Saturday, April 28, 2012

Selamat Pulang Kekasih!

Dear diary,
Syukur alhamdulillah, husband dah selamat sampai ke tanah air last Thursday. Syukur sangat-sangat. Perjalanan yang aku rasa agak memenatkan. Kesian suami. Banyak sangat hal yang terjadi lately. Tapi nasib kami dapat handle semuanya dengan tabah. Sehari demi sehari, aku macam biasa mengira waktu menunggu dia dengan setianya. hehe! Hari Khamis tu, husband planning nak balik home sweet home terus. Selalunya, time husband balik dari kerja mesti aku still ada kat rumah mak or umah mertua. This is the first time sambut suami di rumah sendiri. So feeling lain macam sikit la. Rumah kena wangi. Tuan penyambut tetamu pun haruslah lagi wangi dari malam-malam biasa. Tapi malangnya, penyambut tak berapa 'menyucikan'. Bersabar sikit ye sayang.. heheeee.. Sebagai ganti, aku sajikan makan malam yang cukup special. First time buat speghetti Carbonara. Dah lama mengidam nak makan, akhirnya dapat jugak dilaksanakan dengan jayanya. He's so impressed. Tak sangka aku boleh buat sesedap itu. hohoho! (kembang kuncup hidung). Ada masa nanti akan aku review how to make simple Carbonara speghetti versi mama Rayyan. Bye!
Nak mood romantik tapi takut terbakar rumah. Pheeww!

Wednesday, April 25, 2012

DIY: New Look Frame

Dear diary,

Harini ada kesempatan nak habiskan DIY frame yang dah semalam dua dibiarkan dalam stor after painting last day. Idea ni tiba-tiba datang bila tengok banyak sangat frame-frame lama yang tak pakai dalam stor. Daripada dibiarkan macam tu aje, lagi baik aku refreshkan apa yang dah ada supaya nampak lagi cantik. Hopefully la kan. hehe! Husband balik nanti boleh la suruh dia tolong gantungkan dalam bilik since dinding kat bilik pun nampak kosong je without any frames.


Ini lah bahan-bahan utama yang dah selamat di'transformasi oleh jobless a.k.a suri rumah sepenuh masa itu. hehe! 1st thing tengok frame kayu tu masih elok lagi. Gambar kapal ape ntah. Ada kapal, ada burung, ada bulan. haish! Cuma kat belakang tu je ada sikit anai2. So after cuci. Anai-anai pun hilang. 2nd part pulak aku jumpa frame puzzle tu. Nice sangat tapi dah nampak kusam sikit. Terus dapat ilham nak combine'kan aje dua-dua tu. (Kalau budak-budak skolah baca belog aku ni, jangan tiru ayat makcik ni ok. hihi)


Macam biasa, kena cat la baru nampak bersinar. huhu! Now, dah takde kapal mapal lagi dah. Padam semua dengan cat putih. Bingkai tu jugak aku cat baru dengan gloss paint lebih husband cat pintu bilik. Time ni kejap-kejap jenguk bos kecik tu takut terjaga dari tidur. Kalau dah jaga, tak siap la projek. huhhh!


and finally, berjaya jugak disiapkan puzzle frame aku ni. puzzle tu aku cuma lekatkan di atas permukaan frame kayu tu dengan doubletape. Hopefully lekat kuat lah ia. hehe! Kerja penggantungan akan bersambung sebaik sahaja husband balik esok. Sebenarnya kalau frame ada dua penyangkut ni, aku fail sikit nak gantung takut tak sama pulak nanti. Maklumlah mata secondhand.

Tadi petang, adik ipar datang umah kejap sebab nak tumpang mandi solat then dia kena pegi sekolah balik. Impressed jugak la minah tu tengok hasil kerja akak ipar dia nih. hehe! Siap cakap kalau gantung kat ruang tamu pun orait. Kalau dalam bilik, tak nampak. Bluurrpp! Tapi keputusannya bergantung pada big bos balik esok. Aku rasa gantung dalam bilik je kot. hehe! To dear readers, apa lagi. Jom selongkar stor tengok apa benda yang boleh di make over. Syok rupanya main-main kitar semula ni. DO IT YOURSELF? Yes! i do.. Selamat mencuba..

WW: My super hero!

8months

Monday, April 23, 2012

DIY: New Look Clock

Dear diary,

Siang tadi ada kesempatan nak DIY jam yang super annoying. Actually, jam ni present dari my bestfriend masa wedding haritu. Oh! dalam banyak-banyak gift, hadiah ni yang paling unik sekali. Adooi! berpinar mata nak tengok jam. Nak-nak pulak bila dalam gelap. huhu! Plus haritu husband ada gantung balik jam ni dalam bilik, memang rasa tercabar gila lah nak tengok jam pukul berapa. Alih-alih main agak-agak pukul berapa datuk harimau je la dalam bilik. To my besties! sorry sesangat ok sebab aku dah upgrade present kau. Mungkin itu unik di mata kau.. tapi berpinar nak tengok nombor di mataku. hehe! (Nasib dia takde blog)

What do yo think? aahah! so annoyed nak tengok waktu kan. Btw, bagi aku jam ni mmg unik sebab texture permukaannya sangat cantik. Sebenarnya, setiap nombor asal adalah berwarna putih. Lagi bertambah pinar bijik mata nak tengok. Last-last husband warnakan nombor dengan markerpen. Lagi annoyed. huhu!

