Monday, April 16, 2012

Dating bersama anak bujang..

Dear diary,

Pheeww rasa seronok, penat dan sangat-sangat berbaloi dapat spend time dengan anak bujang keluar dating tadi. First time dating berdua. hehe! Dari semalam lagi dapat permission dari big bos nak bawak Rayyan jalan-jalan cuci mata, cari barang sikit kat Tesco. Tesco? ahaha.. Bilalah Kulim nak bukak Jusco ni. Bestnye kalau dapat tawaf satu Jusco dengan Rayyan tanpa abah. huhu! Abah pun tak bising. Aku ni kalau window shopping, memang favourite sangat la. Rugi betul sebab tak dapat explored betul-betul kat Jusco Perda haritu. Sebab kadang-kadang bila spend time dengan abah Rayyan, limited sikit waktu. Ada saja benda lain nak kacau husband aku tu. Ajak lepak la.. ajak minum la.. makan char keow teow la.. fuh! Husband pulak memang pantang diajak, jom aje. Haish!

Ok berbalik pada cerita asal, dalam pukul 12 tengah hari tadi aku dan buah hati keluar rumah. Huhu! Miss nak tengok melodi tadi. Tapi dating dengan anak punya pasal.. tak kisah la nak dengar gosip minggu ni. So siap-siap then siapkan si kecik tu pulak terus ajak dia "broom" "broom". Paham sangat dah dia. Kalau aku buat bunyi camgitu, mesti nak keluar. hehe! Bukan main suka lagi muka ada cenyummm.

Get ready to go for dating my dear son!

Btw, yang tak bestnya bila keluar rumah without husband is semua benda aku kena buat. Start angkat barang, kunci pintu, kemas kereta, kunci pintu pagar, bukak stroller etc.. huhu! Itu yang kadang-kadang aku prefer lepak kat rumah lagi. Tapi bila pikirkan balik kat anak bujang tu.. kesian pulak kalau aku asik peram dia kat rumah je kan. Tak bermasyarakat langsung. Dah macam anti sosial pulak jadinye nanti. hehe!

Sebenarnya dah banyak kali husband ajar tunjuk jalan belakang area taman. Tapi bila dah nak kena pegi sendiri ni.. rasa ingat tak ingat pulak jalannya. Maklumlah tempat baru.Padahal ada jalan short cut. Dekat sangat je pun. Ish! ish! Dasar kuat pelupa. Tapi tadi aku gagahi jugak try lalu jalan belakang. Taknak bagi malu Rayyan. Haha! mama ni kan gagah orangnye. Finally, berjaya jugak sampai Tesco even ada sekali aku berpatah balik. hiihii!

Ok! dah sampai darling!

Sesampainya di Tesco terus dapat parking and siap sedia bukak kereta si kecik ni. huhu! Kecoh bawak anak pergi Tesco dapat parking cepat. Kalau pegi Midvel tu tak kata la kan. ahaha! Masa tu, Rayyan pun behave baik sangat. Tak susah aku nak control dia. Macam tu la anak mama. Kalau ayen baik-baik, mama buleh bawak ayen jenjalan selalu.

First shop yang aku masuk is MR D.I.Y. Berkurun lamanya aku nak beli tempat bekas minyak kat situ masa jalan dengan husband tak dapat-dapat. Akhirnya beli jugak pun. Jalan punya jalan rambang bijik mata tengok barang-barang made in china yang super duper cute. Ada yang hot stuff jugak. ahaha! Takde apa nak belikan untuk Rayyan, jadi masa tu jumpa measurement length for kids je harga RM2. haha! Semangat beli padahal Rayyan tak boleh berdiri lagi pun. huhu!

Bagi Rayyan cuci mata sikit tengok benda warna warni neh.

Best betul dapat jalan berdua dengan Rayyan. Series! Dia tak banyak meragam. Cuma bila dah lama sangat duduk dalam stroller, dia mula naik rimas mintak dukung. Sakit badan sama kot. Yang aku pun padan la.. Tak penah-penah masuk Tesco sampai dekat 3 jam. haha! Puas aku tawaf dua tiga kali. Tadi sempat la beli barang-barang dapur sikit. Penuh jugak satu beg Tesco. Pheeew! Oh yea. Tadi aku dah beli spegeti and prego carbonara. Teringin nak makan. Tapi takde teman makan. huhu.. Masih tengah cari masa nak buat speg. Sebab husband tak berapa minat sangat makanan ala-ala mat itali ni. huu..

Bila dah puas tawaf, then Rayyan pun dah bagi signal "sudah la mama... tak penat lagi ker?" aku terus rasa nak balik dah. After bagi Rayyan susu, belum turun bawah lagi rupanya dia dah terlena. Alahai kesiannye anak aku. Terpaksa layan mama dia yang kuat berjalan. heheh.. Mulanya aku nak tapau lunch je tadi. Tapi bila Rayyan dah tidur, terus plan makan kat situ je. KFC. Ok! Dah lama tak makan kfc. Propa! Padahal kfc dekat dengan pintu exit. hehe! Oh ya. Ini isu penting tak boleh lupa ni. Wajib update kat sini jugak. ahaha! Btw, sebelum balik tadi jumpa penimbang 1x20sen. Teruja nak tengok berat semasa. Sangat surprise. Berat now 52kg. Huwa! Patutlah jeans longgar semacam dah. Tak selesa betul. Itulah, haritu cik laki offer nak belikan jeans jual mahal. Padan muka. Can you imagine:

1st month pregnant 58kg. (Gila mak berat after married. huh!)
Last month pregnant 68kg. (Which dalam masa 9months precious tu aku naik 10kg)
and now after Rayyan 7months old and still maintain breastfeed, weight totally down to 52kg.
Thanks to Rayyan sebab dah berjaya sedut lemak mama banyak-banyak-banyak. But no thanks. Mama taknak nampak 'keding' yucks!

Puas hati dengan service. First time dapat cheezy wedges yang banyak gile cheese. Btw, abaikan pikir "amboi minah ni, banyaknye ko rembat sudu tu" huhu.. Itu la. sapa suruh charge Govt. tax. Nak makan pun kena tax. Yaw! :0 . Hopefully cheese dapat gain weight sikit. hehe!

Olololo.. keshian boyfren aku neh. Tidur sampai tekangkang tak cukup space dah. Abahnye bila la nak upgrade stroller Rayyan ni.

Bila makan berdua dengan anak je, then tengok orang lain makan dengan anak, laki. Terus hati rasa sentap jap. Huwa! rindu my husband. Kalau dolu-dolu tengok orang pempuan makan sorang-sorang mesti mulut jahat nak cakap "eh. Makan sorang jer? kesiannye. Mana husband?" tidak pun "Apa punya laki la biar bini makan sorang-sorang" Tapi hakikatnya, apa yang aku fikir dulu, tak yang aku sangkakan. *sigh

Bila perut dah isi kenyang, Rayyan terus terjaga. Fuh! nasib baik aku dah setel makan. Terus rushing nak balik rumah. Penat dah beb. huhu! Tapi sebelum tu sempat lagi camwhoring Rayyan Aiman dalam kereta. Muuuah! Will update again. Assalamualaikum..

Usaha nak bagi Rayyan senyum nampak gigi tapi tak berjaya.


psst:  Rayyan rindu abah. Mama pun :(