Wednesday, April 25, 2012

DIY: New Look Frame

Dear diary,

Harini ada kesempatan nak habiskan DIY frame yang dah semalam dua dibiarkan dalam stor after painting last day. Idea ni tiba-tiba datang bila tengok banyak sangat frame-frame lama yang tak pakai dalam stor. Daripada dibiarkan macam tu aje, lagi baik aku refreshkan apa yang dah ada supaya nampak lagi cantik. Hopefully la kan. hehe! Husband balik nanti boleh la suruh dia tolong gantungkan dalam bilik since dinding kat bilik pun nampak kosong je without any frames.


Ini lah bahan-bahan utama yang dah selamat di'transformasi oleh jobless a.k.a suri rumah sepenuh masa itu. hehe! 1st thing tengok frame kayu tu masih elok lagi. Gambar kapal ape ntah. Ada kapal, ada burung, ada bulan. haish! Cuma kat belakang tu je ada sikit anai2. So after cuci. Anai-anai pun hilang. 2nd part pulak aku jumpa frame puzzle tu. Nice sangat tapi dah nampak kusam sikit. Terus dapat ilham nak combine'kan aje dua-dua tu. (Kalau budak-budak skolah baca belog aku ni, jangan tiru ayat makcik ni ok. hihi)


Macam biasa, kena cat la baru nampak bersinar. huhu! Now, dah takde kapal mapal lagi dah. Padam semua dengan cat putih. Bingkai tu jugak aku cat baru dengan gloss paint lebih husband cat pintu bilik. Time ni kejap-kejap jenguk bos kecik tu takut terjaga dari tidur. Kalau dah jaga, tak siap la projek. huhhh!


and finally, berjaya jugak disiapkan puzzle frame aku ni. puzzle tu aku cuma lekatkan di atas permukaan frame kayu tu dengan doubletape. Hopefully lekat kuat lah ia. hehe! Kerja penggantungan akan bersambung sebaik sahaja husband balik esok. Sebenarnya kalau frame ada dua penyangkut ni, aku fail sikit nak gantung takut tak sama pulak nanti. Maklumlah mata secondhand.

Tadi petang, adik ipar datang umah kejap sebab nak tumpang mandi solat then dia kena pegi sekolah balik. Impressed jugak la minah tu tengok hasil kerja akak ipar dia nih. hehe! Siap cakap kalau gantung kat ruang tamu pun orait. Kalau dalam bilik, tak nampak. Bluurrpp! Tapi keputusannya bergantung pada big bos balik esok. Aku rasa gantung dalam bilik je kot. hehe! To dear readers, apa lagi. Jom selongkar stor tengok apa benda yang boleh di make over. Syok rupanya main-main kitar semula ni. DO IT YOURSELF? Yes! i do.. Selamat mencuba..