Painting in progress. Bila bukak stor belakang jumpa cat putih lebih husband cat rumah. Terus capai berus takmau pikir panjang dah. Berus jangan tak berus. hehe! 

Tadaa. Pukul 11 pagi tadi jam siap sedia digantung seperti sediakala dalam bilik. Huhu! Dot dot tu aku amik  ehsan dari measurement length yang aku belik Rayyan tempoh hari. Cukup-cukup pulak ada 4 ketul.

Sekian sahaja DIY aku untuk hari ni. huhu! Even tak seberapa, tapi sangat satisfied. Best jugak jadi suri rumah ni. Banyak benda sebenarnya yang aku boleh buat kat rumah. Say NO to boring ok! Ada lagi next DIY yang aku sedang rancangkan. Banyak pulak barang-barang terpakai dalam stor yang boleh di'upgrade. Till next again. Bye!

This is short update. T _ T

Dear diary

Oh wow! Baru tinggal 5 hari, blogger dah update baru. Masih terkebil-kebil cari button itu ini. huhu! Takde apa pun nak story malam ni cuma tetiba malam rasa bosan pulak sebab Rayyan tidur awal. Seawal 7pm. Aduhai! apalah yang penat sangat anak bujang aku tu. Bila dia tidur awal, terasa sunyi benar malam ni. Kesian Rayyan.. Btw, today is Monday. 23/4/2012. Happy 8 months my dear. Semoga membesar dengan sehat dan kuat. Insyaallah, update Rayyan 8 bulan akan menyusul kemudian. Tadi, baru sudah call the offshoreman. Rindu husband after 2days 'punch each other' and now back to normal mode. I love him so much! Khamis ni husband balik. Hope semuanya will be fine. Dah mula counting days la ni. hehehee! Ok la diary, susu pun dah minum, time to sleep now. Nak hug budak ucuk tu lama-lama. Good night peeps! Assalamualaikum..

..yang tak ternilai..

Tuesday, April 17, 2012

I Miss You!

..yang tak akan hilang di hati..

Monday, April 16, 2012

Dating bersama anak bujang..

Dear diary,

Pheeww rasa seronok, penat dan sangat-sangat berbaloi dapat spend time dengan anak bujang keluar dating tadi. First time dating berdua. hehe! Dari semalam lagi dapat permission dari big bos nak bawak Rayyan jalan-jalan cuci mata, cari barang sikit kat Tesco. Tesco? ahaha.. Bilalah Kulim nak bukak Jusco ni. Bestnye kalau dapat tawaf satu Jusco dengan Rayyan tanpa abah. huhu! Abah pun tak bising. Aku ni kalau window shopping, memang favourite sangat la. Rugi betul sebab tak dapat explored betul-betul kat Jusco Perda haritu. Sebab kadang-kadang bila spend time dengan abah Rayyan, limited sikit waktu. Ada saja benda lain nak kacau husband aku tu. Ajak lepak la.. ajak minum la.. makan char keow teow la.. fuh! Husband pulak memang pantang diajak, jom aje. Haish!

Ok berbalik pada cerita asal, dalam pukul 12 tengah hari tadi aku dan buah hati keluar rumah. Huhu! Miss nak tengok melodi tadi. Tapi dating dengan anak punya pasal.. tak kisah la nak dengar gosip minggu ni. So siap-siap then siapkan si kecik tu pulak terus ajak dia "broom" "broom". Paham sangat dah dia. Kalau aku buat bunyi camgitu, mesti nak keluar. hehe! Bukan main suka lagi muka ada cenyummm.

Get ready to go for dating my dear son!

Btw, yang tak bestnya bila keluar rumah without husband is semua benda aku kena buat. Start angkat barang, kunci pintu, kemas kereta, kunci pintu pagar, bukak stroller etc.. huhu! Itu yang kadang-kadang aku prefer lepak kat rumah lagi. Tapi bila pikirkan balik kat anak bujang tu.. kesian pulak kalau aku asik peram dia kat rumah je kan. Tak bermasyarakat langsung. Dah macam anti sosial pulak jadinye nanti. hehe!

Sebenarnya dah banyak kali husband ajar tunjuk jalan belakang area taman. Tapi bila dah nak kena pegi sendiri ni.. rasa ingat tak ingat pulak jalannya. Maklumlah tempat baru.Padahal ada jalan short cut. Dekat sangat je pun. Ish! ish! Dasar kuat pelupa. Tapi tadi aku gagahi jugak try lalu jalan belakang. Taknak bagi malu Rayyan. Haha! mama ni kan gagah orangnye. Finally, berjaya jugak sampai Tesco even ada sekali aku berpatah balik. hiihii!

Ok! dah sampai darling!

Sesampainya di Tesco terus dapat parking and siap sedia bukak kereta si kecik ni. huhu! Kecoh bawak anak pergi Tesco dapat parking cepat. Kalau pegi Midvel tu tak kata la kan. ahaha! Masa tu, Rayyan pun behave baik sangat. Tak susah aku nak control dia. Macam tu la anak mama. Kalau ayen baik-baik, mama buleh bawak ayen jenjalan selalu.

