Sunday, May 6, 2012

Speghetti Carbonara for Dinner

Dear diary,

Harini ada kesempatan nak share simple dish yang super sedap. Seperti sedia maklum, masa husband balik cuti haritu, aku sambut beliau dengan dinner spegeti ni. Even petang tu Rayyan tidur kejap-kejap jer, tapi aku gagahkan jugak siapkan hidangan ni. Siap snap pics bagai lagi. hehe..

Bahan-bahan:
  1. Spegeti
  2. Prego Carbonara Cendawan
  3. Cendawan dalam tin (Aku prefer ayam brand)
  4. Breast fillet
  5. Udang (Buang kulit)
  6. Susu segar
  7. Blackpepper
  8. Parsley
  9. Olive oil
  10. Bawang merah + Bawang putih (Dipotong dadu/halus)
  11. Garam + Secukup rasa

Cara-cara:

Gaulkan isi ayam dan udang bersama blackpepper, garam dan juga sedikit secukup rasa. Biarkan selama 1 minit. Mesrakan mereka..

Tuang olive oil, kalau tak ada pakai butter pon ok. Goreng seketika isi ayam dan udang sampai sedikit masak. Kemudian ketepikan.

Dalam masa yang sama, didihkan air kemudian masukkan spegeti. Tambah sedikit minyak supaya spegeti nampak lebih berkilat dan cantik. Dah siap, toskan..

Masukkan olive oil. Tumis bawang sampai naik bau. Kemudian masukkan isi ayam dan udang yang dah separuh masak tadi. Masukkan prego carbonara (1 tin boleh makan untuk 4/5 orang), susu (sebab sos prego dah pekat), cendawan, sedikit garam dan blackpeeper. Gaul seketika kemudian padamkan api. Senang kan..

Tadaaa. Inilah hasilnya speghetti Carbonara saya. Hidangkan bersama dengan taburan parsley supaya nampak lebih menarik.

Seperti biasa, two thumbs up dari husband. Selamat mencuba :))