Sunday, March 18, 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah.

Sharing is Caring

Kalaulah segala amal dan pahala dapat dilihat.. kan best. Semua orang akan buat kebaikan. Takde lagi kemungkaran dan dosa atas dunia ni. Macam tu jugak dengan wanita yang bergelar isteri. Allah menjanjikan syurga buat kita jika kita taat pada suami selagi tak melanggar hukum islam. Semalam aku dapat share link tentang ganjaran buat isteri yang solehah and memang patut pun aku share pada belog ni jugak supaya kita sentiasa beringat, tak susah sebenarnya nak dapat keredhaan dari-Nya.

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
- Selalunya bila cik husband yang mintak nak air baru aku sediakan. huhu! Sebabnye aku dalam proses nak limit beliau minum kopi/neskefe sekarang ni. Kadang-kadang jer bila dia balik kerja or whatsoever..aku sendiri yang sediakan air untuk dia. Insyaallah.. 

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
- Alhamdulillah setakat ni apa yang aku sediakan dia makan saje. Kadang-kadang jugak dia yang sediakan makanan untuk aku. huhu!

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
- Subhanallah! ini kalau husband baca mesti kena highlight selalu tiap-tiap malam. hehe! Insyaallah akan jadi lebih baik after this.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
- Syukur dengan adanya permata hati Rayyan Aiman..

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
- Insyaallah sedang dalam proses memberi didikan yang sempurna buat anak dan akan jadi lebih baik perilaku pada suami. Takmo gaduh-gaduh lagi dah. huhu!

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
- Husband balik nanti nak tanya la aku banyak menggembirakan dia or sebaliknya. huhu!

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
- Alhamdulillah.. Insyaallah

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
- Inilah jalan yang kita cari.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)