First shop yang aku masuk is MR D.I.Y. Berkurun lamanya aku nak beli tempat bekas minyak kat situ masa jalan dengan husband tak dapat-dapat. Akhirnya beli jugak pun. Jalan punya jalan rambang bijik mata tengok barang-barang made in china yang super duper cute. Ada yang hot stuff jugak. ahaha! Takde apa nak belikan untuk Rayyan, jadi masa tu jumpa measurement length for kids je harga RM2. haha! Semangat beli padahal Rayyan tak boleh berdiri lagi pun. huhu!

Bagi Rayyan cuci mata sikit tengok benda warna warni neh.

Best betul dapat jalan berdua dengan Rayyan. Series! Dia tak banyak meragam. Cuma bila dah lama sangat duduk dalam stroller, dia mula naik rimas mintak dukung. Sakit badan sama kot. Yang aku pun padan la.. Tak penah-penah masuk Tesco sampai dekat 3 jam. haha! Puas aku tawaf dua tiga kali. Tadi sempat la beli barang-barang dapur sikit. Penuh jugak satu beg Tesco. Pheeew! Oh yea. Tadi aku dah beli spegeti and prego carbonara. Teringin nak makan. Tapi takde teman makan. huhu.. Masih tengah cari masa nak buat speg. Sebab husband tak berapa minat sangat makanan ala-ala mat itali ni. huu..

Bila dah puas tawaf, then Rayyan pun dah bagi signal "sudah la mama... tak penat lagi ker?" aku terus rasa nak balik dah. After bagi Rayyan susu, belum turun bawah lagi rupanya dia dah terlena. Alahai kesiannye anak aku. Terpaksa layan mama dia yang kuat berjalan. heheh.. Mulanya aku nak tapau lunch je tadi. Tapi bila Rayyan dah tidur, terus plan makan kat situ je. KFC. Ok! Dah lama tak makan kfc. Propa! Padahal kfc dekat dengan pintu exit. hehe! Oh ya. Ini isu penting tak boleh lupa ni. Wajib update kat sini jugak. ahaha! Btw, sebelum balik tadi jumpa penimbang 1x20sen. Teruja nak tengok berat semasa. Sangat surprise. Berat now 52kg. Huwa! Patutlah jeans longgar semacam dah. Tak selesa betul. Itulah, haritu cik laki offer nak belikan jeans jual mahal. Padan muka. Can you imagine:

1st month pregnant 58kg. (Gila mak berat after married. huh!)
Last month pregnant 68kg. (Which dalam masa 9months precious tu aku naik 10kg)
and now after Rayyan 7months old and still maintain breastfeed, weight totally down to 52kg.
Thanks to Rayyan sebab dah berjaya sedut lemak mama banyak-banyak-banyak. But no thanks. Mama taknak nampak 'keding' yucks!

Puas hati dengan service. First time dapat cheezy wedges yang banyak gile cheese. Btw, abaikan pikir "amboi minah ni, banyaknye ko rembat sudu tu" huhu.. Itu la. sapa suruh charge Govt. tax. Nak makan pun kena tax. Yaw! :0 . Hopefully cheese dapat gain weight sikit. hehe!

Olololo.. keshian boyfren aku neh. Tidur sampai tekangkang tak cukup space dah. Abahnye bila la nak upgrade stroller Rayyan ni.

Bila makan berdua dengan anak je, then tengok orang lain makan dengan anak, laki. Terus hati rasa sentap jap. Huwa! rindu my husband. Kalau dolu-dolu tengok orang pempuan makan sorang-sorang mesti mulut jahat nak cakap "eh. Makan sorang jer? kesiannye. Mana husband?" tidak pun "Apa punya laki la biar bini makan sorang-sorang" Tapi hakikatnya, apa yang aku fikir dulu, tak yang aku sangkakan. *sigh

Bila perut dah isi kenyang, Rayyan terus terjaga. Fuh! nasib baik aku dah setel makan. Terus rushing nak balik rumah. Penat dah beb. huhu! Tapi sebelum tu sempat lagi camwhoring Rayyan Aiman dalam kereta. Muuuah! Will update again. Assalamualaikum..

Usaha nak bagi Rayyan senyum nampak gigi tapi tak berjaya.


psst:  Rayyan rindu abah. Mama pun :(

Saturday, April 14, 2012

Monolog aku dan si manja..

Dear Rayyan,

Jam dah menunjukkan waktu 11 malam. Hopefully sayang mama ni dah nyenyak tidur. Semoga mimpi indah. Dah lama mama tak tujukan entry ni khas buat anak mama. Teringat masa mengandungkan Rayyan dulu, mama selalu jugak bermonolog sendiri dalam belog ni. Best tau ada belog diary mama ni. Takde ruangan komen. No conversation. Kalau boleh setiap masa, setiap waktu, setiap detik apa yang berlaku pada kita, mama nak luahkan kat sini supaya bila Rayyan besar nanti, mama nak Rayyan tahu betapa mama terlalu sayangkan anak mama.

