Thursday, March 15, 2012

15032012 - Thursday

Dear diary,

3.12am
"Alhamdulillah, abang dah sampai Kerteh yang. Dapat la tido 2 jam. Hu! I love you sayang! I miss both of you. Muuah!"

5.48am
"Sayang, abang dah kat airport ni. Abang check-in dulu eh. Abang off hp tau. Take care sayang. Love both of you. Muah!"

Sedar-sedar dari tido je alarm bunyi jam 6.45pagi. Pagi ni bukan Rayyan yang kejutkan subuh cum merengek nak susu. Bila capai hp dapat text dari husband. Tak sedar beep msg tengah pagi tadi and now, husband call cakap dah sampai pun. Syukur alhamdulillah! Pagi tadi, after subuh dah tak boleh tido lagi dah. Memang hajat nak mengemas rumah. Tunggu Rayyan tido, baru boleh buat kerja.


Pagi-pagi morning lagi FIL and adik ipar datang umah. Kebetulan abah nak hantar adik wani amik lesen motor. Jadi diorang singgah la kejap hantar breakfast. Huhu! neways, ni untungnya dapat mak mertua buat catering. Hari-hari sentiasa ada makanan. Mana tak buncit aku nanti. Fuh! Lagipun, rumah parent in law tersangat la dekat dari umah aku. Dalam lima minit sampai. So, kalau ape-ape jadi contohnye beras habis ker.. minyak masak habis ker menyebabkan aku tak buleh masak.. takdela risau sangat kan. hehe! cari makan umah mak mertua la jawabnye.


After mandi and susukan Rayyan. Terus cik awang ni terbongkang tidur. Fuh! lately dah makin susah nak mandikan dia kat dalam tab. Asyik nak main air je kejanye. Sebelum tidur tadi pun sempat aku suapkan dia rusks. Mula-mula patahkan biskut tu bagi dia pegang jer. Tapi bila suruh masuk mulut, malu-malu kucing pulak dia. Kalau mainan yang tak buleh masuk mulut.. pandai pulak dia tak payah suruh masuk mulut. Rayyan.. rayyan. Keberangkalian jugak anak aku ni nak kidal ker. Adoi! selalu nak amik pakai tangan kiri. So kenalah start ajar dia pegang/amik dengan tangan kanan lepas ni. huhu! Hm.. sebenarnya Rayyan jugak dah mula nak tumbuh gigi. Sebatang gigi halus dah mula tumbuh kat bahagian bawah. Hoho! alhamdulillah syabas sayang berkat kuat minum susu.. cepat gigi anak mama tumbuh. Tapi bila dah ada gigi ni, nak taknak kena beware bila susukan dia. haha! Sape-sape yang ada baby tu mesti paham kan. Silap sikit then dia dah start mengamuk, menjerit la jawabnye dia gigit nipps ;))


Bila Rayyan dah nyenyak tidur, senang aku nak buat kerja. Haha! hari ni rajin terlebih pulak nak amik gambar post gambar banyak-banyak-banyak. Kemas sana, lap sini, mop sinun blablabla. Bila husband takde ni banyak pulak masa terluang. Kalau dia ada, ada saje aktiviti nak dibuat. Kenkadang sampai tak sempat nak menyapu rumah. haish! Neways, ini sebahagian part yang selamat di'deko oleh kami dua laki bini kat rumah. hehe! soo simple but we are soooooooo like it. Full of pictures, full of memories. Hope it will never fade away. Insyaallah!


And the best thing that i've done today is berjaya jugak tanam pokok bunga yang pak mentua bagi + semai pokok cili yang dah lama tertangguh kat laman rumah. Hoyeah! Bila belek-belek pokok tadi, daun pokok kari aku dah makin hidup. huhu! syok tu. Dulu punyalah segan dia nak hidup, tapi bila dah bawak balik pindah kat sini.. hidup aman pulak dia. Alhamdulillah!

Okeylah diary, after this belog ni takdelah terbengkalai lagi. Aku akan try sedaya upaya merajinkan diri mengupdate belog and merajinkan diri update tentang Rayyan kat sini. Insyaallah! Lagipun, bila dah jadi fulltime housewife ni, kenalah pandai-pandai manfaatkan masa yang ada supaya tak busan kat rumah. Contohnya belajar memasak ker.. mengemas rumah.. gardening etc. To my little boy yang suka dengar lagu twinkle-twinkle little star tu, hopefully dia tak nakal-nakal. I love my precious life now. Thanks to Allah!