Saturday, April 14, 2012

Monolog aku dan si manja..

Dear Rayyan,

Jam dah menunjukkan waktu 11 malam. Hopefully sayang mama ni dah nyenyak tidur. Semoga mimpi indah. Dah lama mama tak tujukan entry ni khas buat anak mama. Teringat masa mengandungkan Rayyan dulu, mama selalu jugak bermonolog sendiri dalam belog ni. Best tau ada belog diary mama ni. Takde ruangan komen. No conversation. Kalau boleh setiap masa, setiap waktu, setiap detik apa yang berlaku pada kita, mama nak luahkan kat sini supaya bila Rayyan besar nanti, mama nak Rayyan tahu betapa mama terlalu sayangkan anak mama.

Malam ni mama tengok Rayyan makin- makin aktif. Time tidur Rayyan pun dah banyak 'skip'. Fuh! puas mama main-main gomoi-gomoi Rayyan satu hari ni tau. Rayyan now makin expert nak gigit. Bila Rayyan pegang jari mama, kejenye nak gigit sajo. Walaupun sakit, mama tahan jugak rasa sakit tu sebab mama tahu Rayyan suka buat macam tu. Gatal gusi eh.. :)) Bila mama terjerit. Rayyan bukan main suka lagi. Bila mama tertinggi suara, Rayyan mula buat muka sebik. Kesian anak mama. Rayyan makin bijak sekarang. Alhamdulillah mama dan abah tengok, Rayyan makin paham apa yang kami cakap. Bila mama cakap TAK BOLEH sambil geleng-geleng kepala, Rayyan will stop doing sumtin yang mama tak bagi. Bila dalam rumah, tempat favourite Rayyan selalu nak usik is tempat kabel TM. Mentang-mentanglah banyak pulak kabel kat situ siap nyala bagai.. suka sangat dia. Nantilah mama pujuk-pujuk abah belikan console table tinggi sikit letak kat situ. Hope Rayyan tak boleh capai / main-main lagi kat kawasan danger tu. 

Kalau Rayyan nak tahu jugak, sekarang ni Rayyan makin kuat mengesot. Merangkak belum lagi. Daripada ruang makan, ruang tv, ruang tamu.. semuanya Rayyan dah redah pakai siku dan lutut. Macam askar la mama tengok. hehe! Lajunye bukan main lagi. Tambah pulak kalau mama bukak laptop depan Rayyan. Fuh! Berasap siku punya laju Rayyan datang kat mama. Hm... terhibur sangat bila tengok telatah anak mama ni. Bila mengadap laptop, Rayyan suka tepuk-tepuk picit-picit laptop mama. Tak boleh la sayang.. Nanti rosak lagi.. abah marah mama lagi.. huhuu.. Dah la laptop lama dah rosak terus tak repair lagi. Kita sama-sama jaga lappy yang abah belikan ni k. Kalau rosak lagi, Rayyan dah tak boleh nak belajar alif ba ta, tengok upin ipin.. Rayyan kan suka tengok upin ipin. Bila tengok, melopong mulut Rayyan tanda excited la tu. Alahai anak mama..

Tengok tu, anak mama dah pandai mengemas sekarang..

Ada satu perkara yang buat mama betul-betul terharu is bila pertama kalinya dengar Rayyan dah boleh kata MAMAA.. ABAA. Rasa nak menitis air mata tahan sebak sebab terlalu gembira dengar Rayyan panggil mama. Rayyan buat mama tersedar. Uh! aku sangat bertuah sebab ada anak yang sangat comel. Terima kasih Allah atas rezeki yang Kau berikan. Tak ternilai rasanya amanah yang satu ni. Mama dan abah akan sentiasa pastikan yang terbaik untuk Rayyan. Insyaallah.. Tapi mama tengok, Rayyan selalu panggil / sebut MAMAA bila Rayyan nakkan sesuatu benda tapi tak dapat. Bila satu benda Rayyan nak buat tak dapat, Rayyan akan cari mama.. merengek-rengek manja.. sambil mintak dukung.. sambil buat-buat menangis.. sambil sebut mamaaa. Hati naluri ibu. Even sakit benar nipps mama Rayyan gigit.. tapi tak sampai hati mama nak cubit Rayyan tau. Mama relakan aje. Kuat gigit la anak mama ni. Abah pun kalah. hehe! Apa-apapun mama tetap sayang ayen..

Okeylah sayang mama. Setakat ni dulu monolog mama untuk Rayyan. Insyaallah ada masa nanti mama update lagi ok. Sebelum tidur mama kena pastikan yang mama kena minum air banyak-banyak then jangan lupa makan kismis. Mama nak produce susu segar buat anak mama malam ni. Mudah-mudahan dengan doa dan usaha mama selama ni, Rayyan akan sentiasa terang hati, mudah masuk ilmu, jadi anak yang soleh, anak yang bijak dan selalu menghormati mama dan abah. Kami terlalu sayangkan Rayyan. Amin..

Yang benar
mama