom. Tapi after banyak kali aku suapkan dia makanan, nampaknye dia makin interested nak makan. Setakat ni aku dah sediakan dia moi carrot+kentang, moi kismis, banana blend, rusk and air yang aku bagi dia minum just air zam-zam. Setakat ni jugak tengok digest ok-ok aje. Macam biasa tapi for sure dah start ada bau la. huhu! Tapi takpe, bila husband ada.. dia la yang rajin tukar pakai pampers Rayyan. Thank you sayang.

First solid food Rayyan adalah di rumah Tok Selama. Huhu! sori sayang sebab mama terlupa nak bawak balik bip. So terpaksa cover dengan sapu  tangan jep.

Besides, pewit! macam nak buat karangan BI dah jadinya belog aku nih. Rayyan jugak dah boleh naik carseat. Oh! yeah! ini sangatlah melegakan mama sebab lepas ni kalau nak pegi mana, dah boleh berdua dengan Rayyan without the daddy. hehe! First time naik pun memang tengok dia macam takut-takut jugak. Aku pun risau jugak kot-kot tulang belakang dia tak kuat lagi nak support. Tapi lama-lama biasakan dia naik, dia ok je. Siap boleh lena lagi. Syukur alhamdulillah. Harap-harap anak mama baik-baik selalu. Kalau boleh kami nak sediakan yang terbaik untuk dia. Anak ni kan pelaburan yang tak ternilai harganya. Semoga dia jadi anak yang solih suatu hari nanti. Insyaallah!

Thursday, March 8, 2012

Yeah! finally updated!

Dear diary,

Uh! lama benar dah tak update belog. Rindu serindunya. Now, baby Rayyan dah sleeping and abahnye pun dah selamat tidur. Alahai harini husband kena gastrik pulak. Berangin satu badan, maka aku terpaksa jadi mesin jahit urut untuk dia. After pegi klinik, makan ubat terus bum tidur. Cepat-cepat sehat sayang. 

Hum! bila tengok lilipie, Rayyan dah 6 months. Oh! yeah! Happy half a year sayang. Hopefully dia sehat-sehat selalu. Sebenarnya dalam 2 3 minggu tak hupdate belog ni, banyak sangat benda yang nak di'story. Tapi bila jari dah mula nak menaip.. tak tahu pulak nak start yang mana satu. Ekslusif entry Rayyan 6 months akan update soon. huhu! Banyak benar pencapaian Rayyan sejak 6 bulan ni. Alhamdulillah! Story pasal holiday pun akan diupdate soon. 

So now, life is so wonderful. Syukur alhamdulillah.. officially dah duduk kat rumah sendiri. hehe! Kira tengah dok excited gugel-gugel dengan husband dok cari idea nak hias rumah. and now, every single part dalam rumah Rayyan dah mula explored dengan kereta beliau. Oh! yea, dia dah boleh nak baby walker tau :)) Nak tak nak, kalau nak deco umah tak boleh over-over sangat such letak pasu bunga sepah-sepah kat bawah.. or wayar / kabel tergantung-gantung. Haish! must avoid it ok. Sebab budak kicik tu sangat bijak. Minum susu cap gantung katakan. huhu! Ok diary, will update Rayyan's story then. Have work to do. Daa....

He is so excited at the beach. Like the mama right now!

Saturday, March 3, 2012

Mode: Welcome holiday.

Dah tua baru nak jejak Langkawi. What the pheew! :)) Hope everything will be good. Insyaallah!