Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 25, 2012

23 June 2012

Dear diary,

Happy birthday Rayyan Aiman yang ke 10 bulan. Lagi 2 bulan menghitung hari genap Rayyan setahun. Syukur alhamdulillah. Semoga Rayyan membesar dengan sehat selalu. Sebelum menaip rasa banyak sangat benda yang nak share, tapi bila jari dah mengadap lappy.. banyak plak yang dah hilang. huhu! Try your best mom!

Oklah, firstly update husband dah selamat pulang ke home sweet home malam Jumaat. Syukur alhamdulillah. Semuanya selamat. As usual, masa husband sampai tu.. Rayyan dah nyenyak tidur. Nyenyak sangat sampai boleh dengar dia punya berdengkur. haish! Perangai abah nih. huhu! Dan macam biasa jugak, bila husband dah siap mandi solat semua.. puaslah pipi Rayyan kena kiss dek abah tanda rindu bebenar la tu. Kalah abah kiss mama tau. *ihihi* and suddently, Rayyan pun celik bukak mata. Supprised! tengok abah dah ada depan mata. Terus taknak tidur dah. Masa tu tak salah aku dalam pukul 12 malam. Aku tengok Rayyan happy sangat bangun tidur tengok abah dah ada. Rayyan senyum-senyum, golek-golek, main janggut abah, pegang pipi abah dll. Selalu bila husband balik, memang macam tu. Kalau sebelum ada Rayyan, aku lah orang pertama yang husband terkam.. tapi bila dah ada anak ni, kena lah bahagi dua. hehe! Terkam anak dulu then baru terkam isteri. ahahaha.. Kalau diikutkan main Rayyan, memanglah dia nak main sampai ke siang. Tapi bila dah dipujuk-pujuk tidur. Baru Rayyan sambung tidur balik. Best!

Rayyan bangun awal sebab dia tahu abah dah balik. Rugi kalau bangun lewat-lewat ni. Tak salah seawal jam 8 pagi dia dah gosok-gosok mata. Sambung main-main, gomoi-gomoi dengan abah sampai puas. Pagi, tengahhari, petang and sampailah ke malam as usual abahlah yang mandikan Rayyan dan sebagainya. Mama bolehlah rehat sikit bila abah ada. heheh! After siap-siap sume, kitorang bawak Rayyan pegi Klinik. Fever Rayyan tak betul-betul baik lagi. Kesian sangat. Kadang-kadang ok, kadang-kadang nak bernafas pun susah. Ketat hidung. Bila sampai klinik, ramai pulak orang. Terpaksalah tunggu turn dengan penuh kesabaran. Bila nama kena panggil, check berat everything.. terus buat nebulizer sebab dah ada appointment. First time Rayyan merasa sedut asap semalam. Kesian oo. Sapa yang ada anak, mesti diorang faham. Tak sanggup tengok anak menangis depan mata kan. Tapi demi kesihatan Rayyan. Terpaksa kena buat jugak. 

Mr Cool. Good boy my boy!

Neb time.

Thursday, June 21, 2012

Waiting husband

Dear diary,

Aktiviti aku harini macam biasa. Tak macam orang lain yang super duper hot mommy berkejaran sana sini hantar ambil anak dari nursery ke school then lari-lari ke kantor bla bla bla. Maybe one day akan jadi hot mommy jugak kot. Sekarang ni husband bagi chance relax-relax lagi kat rumah boleh la.. huhu! Pagi-pagi  morning lagi Rayyan bangun seawal jam 8 then bila ditepuk-tepuk, bum terlena balik sampailah ke pukul 10 pagi. Waktu tu pun Rayyan terjaga sebab bunyi telefon. Husband call. Bila dah terjaga for the second time tu, memang dah takde chance nak tido balik la kan. Terus main-main, gomoi-gomoi budak kecik tu sampai lebam. Fever pun makin ok. Tapi now dah berjangkit kat mama dia la pulak. Adoi! Selsema. Sangat-sangat tak selesa. Kita yang dah tua ni pun rasa tak selesa bila flu, inikan pulak anak kita. Kesiaan Rayyan Aiman. Harap sangat dia dapat recover secepat mungkin sebab mama dah take over flu Rayyan ni. huuuu!

Bila soal makan ubat, dulu Rayyan cool je bila kena makan ubat demam. Tapi lately, sejak makin bijak akal berkodi-kodi.. susah pulak dia nak dibagi makan ubat. Last day check-up pulak doc bagi tiga ubat nak kena habiskan. Fuh! Mencabar la aku nak bagi Rayyan ubat. Puas tawaf satu ruang tamu. Pheew! Bila nak bagi makan tu, puas kena pujuk-pujuk, pretending sooo happy, nyanyi sana sini then baru dia nak bukak mulut. Sapa kata jaga anak ni tak mencabar? Hm.. memang kena banyak-banyak bersabar. 

