Thursday, May 10, 2012

Rayyan Aiman 8 Months

Dear diary,

Pagi ni nak update perkembangan Rayyan sepanjang 8 bulan kelahirannya. Syukur alhamdulillah, syukur yang tak terhingga sebab dikurniakan anak seperti beliau. Rayyan sangat memenuhi ruang kegembiraan dan kecerian dalam rumah tangga kami. Alhamdulillah. Pejam celik, memang cepat benar masa berlalu. Sekarang Rayyan dah berumur 8 bulan. Lagi 4 bulan Rayyan dah cukup 1 year. Oh! dah besar anak bujang aku tu. ooyea! Seronok sangat bila hari-hari dapat gomoi-gomoi budak ucuk tu.. hehe..

Haritu aku dan husband ada pegi Klinik Iman sebab nak amik ubat sakit tekak plus make appointment untuk papsmear test. Dah kebetulan tu ingatnye nak update la berat Rayyan sekali. Tapi malang, kat klinik takde penimbang baby pulak. haish! Masalah tu. So berat Rayyan belum dapat update lagi. Tapi, memang nampak jugak badan Rayyan dah susut sikit. Mungkin jugak sekarang ni dia makin aktif. Susu pun kadang-kadang kuat minum.. kadang-kadang tu banyak jugak skip. Makanan tambahan pun biasa-biasa saja. Kalau aku buatkan carrot puree, susah jugak dia nak habiskan. Tapi kalau all about kentang meal, memang dia suka makan. Paling favourite adalah kentang goreng. huhu! suka makan kentang rupanya anak aku neh.

Cerita bab aktiviti Rayyan pulak, Oh! dia dah totally pandai merangkak. Sangat aktif. Bila dah merangkak tu, kuranglah sikit kotor bajunya. Sebab sebelum ni bila dia start mengesot like a soldier, habis kotor baju Rayyan mop lantai. huhu! Rayyan jugak dah pandai nak duduk. Bila penat merangkak or mengesot, terus dia parking baik punya nak letak bontot. Oh omelnye.. hihi! Tapi masih kena hati-hati tahan badan dia dari belakang sebab takut tersembam or terguling. Best sangat moment tu. Selain tu, Rayyan sekarang ni jugak dah pandai nak panjat-panjat badan orang sebab dah nak berdiri. Selalunya badan mama dan abahnye la yang jadi tiang. hehe! Rayyan jugak suka nak tunjuk skill berdiri beliau kat cabinet tv, sofa etc.. huh! Lasak dah anak aku ni.

Pertama kalinya Rayyan dah pernah jatuh katil last day. Oh! sangat pity. Sebab masa tu Rayyan tengah tidur and mama dan abah tengah bertong tang kat dapur. Tak perasan pulak Rayyan dah bangun and terus buat aksi stuntmen kat katil. Kesian sangat tengok dia menangis. Tapi alhamdulillah, after pujuk-pujuk.. Rayyan ok balik. Hope sangat lepas ni perkara tu tak terjadi lagi. and now setiap kali dia tidur, mesti aku awasi dia. Kalau tak pun, bila siang bagi dia tidur kat bawah depan tv je. Senang sikit kalau aku nak wat kerja rumah..

When we talk about teeth, hehe.. Rayyan sekarang ni memang tengah sibuk mengumpul gigi. Now dah naik lagi satu gigi atas beliau. So total gigi Rayyan sekarang is 5. Pheeww! Dengan pertambahan yang memberangsangkan tu la maknanya makin kerap aku kena gigit. Fuh! scary betul. Selalunya bila nak bagi dia tidur, memang sah la kan kena bagi 'candu' dulu. Kadang-kadang kalau dia masih taknak tidur and sampai 3 4 kali jugak la aku nak upah susu.. 3 4 kali jugak lah aku kena nyyiiit (gigit) hoho.. Sakit laaaaaa Rayyan Aiman!! Kat rumah dengan cara kat rumah. Dalam kereta bila nak breastfeed pun sama jugak. Kat dalam kereta lagi lah mencabar sebab tengok banyak sangat benda dalam kereta dia nak usik. huuuu... Tapi bila Rayyan gigit.. dia pandai nak usik aku balik. Macam haritu dalam kereta aku nak bagi dia susu tapi dia refuse taknak susu sebab takut terlena. Apa lagi bila kena paksa minum susu, dia buatlah perangkap. Gigit aku sikit. Lepas tu terus buat muka senyum-senyum sambil tarik tudung aku tutup muka dia. Atooii.. masa tu husband sonok sangat tengok telatah anak bujang dia tu. Sangat mencuit hati. Nak marah pun tak jadi. Macam abah dia jugak. Suka usik bagi orang marah, pastu buat orang tak jadi marah.. sayang..sayang.. :)

Selain tu, aku tengok sekarang ni kulit Rayyan agak sensitif jugak. Baru 2 3 hari lepas paha and kaki Rayyan naik ruam merah. Abah Rayyan yang paling risau sekali. Macam-macam andaian dia buat. Tukar sabun la.. mama makan seafood la.. macam-macam lagi. Padahal sejak Rayyan makin aktif bergerak ni biasa la kan. Kaki pulak selalu terdedah, pakai seluar pendek, pakai romper bagai.. so kaki selalu bergesel kat lantai. Nak kata lantai tak bersih, selalu je pun aku sapu and mop lantai. huuu.. Hopefully, after sapu ubat and letak bedak aiken banyak-banyak-banyak tu, cepat la ruam hilang. Insyaallah..

Sebijik acuan abah. Wink! Rayyan 8m.

*****
Kat bawah ni ada sedikit info tentang perkembangan bayi usia 8 bulan menurut Babycenter. Sharing is Caring :))

Duduk, merangkak dan berdiri 

Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung. Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi. 

Menggunakan tangan

Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya. 

Sifat semakin emosional 

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.

Apabila berpisah 

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya. Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda. 

Mengeksplorasi objek

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya. Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali. Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya. 

Penglihatan yang semakin baik

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. 

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.

Source: BabyCenterMalaysia