Malam ni mama tengok Rayyan makin- makin aktif. Time tidur Rayyan pun dah banyak 'skip'. Fuh! puas mama main-main gomoi-gomoi Rayyan satu hari ni tau. Rayyan now makin expert nak gigit. Bila Rayyan pegang jari mama, kejenye nak gigit sajo. Walaupun sakit, mama tahan jugak rasa sakit tu sebab mama tahu Rayyan suka buat macam tu. Gatal gusi eh.. :)) Bila mama terjerit. Rayyan bukan main suka lagi. Bila mama tertinggi suara, Rayyan mula buat muka sebik. Kesian anak mama. Rayyan makin bijak sekarang. Alhamdulillah mama dan abah tengok, Rayyan makin paham apa yang kami cakap. Bila mama cakap TAK BOLEH sambil geleng-geleng kepala, Rayyan will stop doing sumtin yang mama tak bagi. Bila dalam rumah, tempat favourite Rayyan selalu nak usik is tempat kabel TM. Mentang-mentanglah banyak pulak kabel kat situ siap nyala bagai.. suka sangat dia. Nantilah mama pujuk-pujuk abah belikan console table tinggi sikit letak kat situ. Hope Rayyan tak boleh capai / main-main lagi kat kawasan danger tu. 

Kalau Rayyan nak tahu jugak, sekarang ni Rayyan makin kuat mengesot. Merangkak belum lagi. Daripada ruang makan, ruang tv, ruang tamu.. semuanya Rayyan dah redah pakai siku dan lutut. Macam askar la mama tengok. hehe! Lajunye bukan main lagi. Tambah pulak kalau mama bukak laptop depan Rayyan. Fuh! Berasap siku punya laju Rayyan datang kat mama. Hm... terhibur sangat bila tengok telatah anak mama ni. Bila mengadap laptop, Rayyan suka tepuk-tepuk picit-picit laptop mama. Tak boleh la sayang.. Nanti rosak lagi.. abah marah mama lagi.. huhuu.. Dah la laptop lama dah rosak terus tak repair lagi. Kita sama-sama jaga lappy yang abah belikan ni k. Kalau rosak lagi, Rayyan dah tak boleh nak belajar alif ba ta, tengok upin ipin.. Rayyan kan suka tengok upin ipin. Bila tengok, melopong mulut Rayyan tanda excited la tu. Alahai anak mama..

Tengok tu, anak mama dah pandai mengemas sekarang..

Ada satu perkara yang buat mama betul-betul terharu is bila pertama kalinya dengar Rayyan dah boleh kata MAMAA.. ABAA. Rasa nak menitis air mata tahan sebak sebab terlalu gembira dengar Rayyan panggil mama. Rayyan buat mama tersedar. Uh! aku sangat bertuah sebab ada anak yang sangat comel. Terima kasih Allah atas rezeki yang Kau berikan. Tak ternilai rasanya amanah yang satu ni. Mama dan abah akan sentiasa pastikan yang terbaik untuk Rayyan. Insyaallah.. Tapi mama tengok, Rayyan selalu panggil / sebut MAMAA bila Rayyan nakkan sesuatu benda tapi tak dapat. Bila satu benda Rayyan nak buat tak dapat, Rayyan akan cari mama.. merengek-rengek manja.. sambil mintak dukung.. sambil buat-buat menangis.. sambil sebut mamaaa. Hati naluri ibu. Even sakit benar nipps mama Rayyan gigit.. tapi tak sampai hati mama nak cubit Rayyan tau. Mama relakan aje. Kuat gigit la anak mama ni. Abah pun kalah. hehe! Apa-apapun mama tetap sayang ayen..

Okeylah sayang mama. Setakat ni dulu monolog mama untuk Rayyan. Insyaallah ada masa nanti mama update lagi ok. Sebelum tidur mama kena pastikan yang mama kena minum air banyak-banyak then jangan lupa makan kismis. Mama nak produce susu segar buat anak mama malam ni. Mudah-mudahan dengan doa dan usaha mama selama ni, Rayyan akan sentiasa terang hati, mudah masuk ilmu, jadi anak yang soleh, anak yang bijak dan selalu menghormati mama dan abah. Kami terlalu sayangkan Rayyan. Amin..

Yang benar
mama




Friday, April 13, 2012

Apa itu Papsmear

Dear diary,

Last month masa buat checkup Rayyan, nurse ada tanya ada merancang keluarga ke tak. Aku cakap ada. Buat rancangan sendiri je. Tak makan pil perancang, cucuk, etc. Kak Laila tu memang dah kenal sangat dengan aku since berpantang kat kampung lagi, dia ada datang umah check jaundis Rayyan. Mulut pulak ramah lagi. Sembang punya sembang masuk la bab "hang dah buat ujian papsmear belum?" Aku ni pulak yang akan-akan penah dengar nama ujian ni tapi tak tahu details pulak. Teruslah dia terangkan sikit-sikit tentang ujian papsmear. Memang sangat penting untuk setiap wanita yang pernah melakukan hubungan seks. Orang kata, lebih baik mencegah dari merawat kan. Haritu jugak aku dah bagitau husband pasal bendalah ni. Husband apa lagi.. kalau bab kesihatan dalaman ni, cukup dititikberatkan. Insyaallah, after husband balik nanti nak buat test kat klinik. 

Kat bawah ni ada some info tentang papsmear. Aku tahu, ramai jugak yang masih suam-suam blur tentang test ni. Let's sharing.

