Monday, April 23, 2012

DIY: New Look Clock

Dear diary,

Siang tadi ada kesempatan nak DIY jam yang super annoying. Actually, jam ni present dari my bestfriend masa wedding haritu. Oh! dalam banyak-banyak gift, hadiah ni yang paling unik sekali. Adooi! berpinar mata nak tengok jam. Nak-nak pulak bila dalam gelap. huhu! Plus haritu husband ada gantung balik jam ni dalam bilik, memang rasa tercabar gila lah nak tengok jam pukul berapa. Alih-alih main agak-agak pukul berapa datuk harimau je la dalam bilik. To my besties! sorry sesangat ok sebab aku dah upgrade present kau. Mungkin itu unik di mata kau.. tapi berpinar nak tengok nombor di mataku. hehe! (Nasib dia takde blog)

What do yo think? aahah! so annoyed nak tengok waktu kan. Btw, bagi aku jam ni mmg unik sebab texture permukaannya sangat cantik. Sebenarnya, setiap nombor asal adalah berwarna putih. Lagi bertambah pinar bijik mata nak tengok. Last-last husband warnakan nombor dengan markerpen. Lagi annoyed. huhu!

Painting in progress. Bila bukak stor belakang jumpa cat putih lebih husband cat rumah. Terus capai berus takmau pikir panjang dah. Berus jangan tak berus. hehe! 

Tadaa. Pukul 11 pagi tadi jam siap sedia digantung seperti sediakala dalam bilik. Huhu! Dot dot tu aku amik  ehsan dari measurement length yang aku belik Rayyan tempoh hari. Cukup-cukup pulak ada 4 ketul.

Sekian sahaja DIY aku untuk hari ni. huhu! Even tak seberapa, tapi sangat satisfied. Best jugak jadi suri rumah ni. Banyak benda sebenarnya yang aku boleh buat kat rumah. Say NO to boring ok! Ada lagi next DIY yang aku sedang rancangkan. Banyak pulak barang-barang terpakai dalam stor yang boleh di'upgrade. Till next again. Bye!