Pagi - Masa untuk makan ubat.

Maghrib - Tunggu abah balik bersama cool fever

And now, Rayyan dah tidur-tidur ayam atas katil yang super wangi lepas mama dia sembur febrese. Husband nak balik la katakan. hehe! Tadi sebelum bagi susu pun aku dah bagitau dia malam ni abah sampai. Sama-sama kita doa biar abah selamat sampai rumah. Rayyan tak banyak bunyik, terus nganga-nganga mulut mintak sumbat susu. Bila minum pulak, kejap-kejap dia lepas sebab nak ambik nafas kat mulut. Alahai kesiannya aku tengok. Memandangkan fever Rayyan yang kejap ok kejap tak ok tu then after maghrib tadi rasa macam panas semacam je badan, terus aku tampalkan cool fever pada Rayyan. Hope sesangat Rayyan dapat tidur dengan selesa malam ni. Bila Rayyan bukak mata, then abah dah ada kat sebelah. Insyaallah. Semoga husband selamat sampai malam ni. Amiin!


psst: Rayyan dah nak masuk 10b tak lama lagi.

Wednesday, June 20, 2012

Apom polkadot yang super enjoy!

Dear diary,

Masa kat kampung, hati lonjak-lonjak nak cuba lagi sekali buat apom polkadot. Neways, first time buat dengan Wanie, apom kurang menjadi sebab terlebih tepung. Sukat pakai cawan beso gamaknye. hehe! Bila tak puas hati tu, rasa nak buat lagi sampai jadi. Kena upgrade skill, baru boleh tukar resipi lain. hehe..Petang, gigih pegi Selama sebab nak cari ovelette. Ovelette ni  function untuk mengebukan lagi apom kite. Kalau takde, tak gebu la kot. hehe.. Malam, terus gigih buat sendiri dengan Rayyan pun tak tidur lagi. Mak pulak macam biasa. Buat pemerhatian dari jauh saje sambil jaga Rayyan Aiman. Mandor la katakan. huhu! Aku siap pesan kat mak lagi jangan tidur dulu. Tunggu sampai aku siap buat apom, baru mak buleh tidur. Mak angguk angguk, senyum senyum jer. Jadi malam tu, aku dah berjaya siapkan satu adunan mewakili hampir 100 bijik apom polkadot yang super kiut. Kepada sapa-sapa yang terbaca diary ni dan rajin nak untuk mencuba, boleh lah cuba. Kat sini aku sediakan resipinya sekali.

Bahan-bahan:
1) 3 biji telur (Dari peti sejuk)
2) 1 sudu teh penuh ovelette
3) 1 cawan gula halus
4) 3/4 cawan susu cair
5) 2 1/2 cawan tepung gandum
6) 3 sudu teh penuh baking powder
7) 1 sudu teh penuh asen vanilla
8) Pewarna

Cara-cara:
1) Pukul telur, ovelette dan gula halus. Kemudian masukkan susu cair, tepung gandum, baking powder dan asen vanilla hingga adunan menjadi putih.
2) Dalam masa yang sama, susun atur paper cup untuk proses mengukus.

Kena susun dalam cup. Baru adunan tak kembang setaman bila kukus nanti.

3) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian warnakan dengan pewarna mengikut kesukaan masing-masing. Lagi banyak, lagi menarik apom kite.
4) Untuk mempercepatkan proses benda yang rumit ni, aku masukkan aduanan yang dah diwarnakan tadi ke dalam plastik. Kemudian gunting bahagian hujung.

Make sure gunting bahagian hujung plastik tu kecik jer. Baru cantik nak buat dot dot atas adunan apom nanti.

5) Kemudian, deco-deco lah apom tadi mengikut kesukaan masing-masing. Selalunya aku buatkan dua layer  kaler pada apom ni. Di tengah-tengahnya pulak aku letakkan inti contoh seperti coklet, jem, kaya dan sebagainya. Baru apom ada rasa dan menarik. Yang bahagian atas tu, suka hati nak dot-dot ker, nak buat smile ker, bunga ker tak kisah. Asalkan kau bahagia. hehe!

Kan dah cakap. Suka hati nak deco apa pun. Masa ni memang enjoy even anak tengah berjoget-joget bawah meja nak intai apa mama tengah buat kat atas meja tu. hehe..

6) Finally, kukus adunan apom tadi. Make sure api tak terlalu panas sebab adunan akan pecah bila dikukus. Masa first time buat, apom tak berapa nak jadi. Pecah-pecah sebab api terlalu panas. Tapi masa cubaan kedua, alhamdulillah dari A to Z, semuanya menjadi. Best! :))

Taraa! hasil cubaan kedua. Nampak lebih proper kot. hehe.. SELAMAT MENCUBA!


psst: Next resipi, Pavlova. Insyaallah!