Sharing is Caring

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:

* Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
* Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
* Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
* Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
* Perokok
* Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Kekerapan Ujian
Jika seseorang wanita telah menjalani ujian Pap Smear dan didapati negatif,ia hanya perlu mengulang ujian tersebut tiga tahun sekali.Namun begitu,ada baiknya bagi menjalani ujian ini setahun sekali.

Apakah Yang Berlaku Sewaktu Ujian Pap Smear?
Doktor akan memasukkan sejenis alat besi(atau plastik)kecil yang dipanggil spekulum kedalam faraj dan membukanya dengan cermat bagi melihat serviks.Sejenis alat sudip (alat kayu yang tumpul)yang dipanggil spatula digunakan untuk mengikis dengan perlahan permukaan rahim untuk mengambil campuran sel dan cairan di bahagian pangkal rahim.
Spekulum dan saptula kemudian dikeluarkan dan ujian tersebut selesai.Campuran tersebut dilumuri atas sekeping slaid kaca dan dirawat khas supaya boleh diperiksa dengan mikroskop.

Bagaimana Kanser Dapat Dikesan Daripada Smear Ini?
Selepas diwarnakan dengan warna-warna yang khas (stainning)pada smear ini,pemeriksaan di bawah mikroskop perlu di buat dan sel-sel kanser akan dapat dilihat.Pemeriksaan ini dilakukan oleh juruteknik kajisel yang terlatih dan pap smear yang luar biasa akan disemak dan dikaji dengan teliti oleh doktor pakar kajisel.



Source: PUSAT PERUBATAN KPMC PUCHONG

Oh! So Random!

Dear diary,

Lama jugak tak mengomel sorang-sorang dalam belog ni sejak-sejak husband ada kat rumah cuti. Tak sempat sangat nak update belog, belogwalking, fesbuking etc. Dua minggu bagaikan dua hari husband bercuti. huhu! Bila dia ada, aku banyak habiskan masa bersama-sama. Ada saja yang nak dibuatnya. Macam biasa, lepas je dua minggu cuti.. time kena pergi kerja balik tu adalah sangat membosankan buat husband. Terpaksa tinggalkan anak isteri bagi mencari sesuap nasik. huuhu! Bunyi sedih je ni. Rindu benar dah. Semalam, waktu husband nak pergi.. Rayyan tengah tidur lena. Lama betul dia tidur. Kesian sangat. Aku tahu husband sangat sebak time tu, bila dia cium-cium Rayyan sambil berpesan. Tapi ditahankan jugak rasa tu dalam hati. Takpelah sayang.. kita kuat! Chayok!

Sambil Rayyan tengah lena tidur, husband usap-usap ubun-ubun Rayyan..
"Sayang.. abah nak pegi work dah ni. Ayen jaga diri elok-elok tau. Jaga mama. Kuat. Takmau nakal-nakal. Macam biasa, hari-hari Ayen kira jari ok. Lagi dua minggu abah baik. Abah sayang Rayyan.." 

Dalam masa yang sama, aku yang over sebak lebih semalam. huhu.. But now, hopefully all those feeling will faded away. Insyaallah.. sekejap je ni..

Sepanjang husband ada kat rumah haritu, banyak benar rasanya benda nak diupdate. 1st thing, nak update pasal mak tok. Insyaallah, harini dia kena operation kaki. FYI, Mak tok sebelah husband ni mengidap kencing manis. Nak dijadikan cerita, last December tok terjatuh, kaki luka, then terus merebak sikit-demi sikit. Sebelum ni, tok dah kena potong satu ibu jari kaki. Now, aku dapat story harini dia kena potong lagi kaki sampai ke bawah lutut kalau tak silap. Nauzubillah.. Tok memang suka makan benda-benda manis masa muda dulu and keturunan sama kot. Hm.. tu la bahayanya diabetes ni. Sebab tu la.. dari dulu lagi aku dah mula kurangkan makan benda manis. Mudah-mudahan semuanya selamat nanti. Insyaallah..

Bulan ni jugak ujian belanjawan sangatlah mencabar. Macam yang aku info sebelum ni.. Masa husband ontheway balik sini, van breakdown tengah jalan. No solution, terpaksa bawak repair workshop kat KL. Terpaksalah husband balik dengan bas last day sampai rumah pukul 1 pagi. Bila kira-kira, banyak benar major breakdown tu. Pheew! Tokey workshop budget-budget cost dalam 2.5K. Terus buat-buat parkinson. Memang pening kepala jugak husband mana duit nak cekau. Terpaksalah pakai saving. Hm.. ujian, ada hikmahnya ni. Oklah taknak cerita bab duit dah. Kang pening kepala pikir lebih-lebih. hoho!

Banyaknye aktiviti Rayyan bila si abah balik. Dia tak pernah rasa bosan langsung bila abah ada. (Mama Rayyan lagi la tak busan sebab dapat jenjalan. hehe!). Haritu BIL dapat voucher jusco then dia tak pakai then bagi kat husband. Cepat-cepat angguk kepala. ahah! Jom Jusco! Jom Pasific!. Dapat redeem beli baju Rayyan dua pasang masa kat Jusco. Shopping kena limited la this month. Huwa! Tapi takpe, yang penting aku dah claim husband belikan telekung baru kat Kemboja. Made in Vietnam kata cik tokey. Kalau kena tipu, nasib la. huuuhu.. But it's so comfortable! Thanks chubby :))

Layan gambar jap at Jusco..

