Friday, March 16, 2012

16032012 - Friday

Dear diary,

Hopefully now Rayyan dah nyenyak tidur. Since pukul 8 tadi lagi dia dah start merengek-rengek mengantuk nak tidur. Bila bagi susu, tepuk-tepuk pengakap sikit tapi still taknak mengalah mata tu nak pejam. Alahai sayangku.. taknak bukan-bukan ok. Magrib tadi pun aku mandi koboi jer. Tak sampai 5 minit kot. hehe! Sebab si Rayyan ni la taknak duduk sorang-sorang. Nasib baik bila time nak solat aku dah ajar dia awal-awal. Kalau time tu dia tak tidur, aku akan baringkan dia kat atas katil sambil mengadap aku. Tempat baring dia pulak wajib kena ada mainan. Kalau tak susah jugak nanti. Sebelum solat, aku dan suami dah ajar hint / interaksi dengan dia.

"Rayyan, mama nak solat jap tau.. Allahuakbar!" Sambil angkat tangan. Then mesti dia tersenyum-senyum nampak gusi. Tanda paham la kot.

Rutin harian harini macam biasa. After subuh tadi, mata dah kena latih cuba taknak bermalasan atas katil. Nasib baik jugak lately bila bangun pagi, perut automatik mintak makanan. So nak taknak terpaksa kena rajinkan diri toktek toktek kat dapur. Bancuh susu, makan kismis, makan coklet, makan roti. Ok kenyang! Sementara Rayyan masih nyenyak tidur pagi tadi, sempat jugak aku siapkan makanan untuk dia. Menu harini adalah nasi moi campur carrot dan kentang. Result untuk menu kali ni Rayyan tak prefer sangat sebab dia makan tadi pun tak serakus sebelum-sebelum ni. Pada aku macam ok jer sebab rasa lemak-lemak kentang. Tapi takpe sayang. Kalau Rayyan tak suka, esok mama ubah menu ok. Nak try bagi brokoli pulak lepas ni. Hope dia suka.

Bila bangun tidur then tengok aku ada je kat sebelah, bukan main happy lagi dia pepagi. After peluk gomoi cium budak ucuk acam tu, nampaknye enjin Rayyan dah start. Terus aktif nak bermain. Sebelum mandi, aku suapkan dia moi supaya tak susah hari-hari basuh bip. Bila tengok dia makan comot bagai, puas hati sebab apa yang dia makan tu hasil usaha mamanye sendiri. Bila dah kenyang, aku mandikan dia macam selalu. Oh yea! Rayyan aku start kurangkan dia mandi air panas. Selalunya pagi still mandi air suam tapi bila petang mandi air biasa pun dia dah boleh tahan. Kalau tak dolu-dolu bukan main nak menjerit jer dia. Haish!

Bila dah mandi kenyang everything, time to sleep again. Itula aktiviti budak demok tu. Mana tak berat 8kg. huhu! Bila Rayyan dah tidur, baru aku boleh masuk dapur tong tang tong tang apa yang patut. Harini planning nak pergi umah mak mentua plus nak ajak pegi tesco cari barang dapur sikit. Carrot Rayyan pun dah yilek. Sebelum tu, aku masak siakap bawak makan kat sana. Rasa? boleh la. hehe!

Ikan tinggal separuh sebab husband dah belasah goreng buat ratah haritu. 

Mainan Rayyan semua dah bawak masuk dalam rumah. Alamatnye kotak spek la jadi mainan supaya dia baik-baik sajo.

Bila sampai jer kat tesco, Rayyan macam alim ulamak baik bukan main dalam stroller. Tapi tak sampai setengah jam, dia dah start nak meragam. Nak dukung. Mak ai! Tak sesuaaii tau kalau jalan-jalan takde husband ni anak buat perangai. Adoi! So, nak shopping pun tak boleh nak belek lama-lama. Time tu mulalah rindu sang suami tercinta. hehe! Selalunya bila keluar memana, mesti dia yang over take care Rayyan. Start dari keluar rumah, kunci pagar, dalam kereta, bukak tutup stroller, makan time, dukung Rayyan and everything.. banyak dia yang buat. Sampaikan kalau jenjalan kat jusco then time to breastfeed Rayyan, dia pun nak masuk room tu skali. Ok! sebenarnya tengah rindu suami ni. hehe! Tu puji lelebih tu..

Ok fine! anak abah. Mengantuknye.. Ok bye!