Monday, April 2, 2012

Come again!

Dear diary,

Ok fine jam dah pukul 12 tengah malam tapi aku masih kat depan lappy. Rayyan dah nyenyak tidur. Abahnye pun dah tidur sama. Sesambil dia temankan aku beronline, sedar-sedar dah berdengkur pun plus ada kentut-kentut sikit. Haish! tengah tidur pun boleh kentut ke bang? hehe..

Syukur alhamdulillah, seronok benor bila husband balik cuti ni. Takdelah rasa bosan sangat kat rumah. Bila dia ada, hari-hari ada saje aktiviti yang nak dibuat. Cuti kali ni husband banyak pulak terima ujian. Penat kerja pun tak habis lagi.. kereta pulak rosak tengah jalan on the way balik. Terpaksa 'cut' lagi saving bulan ni. Tapi takpe. Ada hikmahnye tu kan. Yang penting dia dah selamat sampai rumah last Thursday.

Aktiviti harini dimulakan bangun pagi kat rumah maksu. Oh! malam tadi tidur rumah dia. Memandangkan dah lama sangat dia offer suruh kitorang tidur umah dia.. so janji dah tunaikan. Then tengahhari pegi kenduri orang kawen kat Dewan Putra. Husband cakap, kalau makan nasik kenduri.. memang tak tolak. ahaha! Save dapur tak berasap lagi harini. After attend wedding tu, balik-balik solat everything.. terus bagi signal kat husband tuntut janji nak pegi Pasific.. jalan-jalan.. cuci mata.. shopping.. Lamanya tak keluar shopping (haha! padahal baru kena tinggal 2 minggu). Banyak pulak sale itu ini. Mintak husband belikan flat shoe. Husband dapat tshirt n seluar n Rayyan tak dapat apa-apa sebab tak jumpa sumtin special untuk dia tadi. Ok. TQ husband! huhu! On the way balik singgah taman tasik pekena laksa+rojak buah. Rojak sangat superb tapi banyak lalat pulak kat kedai. Spoil betul. huhu!

Oklah, disebabkan dah lama tak tulis belog.. jadi ayat tengah malam ni pun jadi ntah ape-ape ntah. Ikut rasa hati je nak taip apa. huhu! K lah diary, kesian pulak tengok husband kat sebelah ni makin kuat volume dengkur dia. Kena angkat bapak Rayyan masuk bilik dah ni. ahahaha! Akan diupdate lain nanti.. Good night peeps.. Good night diary!


psst: Oh! Rayyan dah masuk 7 bulan. Cepatnya masa berlalu.