Tuesday, June 19, 2012

Get well soon my dear!

Dear diary,

Alhamdulillah after 1 week bercuti kat kampung, now back to home sweet home berdua bersama si kecik. Bila balik rumah, as usual banyak benar kerja rumah kena buat. Sapu sampah, mop lantai, laundry.. laundry, cuci toilet, lap meja, tukar cadar katil etc. Fuh! penat. Now fully done. Rayyan pun dah nyenyak tidur.  Dua tiga menjak ni aku tengok anak bujang tu manja benar dengan mamanya. Asyik nak melekat je. Ingatkan sebab abah takde, tapi mungkin dia tak berapa selesa. Kalau nak tidur pun, dia suka didakap. Macam Rayyan kecik-kecik dolu. Bila tepuk-tepuk, terus Rayyan terlena. Kesian anak kesayangan aku tu. Pagi tadi, dia batuk-batuk. Flu pun jugak. First time usia Rayyan dah nak masuk 10 bulan ni, kesihatan kurang stabil. Berat badan pun turun. Mungkin dia makin aktif.. or keadaan cuaca or persekitaran yang kurang memuaskan. Alhamdulillah, pagi tadi jugak aku dah bawak Rayyan pergi klinik check-up. Masa kat klinik pun ramai benar budak-budak demam,batuk. Kesian sangat. Hopefully after makan ubat 2 3 days nanti, batuk/flu Rayyan berkurangan. Insyaallah..

"Ya Allah, semoga aku cekal menempuh ujian kecilMu ini"


Sunday, June 10, 2012

Rayyan Aiman 9 Months

Dear diary,

Kali ni nak update perkembangan Rayyan yang dah berumur 9 bulan. Syukur alhamdulillah, kesihatan Rayyan sangat baik. Dia kurang dapat demam, kurang dapat batuk, selsema dan lain-lain. Syukur sebab Rayyan dapat membesar dengan sehat hasil susu dari ibunya sendiri. Susu ibu memang terbaikk! Yakin dan sangat mempercayainya. Kan Rasulullah dah bagitahu awal-awal lagi. hehe.. Tapi, cuma satu. Mungkin aku terpaksa control makan makanan laut buat seketika waktu memandangkan now i'm fully breastfeed Rayyan and baru-baru ni Rayyan and aku terkena allergic. Rayyan punya allergic kena kat leher and aku pulak kat tangan kanan. Naik merah, gatal tak ingat la.. Yang paling kesian aku tengok kat Rayyan la. Tapi sehari dua ni aku tengok allergic dia semakin recover. Mungkin dia lebih serasi dengan ubat yang Klinik Kamachi tu. (Klinik Pakar Kanak-Kanak Kamachi). Alhamdulillah.. Berat Rayyan pun bertambah sikit masa check-up haritu. Berat Rayyan dah jadi 8.3kg. Hopefully Rayyan dapat gain weight selari dengan perkembangan bayi-bayi yang lain. 

Semakin hari Rayyan makin bijak budaknya. Dia dah semakin faham apa yang kita cakap especially from his mama dan abah. Rayyan sangat manja. Ya.. macam anak-anak kecil yang lain. Abah balik kali ni manja Rayyan menjadi-jadi. Pantang nampak abah. Keja nak berkepit je dia. Mana taknya. Bila abah ada, abah yang selalu mandikan Rayyan, pakaikan baju, suap Rayyan makan, tukar pakai pampers etc. Makin hari Rayyan makin mesra dengan abah. Dengan mama pun Rayyan lagi la manja. hehe.. Satu hari tu, husband tengah bersiap-siap nak pergi solat Jumaat. Ke hulu ke hilir abah kelam kabut bersiap tapi tak ambik dukung dia pun. Naik hairan la budak kecik tu. Sampaikan bila husband nak keluar rumah, Rayyan mengekor buntut abahnya.. Nangis jugak. Ish.. ish! kesian sungguh anak mama nih. Bila abah ambik dan dukung Rayyan bagitau everything.. baru dia ok. Bila abah dah takde.. Rayyan sorang-sorang merangkak jenguk ke bilik air, jenguk dalam bilik.. then jenguk kat luar pagar. So pity my son neh.. Kalau boleh dia taknak ditinggalkan.

Tengok tu, bukan main manja lagi dia..

Selalunya bila husband ada, time Rayyan menyusu.. abah pun teman menyusu sama. hehe.. Bila abah ada kat sebelah, semangat Rayyan menyusu. Kadang-kadang kelam kabut dia minum sebab takut abah tinggal. Pheew.. jenuh la macam tu. hihi!Pernah banyak kali, bila abah senyap-senyap bangun jer.. terus budak kecik tu kelam kabut nak bangun sama. Gelak je lah aku laki bini tengok gelagat anak bujang sorang. So mana taknya. Kalau nak bagi Rayyan puas menyusu, si abah kena lah temankan sekali. Tapi kejadian macam ni, takde lah selalunya berlaku. Kadang-kadang bila dah lapar sangat, Rayyan dah tak pikir abah kot. hehe..

hello awek!

