Saturday, March 10, 2012

Rayyan Aiman 6 months

Dear diary,

Alhamdulillah, finally berkesempatan jugak nak update belog hari ni. Fuh! sangat sebuk dengan aktiviti sepanjang husband ada kat rumah ni. Tadi attend wedding cousin. After balik dari Langkawi haritu, jarang benar dah aku tidur siang. Pheew! Tadi, dapat jugak la nyenyak sekejap. Siap mimpi best lagi. huuhu! So now, husband dah keluar main badminton, si kicik montel tu pun dah nyenyak tidur.. apa lagi la kan. Terus capai lappy. Hehe! Seperti yang dijanjikan, ceewah! macam ramai sangat je readers kau kan.. malam ni nak update story pasal Rayyan Aiman.

Ok let's start! Awal Rayyan 6 bulan haritu, aku dah bawak dia pergi klinik cucuk 6 bulan. Berat semasa adalah 8.2kg. Sikit hari lagi aku surrender angkat tangan xboleh dukung budak debab tu lama-lama dah..heee. Sepanjang Rayyan berusia 6 bulan ni, banyak sangat perkembangan dia yang membanggakan mama dan abahnye. Rayyan dah makin terrer meniarap and dalam proses nak merangkak pulak sekarang ni. Dia makin aktif nak capai benda-benda yang ada kat keliling dia. Suka berkawan, suka bersembang. Sangat bijak! Banyak sangat akalnye tu. Berkodi-kodi. Tambah pulak dia jugak dah start naik baby walker, alahai! he so enjoyed! Habis seluruh rumah dia explored. Selalu kena perhatikan dia bila dia dalam baby walker takut dia pergi kat tempat ada wayer. Bila berjalan pulak bukannye bergerak ke depan.. tapi bergerak ke belakang. Adoi! Sangat comel bucuk-bucuk tu! Sebenarnya kitorang pun tak sure lagi if baby 6 months ni dah boleh naik baby walker or not. Sebab kat walker takde instruction pulak. Tapi masa kitorang lepak rumah kakak kat Langkawi haritu, sesaje je try bagi Rayyan naik walker. Tengok syok pulak dia. Bukan main lagi. huhu! Lagipun tengok kaki dia dah kuat sangat asik nak main enjut-enjut je. Drumstik pulak nyum nyum.  So apa lagi, balik rumah jer terus husband ajak cari baby walker untuk anak bujang dia tu.

First time naik baby walker. Ghairahnye dia. Au! Gambar Rayyan naik walker sendiri aku tak sempat nak upload dari camera lagi.

During Rayyan 6 months jugak, dia dah mula aku kenalkan dengan solid food. First solid food yang aku buat untuk si comel adalah kurma+kismis kisar. So simple just rebus kurma dan kismis tu sampai lembut then blend kan sampai halus. Pertama kali lihat dia makan, memang agak janggal sikit. Sebab dia belum biasa lagi makan benda lain selain fresh milk from his mom. Tapi after banyak kali aku suapkan dia makanan, nampaknye dia makin interested nak makan. Setakat ni aku dah sediakan dia moi carrot+kentang, moi kismis, banana blend, rusk and air yang aku bagi dia minum just air zam-zam. Setakat ni jugak tengok digest ok-ok aje. Macam biasa tapi for sure dah start ada bau la. huhu! Tapi takpe, bila husband ada.. dia la yang rajin tukar pakai pampers Rayyan. Thank you sayang.

First solid food Rayyan adalah di rumah Tok Selama. Huhu! sori sayang sebab mama terlupa nak bawak balik bip. So terpaksa cover dengan sapu  tangan jep.

Besides, pewit! macam nak buat karangan BI dah jadinya belog aku nih. Rayyan jugak dah boleh naik carseat. Oh! yeah! ini sangatlah melegakan mama sebab lepas ni kalau nak pegi mana, dah boleh berdua dengan Rayyan without the daddy. hehe! First time naik pun memang tengok dia macam takut-takut jugak. Aku pun risau jugak kot-kot tulang belakang dia tak kuat lagi nak support. Tapi lama-lama biasakan dia naik, dia ok je. Siap boleh lena lagi. Syukur alhamdulillah. Harap-harap anak mama baik-baik selalu. Kalau boleh kami nak sediakan yang terbaik untuk dia. Anak ni kan pelaburan yang tak ternilai harganya. Semoga dia jadi anak yang solih suatu hari nanti. Insyaallah!

No comments:

Post a Comment