Wednesday, May 23, 2012

Malam kemanisan :))



Dear diary,

Seawal pagi camgini dikala orang tengah sibuk-sibuk bersiap ke tempat kerja.. siap-siap ke kelas.. aku dah buat entry. Short entry sajo. Janji! Gigih sungguh! huhu! Kalau tak selalunya time camni masih bermalasan atas katil sambung golek-golek after subuh dengan bos kecik. Why? ahah.. actually my hubby dah balik. Hoyeeeah! Syukur alhamdulillah perjalanan yang panjang itu berakhir dengan kepulangan yang selamat malam tadi. Syukur! Sebenarnya husband ambik cuti 2 hari. Kalau selalu-selalu dia balik hari Khamis, jadi dapatlah dia balik awal kali ni. Teringat anak bini katanya. hehe.. Time husband balik malam tadi, Rayyan Aiman dah nyenyak tidur. Banyak benar dah aku update pasal Rayyan kat abahnye malam tadi. Tak sabar benar nak main dengan anak bini. huhu! Tiba-tiba Rayyan bangun pukul 11 lebih. Terkejut tengok abah dah ada kat sebelah. Pegang-pegang janggut.. main-main muka abah.. Ok! sah! abah dah balik.. (Padahal sebelum Rayyan tidur aku dah mention dah yang abah balik japlagi. Rayyan macam paham je.) Lepas tu Rayyan terus tak boleh tidur. Yang kami laki bini ni buat-buat tidur pun dah tak boleh pakai. Rayyan ajak main. hehe.. Mainlah abah bersama anak dan mamanya puas-puas sampai pukul 12 lebih malam tadi. Alangkah sempurnanya malam tu siap berkira-kira nak hadiahkan Rayyan adik lagi  ;))

psst: Rayyan is 9months today!