Thursday, April 12, 2012

Bread Chickenball for Breakfast.

Dear diary,

Pagi ni aku ada satu resipi ringkas and mudah disediakan untuk seisi keluarga. Main gentel-gentel jer then tauk kat dalam kuali. Huhu! Last day husband ada beli roti gardenia satu buku. Dua orang je pun dia beli satu buku jumbo. Camno nak habiskan tu. Jadi terus dapat idea nak buat bebola roti ni je. Lagipun dah lama tak buat. Resipi ni aku ciplak and upgrade dari myresipi mengikut citarasa aku sendiri plus bahan-bahan yang ada pun just apa yang ada dalam peti ais sajo.

Bahan-bahan:
  • Roti gardenia*
  • Bawang merah (Dipotong dadu)*
  • Cili merah + hijau (Tekak melayu, nak pedas aje. Sila potong kicik-kicik ok)*
  • Carrot (Juga dipotong dadu)*
  • Isi ayam (Dipotong halus)
  • Garlic bread
  • Garam + Secukup rasa (Mengikut citarasa masing-masing)
  • Lada hitam*
  • 1 sudu besar Tepung gandum*
  • 1 biji telur (If gred A)*
  • Parsley*

Cara-cara:
  1. Isi ayam yang dipotong digaul bersama garam dan secukup rasa. Goreng seketika bersama garlic bread sampai isi ayam hampir masak. Kalau takde garlic bread, pakai butter or minyak pun ok. Tapi kalau pakai garlic bread, lagi naik bau. Kemudian ketepikan.
  2. Gaul kesemua bahan yang bertanda *. Pastikan roti gardenia dikoyak kecil-kecil supaya muda untuk digaul. 
  3. Kemudian, gentel-gentel buat bulat-bulat ala-ala cokodok.
  4. Goreng dengan api sederhana panas. Then bolehlah dihidaangkan dengan sos thai. 
Bahan-bahan yang telah siap digaul. Siap sedia untuk menggentel.
Beginilah rupa bebola roti semasa sedang digoreng. 
Siap sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi untuk awak.. secawan susu untuk saya.
Close-up
Selamat mencuba :))