Sebelum shop baju Rayyan, kita lunch hour dulu. Both of them are my boyfie fullstop

Mulanya masing-masing berkira nak makan apa. Lastly teringat nak cuba pizza baru neh. Yang ada ala-ala serunding atasnye tu. What we call triple chicken sensation. 3D, ada chicken floss, chicken loaf dan  chicken salami. Pizza ini juga digandingkan bersama dengan triple sensation platter. Sangat-sangat recommended! Sila rujuk iklan :)). Rayyan cuma dapat makan mushroon soup. Best trial baby..

After lunch, baru selesa nak cuci mata. Perut pun dah kenyang. Tapi Rayyan tak cukup kenyang. Perut kena isi minyak. Baru ada tenaga. huhu! Kesian Rayyan. Sambil-sambil husband belek-belek apa yang patut, aku and Rayyan masuk baby room for breastfeed.

Harus tukar pampers untuk keselesaan tersayang. Masa ni Rayyan baik-baik saje sebab seronok tengok wallpaper dinasours keliling bilik. Baby suka, mama pun selesa. That's why i loved Jusco much!

Ok sayang. Good boy! Rambut baru kena potong dengan cik abah. Siap buat trojen lagi. Pheew! 

Rayyan & Mama

Bila jenjalan, aku cukup tak suka kalau rushing-rushing. After pegi Jusco memang husband planning nak tengok autoshow. Ala.. tak puas lagi nak tawaf Jusco. Tapi kesian pulak kat dia. Lepas solat zohor (nak dekat pukul 4 pun) kat sana terus rushing balik. Balik rumah dulu solat asar plak then terus pegi. Bila sampai-sampai jer.. autoshow dah nak penutup. Husband ada la bebel-bebel kejap, tapi nasib baik tak series. pastu tutup mulut. hehe! Sori sayang.. Bukan mama yang buat lambat k..


psst :  I'm so in love with them

Thursday, April 12, 2012

Bread Chickenball for Breakfast.

Dear diary,

Pagi ni aku ada satu resipi ringkas and mudah disediakan untuk seisi keluarga. Main gentel-gentel jer then tauk kat dalam kuali. Huhu! Last day husband ada beli roti gardenia satu buku. Dua orang je pun dia beli satu buku jumbo. Camno nak habiskan tu. Jadi terus dapat idea nak buat bebola roti ni je. Lagipun dah lama tak buat. Resipi ni aku ciplak and upgrade dari myresipi mengikut citarasa aku sendiri plus bahan-bahan yang ada pun just apa yang ada dalam peti ais sajo.

Bahan-bahan:
  • Roti gardenia*
  • Bawang merah (Dipotong dadu)*
  • Cili merah + hijau (Tekak melayu, nak pedas aje. Sila potong kicik-kicik ok)*
  • Carrot (Juga dipotong dadu)*
  • Isi ayam (Dipotong halus)
  • Garlic bread
  • Garam + Secukup rasa (Mengikut citarasa masing-masing)
  • Lada hitam*
  • 1 sudu besar Tepung gandum*
  • 1 biji telur (If gred A)*
  • Parsley*

Cara-cara:
  1. Isi ayam yang dipotong digaul bersama garam dan secukup rasa. Goreng seketika bersama garlic bread sampai isi ayam hampir masak. Kalau takde garlic bread, pakai butter or minyak pun ok. Tapi kalau pakai garlic bread, lagi naik bau. Kemudian ketepikan.
  2. Gaul kesemua bahan yang bertanda *. Pastikan roti gardenia dikoyak kecil-kecil supaya muda untuk digaul. 
  3. Kemudian, gentel-gentel buat bulat-bulat ala-ala cokodok.
  4. Goreng dengan api sederhana panas. Then bolehlah dihidaangkan dengan sos thai. 
Bahan-bahan yang telah siap digaul. Siap sedia untuk menggentel.
Beginilah rupa bebola roti semasa sedang digoreng. 
Siap sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi untuk awak.. secawan susu untuk saya.
Close-up
Selamat mencuba :))

