Saturday, March 17, 2012

17032012 - Saturday

Dear diary,

Macam biasa malam-malam penghujung ni baru berkesempatan nak belek lappy lama-lama sebab Rayyan Aiman pun dah mula nyenyak tidur. Syukur alhamdulillah, malam ni dia baik-baik aje. Merengek kejap-kejap jer. Busan kot satu hari mengadap muka mama tanpa keluar umah mana-mana. Haish!

Rutin pagi ni macam biasa, Rayyan terjaga awal pagi tadi. Bila pujuk-pujuk, tepuk-tepuk, bagi susu then dia terlena balik sampailah pukul 10 pagi. Ok anak bujang takpe! hehe! Bila dia tidur lena, sempatlah aku buat breakfast then sediakan makanan untuk dia. Menu harini brokoli campur rusks. Nyum! nyum! berseleranya dia.


Macam ni lah keadaan anak bujang aku bila cukup tidur. huhu! ceria kan. Alhamdulillah! Time tu cukup best nak gomoi-gomoi dengan udak ucuk acam ni tau. Seriesly! Mama sayang Rayyan sangat-sangat. Jadi anak yang solih bila besar nanti tau. Hm.. pagi tadi nak pulak cik Rayyan ni belek-belek main-main dengan "lulu" (ulat bulu). Kalau tak selalunya dia buat dono jer dengan binatang tuh. huhu!


Bila enjin dah ligat.. kita bagi dia makan duluuu.. hehe! Menu harini aku sediakan brokoli blend campur dengan rusks. Mulanya nak bagi brokoli blend tu jer tapi ada sikit berbau sayur. Takut Rayyan tak selera pulak. So tadi bila aku campurkan dengan rusks, baru rasa dia cool-cool hey!


Nak bagi makan anak ni kan memang kena banyak bersabar. Kita kena ikut rentak anak kita. Dia tak akan directly nganga mulut setiap masa bila kita nak suapkan dia makanan. Tambahan pulak kalau ada mainan kat depan. Harus nak main-main dulu, pujuk-pujuk sikit then baru dia sambung makan. Bagi aku Rayyan Aiman ni kuat makan jugak kot. Apa yang aku suap, semuanya dia telan. Tapi memang kena banyak bersabar. Bila abah Rayyan takde ni, lagi senang nak bagi dia makan kat dalam baby walker. Selain dia diam leka nak main.. nak bagi makan pun senang. Pendek cerita senang nak control lah. hehe!


Selagi baju tak habis comot, jangan mandi. haha! Rayyan mandi dekat pukul 12t/h tadi after puas makan, puas minum susu, puas tawaf satu rumah. Sekarang ni habis mandi then nak pakaikan baju bukan main susah lagi. Adoi! makin besar.. makin aktif budak nih. Bila nak pakaikan baju, mesti kena ada sumting sebagai umpan. Semua mainan dia.. dia dah cam. BOOO layan kadang-kadang tu ok. Tambah-tambah pulak kalau bagi dia ulat bulu warna warni tu. hhu! Selaluya nak bagi dia duduk diam, henset aku lah jadi mangsa. 


Last but not list. hehe! Ini lah juadah aku makan tengah hari tadi. Nasib baik Rayyan terlena jugak tadi, dapatlah aku tongtang tongtang kat dapur. Sayur campur and ayam goreng. Beginilah nasib.. Masak sorang-sorang.. makan sorang-sorang.. (ok tak sedih pun ;)) Ko tengok tu, nasik ada hangit wooo. Fail la rice cooker ni. Pheew!

Okeylah diary, dah penat tiap-tiap malam asyik tidur lewat. Dah la bila husband ada tidur lagi lewat. huhu! Bila dia takde pun nak tidur lewat lagi. Mata ni dah sediakala eyebag jer. Sikit hari lagi boleh nangis panda tengok mata aku mengalahkan mata dia. huhu! Time to sleep, time to rest, time tu hug my baby boo. Good night peeps. Assalamualaikum..