Friday, April 13, 2012

Oh! So Random!

Dear diary,

Lama jugak tak mengomel sorang-sorang dalam belog ni sejak-sejak husband ada kat rumah cuti. Tak sempat sangat nak update belog, belogwalking, fesbuking etc. Dua minggu bagaikan dua hari husband bercuti. huhu! Bila dia ada, aku banyak habiskan masa bersama-sama. Ada saja yang nak dibuatnya. Macam biasa, lepas je dua minggu cuti.. time kena pergi kerja balik tu adalah sangat membosankan buat husband. Terpaksa tinggalkan anak isteri bagi mencari sesuap nasik. huuhu! Bunyi sedih je ni. Rindu benar dah. Semalam, waktu husband nak pergi.. Rayyan tengah tidur lena. Lama betul dia tidur. Kesian sangat. Aku tahu husband sangat sebak time tu, bila dia cium-cium Rayyan sambil berpesan. Tapi ditahankan jugak rasa tu dalam hati. Takpelah sayang.. kita kuat! Chayok!

Sambil Rayyan tengah lena tidur, husband usap-usap ubun-ubun Rayyan..
"Sayang.. abah nak pegi work dah ni. Ayen jaga diri elok-elok tau. Jaga mama. Kuat. Takmau nakal-nakal. Macam biasa, hari-hari Ayen kira jari ok. Lagi dua minggu abah baik. Abah sayang Rayyan.." 

Dalam masa yang sama, aku yang over sebak lebih semalam. huhu.. But now, hopefully all those feeling will faded away. Insyaallah.. sekejap je ni..

Sepanjang husband ada kat rumah haritu, banyak benar rasanya benda nak diupdate. 1st thing, nak update pasal mak tok. Insyaallah, harini dia kena operation kaki. FYI, Mak tok sebelah husband ni mengidap kencing manis. Nak dijadikan cerita, last December tok terjatuh, kaki luka, then terus merebak sikit-demi sikit. Sebelum ni, tok dah kena potong satu ibu jari kaki. Now, aku dapat story harini dia kena potong lagi kaki sampai ke bawah lutut kalau tak silap. Nauzubillah.. Tok memang suka makan benda-benda manis masa muda dulu and keturunan sama kot. Hm.. tu la bahayanya diabetes ni. Sebab tu la.. dari dulu lagi aku dah mula kurangkan makan benda manis. Mudah-mudahan semuanya selamat nanti. Insyaallah..

Bulan ni jugak ujian belanjawan sangatlah mencabar. Macam yang aku info sebelum ni.. Masa husband ontheway balik sini, van breakdown tengah jalan. No solution, terpaksa bawak repair workshop kat KL. Terpaksalah husband balik dengan bas last day sampai rumah pukul 1 pagi. Bila kira-kira, banyak benar major breakdown tu. Pheew! Tokey workshop budget-budget cost dalam 2.5K. Terus buat-buat parkinson. Memang pening kepala jugak husband mana duit nak cekau. Terpaksalah pakai saving. Hm.. ujian, ada hikmahnya ni. Oklah taknak cerita bab duit dah. Kang pening kepala pikir lebih-lebih. hoho!

Banyaknye aktiviti Rayyan bila si abah balik. Dia tak pernah rasa bosan langsung bila abah ada. (Mama Rayyan lagi la tak busan sebab dapat jenjalan. hehe!). Haritu BIL dapat voucher jusco then dia tak pakai then bagi kat husband. Cepat-cepat angguk kepala. ahah! Jom Jusco! Jom Pasific!. Dapat redeem beli baju Rayyan dua pasang masa kat Jusco. Shopping kena limited la this month. Huwa! Tapi takpe, yang penting aku dah claim husband belikan telekung baru kat Kemboja. Made in Vietnam kata cik tokey. Kalau kena tipu, nasib la. huuuhu.. But it's so comfortable! Thanks chubby :))

Layan gambar jap at Jusco..

Sebelum shop baju Rayyan, kita lunch hour dulu. Both of them are my boyfie fullstop

Mulanya masing-masing berkira nak makan apa. Lastly teringat nak cuba pizza baru neh. Yang ada ala-ala serunding atasnye tu. What we call triple chicken sensation. 3D, ada chicken floss, chicken loaf dan  chicken salami. Pizza ini juga digandingkan bersama dengan triple sensation platter. Sangat-sangat recommended! Sila rujuk iklan :)). Rayyan cuma dapat makan mushroon soup. Best trial baby..

After lunch, baru selesa nak cuci mata. Perut pun dah kenyang. Tapi Rayyan tak cukup kenyang. Perut kena isi minyak. Baru ada tenaga. huhu! Kesian Rayyan. Sambil-sambil husband belek-belek apa yang patut, aku and Rayyan masuk baby room for breastfeed.

Harus tukar pampers untuk keselesaan tersayang. Masa ni Rayyan baik-baik saje sebab seronok tengok wallpaper dinasours keliling bilik. Baby suka, mama pun selesa. That's why i loved Jusco much!

Ok sayang. Good boy! Rambut baru kena potong dengan cik abah. Siap buat trojen lagi. Pheew! 

Rayyan & Mama

Bila jenjalan, aku cukup tak suka kalau rushing-rushing. After pegi Jusco memang husband planning nak tengok autoshow. Ala.. tak puas lagi nak tawaf Jusco. Tapi kesian pulak kat dia. Lepas solat zohor (nak dekat pukul 4 pun) kat sana terus rushing balik. Balik rumah dulu solat asar plak then terus pegi. Bila sampai-sampai jer.. autoshow dah nak penutup. Husband ada la bebel-bebel kejap, tapi nasib baik tak series. pastu tutup mulut. hehe! Sori sayang.. Bukan mama yang buat lambat k..


psst :  I'm so in love with them