Friday, April 6, 2012

Rayyan Aiman 7 Months

Dear diary,


  • Pejam celik pejam celik usia Rayyan dah masuk 7 bulan. Alahai cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam Rayyan tendang-tendang dalam perut. huhu!
  • Last day ada buat check-up kat klinik. Berat Rayyan 8.1kg. Alamak! turun sikit berat badan dia.
  • Rayyan now dah makin-makin-makin bijak. Dia sangat-sangat kenal sape mama dan abah beliau. Rayyan jugak dah boleh sebut mama and aba.. Tahniah sayang!
  • Setiap hari aku akan sediakan dia solid food. Makanan kegemaran beliau adalah carrot puree. Tak lupa jugak. Budak kicik ni suka makan rusks. Bila time makan, aku pastikan dia minum air zam-zam.
  • Seawal Rayyan 7 bulan, dia dah start tumbuh gigi. Gigi pertama beliau adalah di bahagian bawah satu batang. and now, aku perhatikan gigi atas pulak nak tumbuh satu batang. huhu! macam best je anak mama tumbuh gigi satu satu ni. hehe!
  • Bila dia dah ada gigi, alamatnya bila time aku menyusu haruslah berwaspada selalu. Kalau dia taknak please jangan dipaksa. Kalau tak menjerit la kau. huhu! Ada satu hari tu, dia ketap gigi kat nipps protes lepas geram kat aku. Bukan main sakit lagi. 4 5 hari baru recover. Series! Atooi! Bahaya betul bila dia dah start nak asah gigi. huhu! Tapi bila abah and mama ajar baik-baik cakap cannot bite.. lama-lama ada respon macam dia dah paham.
  • Time-time nak tumbuh gigi ni.. orang cakap budak-budak akan gatal gusi. ahaha! apa saje dia nak gigit.. selalunya dia suka pegang jari orang then masuk dalam mulut sebab nak gigit-gigit. haish!
  • Rayyan makin aktif practice nak merangkak. Tapi masih dalam percubaan. Bila dia meniarap, then angkat bontot and kaki tinggi-tinggi.. aku rasa teruja sesangat. Terhibur dengan telatah beliau. Pheew! hilang segala masalah bila bela anak di depan mata.
  • Bila naik baby walker, kaki makin ligat jalan sana sini. Tak sabar nak tengok Rayyan berjalan nanti..
  • Bila naik carseat pulak.. lately kadang-kadang dia teruja.. tapi kadang-kadang dia buat muka masam betul. Protes sebab terpaksa kena ikat duduk diam-diam kat situ. hehe!
  • Kalau bab mandi pulak, as usual aku akan mandikan dia 2 kali sehari. Pagi dan petang. Bila mandi dah tak macam dulu lagi duduk baik-baik je. ahaha! Sekarang ni bila nak bagi mandi.. sentiasa kena umpan dia dengan itik, ikan, kura-kura etc segala mak nenek mainan dia dalam toilet. Baru boleh duduk diam.
  • Bila nak pakaikan baju pun sama jugak. huhhuuu... semua benda dia nak capai.. sayang.. sayang.. :))
  • Rayyan suka sangat dengar lagi alif ba ta.. Bila pasang bagi dia tengok.. mesti senyap je dia. Rayyan jugak paling alert dengan zikir-zikir or azan kat tv. Bila dia dengar ada zikir je kat oasis.. bukan main baik lagi dia. Alhamdulillah!
  • Lastly, aku just nak cakap yang hopefully Rayyan sentiasa sehat-sehat selalu. Mama and abah selalu doakan yang terbaik untuk Rayyan. Jadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insyaallah..

Wednesday, April 4, 2012

03042012

Dear diary,

Bila tengok kedua-dua insan kesayangan tengah asyik tidur.. tenangnya rasa hati. Apalah yang dimimpikan tu eh. To my dear husband, i love you so much till the last breath. Insyaallah.. To my little Aiman.. mama always love you. Semoga anak mama jadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Amin! Sejuk pulak malam ni. Bertambah syahdu aku nak menulis belog.

Lately, dah banyak malam jugak aku tidur lewat. Haish! tak boleh jadi ni. Kejap lagi aku nak follow diorang berdengkur sama. Now, dah siap-siap makan jamu + sapu losyen mak dara kat kaki. Sejuk pulak dah. Kang kejang pulak kaki ni. Tiba-tiba husband terjaga cakap sakit hidung bau losyen tu. Pastu sambung tidur balik. Aku pun dah konpius. Awang ni mengigau ke betul-betul terjaga. huhuuuu!

Hm, harini aku buatkan Rayyan carrot puree. Kalau sebelum ni, aku tak campur ikan bilis, now aku dah start campurkan dia sedikit sumber protein. Syukur alhamdulillah.. banyak benar dia makan tadi. Bila buat habis.. buat habis.. barulah semangat mama nak tongtang tongtang kat dapur. hehe!

Budak comel kuat makan. Muuuah!

Petang as usual get ready to go to MIL house. Ada makan-makan sikit malam ni. Rayyan Aiman taknak notti-notti okey!

Bila tengok liliepie, Rayyan dah masuk 7 bulan kan. Alahai! Bila nak update Rayyan milestone ni. huhu! Sorry sanyang. Mama masih nak kumpul-kumpul story pasal Rayyan. Nanti bila dah penuh mama update okey. Love you so much! Okeylah, nak off dulu sebab nak hug husband Rayyan lama-lama. Muuuah! Bye diary!

Tuesday, April 3, 2012

Two in One

Dear diary,

Once again. Time cemgini baru nak berblogging setelah buat-buat tarik muka kat husband tadi berebut nak online, akhirnya dapat jugak. ahaha! Takdelah. Sebenarnya lately husband obsess sangat nak masuk youtube search ceramah itu ini.. Macam-macam ceramah ustaz dah dia explored. Good! Good! Yang aku pulak bila online takde keja lain asyik nak edit photo, bukak facebook, blogging etc. ahahaa! Rayyan pulak now dah nyenyak tidur since balik dari umah maklong tadi melawat newborn gigirl baby. 

