Friday, April 6, 2012

Rayyan Aiman 7 Months

Dear diary,


  • Pejam celik pejam celik usia Rayyan dah masuk 7 bulan. Alahai cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam Rayyan tendang-tendang dalam perut. huhu!
  • Last day ada buat check-up kat klinik. Berat Rayyan 8.1kg. Alamak! turun sikit berat badan dia.
  • Rayyan now dah makin-makin-makin bijak. Dia sangat-sangat kenal sape mama dan abah beliau. Rayyan jugak dah boleh sebut mama and aba.. Tahniah sayang!
  • Setiap hari aku akan sediakan dia solid food. Makanan kegemaran beliau adalah carrot puree. Tak lupa jugak. Budak kicik ni suka makan rusks. Bila time makan, aku pastikan dia minum air zam-zam.
  • Seawal Rayyan 7 bulan, dia dah start tumbuh gigi. Gigi pertama beliau adalah di bahagian bawah satu batang. and now, aku perhatikan gigi atas pulak nak tumbuh satu batang. huhu! macam best je anak mama tumbuh gigi satu satu ni. hehe!
  • Bila dia dah ada gigi, alamatnya bila time aku menyusu haruslah berwaspada selalu. Kalau dia taknak please jangan dipaksa. Kalau tak menjerit la kau. huhu! Ada satu hari tu, dia ketap gigi kat nipps protes lepas geram kat aku. Bukan main sakit lagi. 4 5 hari baru recover. Series! Atooi! Bahaya betul bila dia dah start nak asah gigi. huhu! Tapi bila abah and mama ajar baik-baik cakap cannot bite.. lama-lama ada respon macam dia dah paham.
  • Time-time nak tumbuh gigi ni.. orang cakap budak-budak akan gatal gusi. ahaha! apa saje dia nak gigit.. selalunya dia suka pegang jari orang then masuk dalam mulut sebab nak gigit-gigit. haish!
  • Rayyan makin aktif practice nak merangkak. Tapi masih dalam percubaan. Bila dia meniarap, then angkat bontot and kaki tinggi-tinggi.. aku rasa teruja sesangat. Terhibur dengan telatah beliau. Pheew! hilang segala masalah bila bela anak di depan mata.
  • Bila naik baby walker, kaki makin ligat jalan sana sini. Tak sabar nak tengok Rayyan berjalan nanti..
  • Bila naik carseat pulak.. lately kadang-kadang dia teruja.. tapi kadang-kadang dia buat muka masam betul. Protes sebab terpaksa kena ikat duduk diam-diam kat situ. hehe!
  • Kalau bab mandi pulak, as usual aku akan mandikan dia 2 kali sehari. Pagi dan petang. Bila mandi dah tak macam dulu lagi duduk baik-baik je. ahaha! Sekarang ni bila nak bagi mandi.. sentiasa kena umpan dia dengan itik, ikan, kura-kura etc segala mak nenek mainan dia dalam toilet. Baru boleh duduk diam.
  • Bila nak pakaikan baju pun sama jugak. huhhuuu... semua benda dia nak capai.. sayang.. sayang.. :))
  • Rayyan suka sangat dengar lagi alif ba ta.. Bila pasang bagi dia tengok.. mesti senyap je dia. Rayyan jugak paling alert dengan zikir-zikir or azan kat tv. Bila dia dengar ada zikir je kat oasis.. bukan main baik lagi dia. Alhamdulillah!
  • Lastly, aku just nak cakap yang hopefully Rayyan sentiasa sehat-sehat selalu. Mama and abah selalu doakan yang terbaik untuk Rayyan. Jadi insan yang berguna suatu hari nanti. Insyaallah..