Sunday, May 20, 2012

Happy Birthday Sayang!

Dear abang,

Rasanya ini adalah 1st time sayang coretkan perasaan sambil bermonolog khas buat abang. Diharapkan, bila-bila abang bukak blog ni nanti, pleasa la curik-curik je baca ok. Jangan baca kuat-kuat bila time yang ada depan abang. Malu :)) hehe.. First sekali even secara lisan dan bertulis ni, yang nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 27. Oh! Umur abang berganjak lagi dari satu tahun ke tahun. Yang doakan yang terbaik untuk abang. Semoga abang dipanjangkan umur, murah rezeki selalu dan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Birthday abang kali ni, abang masih kat laut. Abang pun tak ingat dah harini (17May) adalah tarikh lahir abang sebab hari-hari abang kat sana asyik kerja dan ingat nak balik saja kan. hehe! Kalau abang nak tahu, sepanjang abang takde kat rumah ni, gigih jugak yang dok google-google resipi nak buat kek coklet kegemaran abang. huhu! bilalah abang nak merasa kek coklat buatan isteri 'ayu' ni kan. Asyik hangat-hangat taik ayam sajo. Nak kata takde oven, dah dibelikan pun. hehe.. Kesian kat abang. Insyaallah sayang.. if bukan bulan ni ke or tahun ni ke.. yang janji, yang akan berusaha belajar buat kek untuk abang jugak nanti. Cabaran penting ni.. Bila dah tahu buat kek, abang dah tak payah ketar lutut ketagih kek kat 'Damiral's Bread' tu lagi okeh :))

Tutup cerita bab kek. Now, time to appreciated you pulak. Terima kasih abang sebab selama perkenalan dan perkahwinan kita ni, abang dah jaga yang dengan baik dan cukup sempurna. Betul kata abang, 1 dalam sejuta. huhu! Yang bersyukur sebab ditemukan jodoh dengan insan sebaik abang (kembang kuncup la japgi hidungnye tu). Even pertama kali kita bertentang mata, first time dating yang ada rasa sangsi jugak.. "eh.betul ker aku nak kawan dengan mamat nih? Macam taiko je" tapi, dengan izin dan jodoh dari Allah, kita disatukan. Syukur alhamdulillah. Kalau sebelum ni, cerita musang berjanggut, yang dah boleh hafal setiap jalan cerita dan dialog.. tapi musang berjanggut versi abang memang yang takkan lupakan sampai bila-bila. Masa kita kenal, abang rambut panjang. Dah bertahun-tahun raya tak pernah potong sampaikan paksu Tan suruh potong pon abang taknak. Abang cakap, abang nak simpan rambut ni sampai abang jumpa calon isteri. Satu hari je kita berdating then esoknya abang dah kena naik job kat sabah ke sarawak ntah. Lupa dah. huhu.. then bila abang balik, abang nak jumpa yang lagi. and yang surprise nye abang dah berambut pendek time tu. Sejak waktu tu la hati yang terdetik.. WOW! 'it's you. hehe.. Saje yang tulis kat sini sebab Yang nak  bagi  detik-detik terindah tu biar Rayyan dan adik-adik tahu bila baca blog mama nanti.. Diorang  mesti senyum-senyum je baca cara abahnye nak mengorat mama.. huhu.. "Rayyan... terrer tak mama??" hehe..

Masih lagi tersimpan kenangan terindah tu. Dikirimkan MMS terakhir abang berambut panjang. (Tahun 2009)

Dikesempatan ni jugak yang nak buat satu permintaan. Selalunya orang cakap, kebaikan akan menutupi segala keburukan dan kelemahan kita. Even yang tahu abanglah suami paling hebat di alaf ni.. tapi yang harap sangat dengan usia yang makin meningkat ni.. abang please la control sikit sikap suka membebel tu ok. hehe.. seriesly. abang memang suka bebel. Nak-nak pulak kalau yang ada buat salah. pokpek je kejanye.. Bukan apa, yang takut perangai tu nanti menurun kat anak kita, Rayyan. huuhuu... JANGAN MARAH. Nanti cepat tua. Wek! hehe.. Rasanya ni la entry paling sengal sekali yang pernah cipta. Atoooii.  Menaip ikut rasa hati. Sebenarnya entry ni yang taip masa 17may lagi, tapi disebabkan kesibukan menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak anak kita, baru malam ni sempurna nak dipost. huhu.. Okeylah abang. Lastly.. ketahuilah setiap saat, setiap detik, setiap nafas yang hanya untuk abang. Yang terlalu sayangkan abang. Semoga hubungan kita kekal berkekalan hingga akhir hayat. Insyaallah.. Amin..


psst: Bila birthday suami, ada ker isteri post entry macam aku ni. Pheew~