Dimulakan harini dengan breakfast disediakan oleh en. husband. Best! Even cuma kentang goreng and sosej.. tapi ia sangat bermakna. Thanks husband. Then sambil-sambil lepak kat rumah, golek sana sini.. sempat jugak aku buatkan Rayyan kurma blend tadi. Bagus! anak mama makan banyak harini. Bila dah masuk tengahhari, dah planning dari semalam lagi nak makan mcd. Alahai, rasa dah lama pulak tak makan mcd. Gian! Gian! ahaha.. So.. dapur tak berasap lagi harini. Dalam pukul 2.30 baru keluar rumah cari makan. Atooi! Bila perut betul-betul lapar, barulah rasa excited nak makan kan..

Dari muda remaja sampailah esoknye nak bersalin sampailah beranak satu.. inilah favourite aku kalau masuk mcd. Banyak benar candu diorang letak kot sampai addicted sangat dah. huhu!

Si kenik ni pun taknak mengalah jugak. Bila letak dalam childchair, bukan main meronta-ronta lagi dia nak keluar taknak duduk diam. Haish! Dia pun sibuk sama nak tolong makan. huhu! SEE! Rayyan dah ada gigi. Siaplah aku kena gigit tiap-tiap hari.

Bila dah taknak duduk diam tu.. haaa! dapatlah merasa bos kecik tu nikmatnya masuk mcd. hehe! Husband testing bagi makan kentang goreng dengan sundee tadi. Hopefully perut tak meragam. Bukan main excited lagi lidah dok jilat bibir. Rayyan.. Rayyan.. :))

After perut dah kenyang, husband ajak singgah borong Man kejap sebab dia nak beli kopiah spare dalam kereta. Aku apa lagi.. jom kan aje. Hahah! masuk kedai tadi just cuci-cuci mata sajo. Takde yang berkenan. Tudung bapak mahal jugak. Dus! Rayyan pulak dapat bola angry bird. Bukan main seronok lagi anak bujang aku tu pegang bola dengan kaki. Ok! dasyat! Then, lepak-lepak umah MIL sampai maghrib. Sebabnye lepas magrib nak melawat baby Lutfi dan Natra. (the cousin)

Selamat datang ke dunia gigirl! Jadilah insan yang solehah yang membanggakan kedua orang tuamu.
Arissa Humaira (Hopefully betul la ejaan tu. huu!)

Ok! close up sikit.. Comel anak dara ni. Buat rebutan Rayyan dan Amir bila main masak-masak nanti. hahaha!

Suruh husband amik gambar tiba-tiba parkinson plak. ahaha! taklah. Camera yang jadi gelong mode. Dari kiri   my ipar duai kakcik and her baby boy Amir. Mama Rayyan and the hensem boy. Then Natra with her new gigirl. Syok bercerita panjang lebar dalam bilik kitorang tadi. Privacy sikit nak soksek. huhu!

End story.

Monday, April 2, 2012

Come again!

Dear diary,

Ok fine jam dah pukul 12 tengah malam tapi aku masih kat depan lappy. Rayyan dah nyenyak tidur. Abahnye pun dah tidur sama. Sesambil dia temankan aku beronline, sedar-sedar dah berdengkur pun plus ada kentut-kentut sikit. Haish! tengah tidur pun boleh kentut ke bang? hehe..

Syukur alhamdulillah, seronok benor bila husband balik cuti ni. Takdelah rasa bosan sangat kat rumah. Bila dia ada, hari-hari ada saje aktiviti yang nak dibuat. Cuti kali ni husband banyak pulak terima ujian. Penat kerja pun tak habis lagi.. kereta pulak rosak tengah jalan on the way balik. Terpaksa 'cut' lagi saving bulan ni. Tapi takpe. Ada hikmahnye tu kan. Yang penting dia dah selamat sampai rumah last Thursday.

Aktiviti harini dimulakan bangun pagi kat rumah maksu. Oh! malam tadi tidur rumah dia. Memandangkan dah lama sangat dia offer suruh kitorang tidur umah dia.. so janji dah tunaikan. Then tengahhari pegi kenduri orang kawen kat Dewan Putra. Husband cakap, kalau makan nasik kenduri.. memang tak tolak. ahaha! Save dapur tak berasap lagi harini. After attend wedding tu, balik-balik solat everything.. terus bagi signal kat husband tuntut janji nak pegi Pasific.. jalan-jalan.. cuci mata.. shopping.. Lamanya tak keluar shopping (haha! padahal baru kena tinggal 2 minggu). Banyak pulak sale itu ini. Mintak husband belikan flat shoe. Husband dapat tshirt n seluar n Rayyan tak dapat apa-apa sebab tak jumpa sumtin special untuk dia tadi. Ok. TQ husband! huhu! On the way balik singgah taman tasik pekena laksa+rojak buah. Rojak sangat superb tapi banyak lalat pulak kat kedai. Spoil betul. huhu!

Oklah, disebabkan dah lama tak tulis belog.. jadi ayat tengah malam ni pun jadi ntah ape-ape ntah. Ikut rasa hati je nak taip apa. huhu! K lah diary, kesian pulak tengok husband kat sebelah ni makin kuat volume dengkur dia. Kena angkat bapak Rayyan masuk bilik dah ni. ahahaha! Akan diupdate lain nanti.. Good night peeps.. Good night diary!


psst: Oh! Rayyan dah masuk 7 bulan. Cepatnya masa berlalu.