Wednesday, March 14, 2012

Akan merindui kamu selalu..


Dear diary,

Seperti biasa bila Rayyan dah nyenyak tidur baru aku senang lenang nak berblogging sampai lebam. Huhhu! Dah ada anak kecik.. macam ni la kan. Addict tetap addict. Tapi keutamaan tetap family first. Ok, update harini adalah hari Rabu. Hari kemalasan untuk husband bila dah cukup 2 minggu dia bercuti. Start dari semalam then hari ni tengok dia macam malas-malas je nak bersiap kena pergi kerja. Rindu benar katanya dia nak tinggalkan kami 2 beranak. Tapi demi tanggungjawab untuk keluarga.. dia sangat kuat. 

Pagi-pagi lagi bangun macam biasa. Harini aku dah offer nak sediakan breakfast. Roti bakar or kentang goreng or sosaj blablabala.. Tapi tekak melayu tu nak makan roti canai pulak. Ok! surrender! cik laki cari kat kedai la jawapnye. hehe! Balik dari breakfast kat luar tu.. ada benda yang kelakar sesangat jadi kat dia. hoho! Siap buleh cerita kat Rayyan lagi. Aku punya gelak bukan main lagi. Adoi sayang.. sayang..

Then, dalam pukul 10 pagi rehat-rehat lepak-lepak depan tv sambil golek-golek dua laki bini. Biasalah, suami dah nak pergi.. Apa lagi.. manjanya mengalahkan kucing nak mengawan. hehe! ;p Sebelum tu kena make sure Rayyan dalam kondisi yang cukup selesa. Dah mandi.. dah kenyang.. dah tido.. Harini jugak tugas husband mandikan Rayyan dah off. Lepas ni giliran aku pulak takeover. Senang hati tengok husband yang siapkan Rayyan mandi..pakaikan baju..suapkan dia makanan. Cuma susu cap gantung je aku yang kena bagi sendiri. huhu! Saje bagi dia peluang lepas rindu peluk cium kat anak dia tu sebelum ditinggalkan.

Lunch, tak masak ape-ape pun sebab husband tak rasa nak makan nasik katanya. So, plan nak makan ringan-ringan jer. Terus plan nak pekena laksa kat Lazaria. Husband pulak makan mee rebus. Ok tersangatlah superb! Dok utara kalau tak jumpa laksa sedap memang gila lah kan. After santap, singgah farmasi beli cool fever untuk Rayyan. Stok kat rumah dah habis. Terkena Rayyan tiba-tiba panas badan time dia takde.. susuh jugak nanti.

Dalam pukul 4 petang, husband bertolak pergi and now masih dalam perjalanan. Hopefully dia sentiasa dilindungi. Tak sabar tunggu dia balik. hhuhu! cepatnye dah rasa rindu. Bila dia cuti nanti jugak planning taknak holiday memana dulu. Time tu rest after 2 times jalan jauh. 1st time ke Terengganu and 2nd time ke Langkawi. Fuh! penat. Cuma tadi ada goda-goda dia nak pergi KEMBOJA je bila dia balik cuti nanti. Haha! Kemboja tu kedai baju-baju+kain yang cukup fames kat sini. Boleh rambang bijik mata you!

Sebelum dia tinggalkan kami, sebaik-baiknya dia nak tinggalkan kami dalam keadaan yang selesa kat rumah. Terima kasih sayang. Defect kat siling pun dia dah repair. Langsir yang bapak tinggi tu pun dia dah siap pasangkan. hoho! Dan yang paling bestnye, husband dah sediakan fixline kat rumah plus ada lappy baru. Tiba-tiba after hantar kedai nak format buat hal pulak. Dengan charger pun dah nazak.. Tapi sekarang syukur alhamdulillah.. Lepas ni boleh beronline sambil tido. Tak payah nak bertongkat dagu tunggu berukben lagi dah. Hopefully lepas ni takde la boring sangat sesambil melayan si kecik tu kat rumah. 

Okla diary, rasanya macam nak taip panjang lebar lagi tapi Rayyan dah rengek-rengek. Tengah mimpi mintak susu kot. He's so cute when sleeping. Alhamdulillah! Ada masa nanti update lagi ok. Bye!


psst: "Bila rindu, peluk Rayyan kuat-kuat"