Waktu-waktu anak meningkat membesar ni, apa yang kita cakap.. apa yang kita buat, sentiasa akan diperhatikan oleh si kecil. Masa ni la perkembangan minda pesat berlaku. hehe.. Dia dah boleh faham apa yang kita cakapkan. Dia dah boleh ikut apa yang kita tunjuk. Apa yang aku dan husband was so impressed last-last day adalah, Rayyan dah boleh ajuk and acukan henset kat telinga sendiri. Proses ni ambik masa berulang kali jugak sejak pemerhatian si kecil terhadap orang sekeliling. Maksudnya kat sini, sekarang ni memang pantanglah kalau aku nak main-main or bergayut or bersms depan si kecik tu. Mesti sebuk memanjang dia nak tahu. hehe! Kalau dengan abah, dilayankan aje anak bujang kesayangan dia tu. Tapi kalau tang mama Rayyan buat macam tu, kena bising la jugak sebab dia suka main picit-picit. huwaaa! Dah la henset koman spana. Sikit hari lagi nak nazak. uhuk!

Ada apa kat bawah bantal neh?

Ehem. ok perkara kedua yang menjadi buruan si kecik ni adalah lappy kepunyaan mama dan abah. Sedang budak-budak lain sebuk dengan ipad segala mak nenek angrybird, Rayyan still maintain pakai lappy. huhu! Takpe sayang.. bersabarlah. Jangan mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yeh! ;P (Padahal menjaga hati sendiri. hehe) Budak ni kan, pantang sangat-sangat bila nampak ada laptop. Tak kiralah kat mana or yang sapa pun. Dia buat suka hati macam harta dia sajo. huhu! Perangai tu aku tak ajar lagi. Dia yang mandai-mandai tahu sendiri. Selalunya kalau aku nak umpan dia be a good man when mama cooking.. aku pasangkan dia bacaan kanak-kanak alif ba ta first. Biar dia tahu huruf-huruf ni sebelum dia kenal apa itu ABC. Syukur alhamdulillah, Rayyan semakin excited bila tengok ada karton berjoget-joget mengaji alif ba ta.. Mama yang tengah masak kat dapur pun kadang-kadang joget kepala sama. huhu.. Lepas dah 2 3 kali ulang tayang benda yang sama, barulah aku tukar pembelajaran yang seterusnya. Aku kenalkan beliau dengan lagu-lagu ABC yang menghiburkan hati, super simple learning, tutitu dan macam-macam adaa.. See gambar kat atas tu, selalunya bila aku bukakkan lappy depan Rayyan, wajib kena tutup awal-awal keypad tu. Kalau lambat siaplah dia main picit-picit taknak lepas. Sekarang ni mama buleh trick lagi la. Esok lusa mesti kena baling je bantal tu dek Rayyan anak bertuah.

Action la anak bertuah nih. Dah yakin pegang sebelah tangan.

Kat sini adalah salah satu tempat kegemaran Rayyan Aiman. Dia suka bangun duduk kat depan tv. Ops! tv mama masil lagi tebal ya ampun. Sedang orang lain dah canggih manggih pakai flat LCD 42'' bagai, aku masih terkebil-kebil pakai tv bapak tebal yang amat ni. huhu! Eh! apa pulak.. BERSYUKUR CEPAT! Nanti Allah marah. Takpe.. bersabarlah sayang. (Proses menjaga hati lagi. hehe!) Bau-bau LCD dah dekat ni. Insyaallah. Cepatlah suami balik. Blurpp! ~ Gambar ni banyak cerita pasal tv dari Rayyan. Ok!

"Mama. ayen nak tengok boxer abah boleh?"

Ok, ini lagi satu cabaran. Sejak-sejak budak kecik ni dah dapat akal nak gunakan kaki tangan sebaik mungkin.. habis satu rumah dia nak mengemas. Paling favourite kat laci almari, rak tv, almari bayu Rayyan etc. Siap nak main bukak tutup laci lagi. Nak-nak pulak bila dia tengok banyak kain baju kat almari. Apa lagi.. syurga la Rayyan Aiman. Mesti dia fikir banyak keja dia nak kena buat nih. hehe.. sayang.. sayang..

"mama... nak dukung"

Selalunya bila aku nak mandi or bersolat, playpen adalah yang terbaik untuk beliau even kadang-kadang dia sangat meragam tunjuk protes taknak duduk kat dalam. Kesian Rayyan. Sori sayang sebab mama terpaksa tinggalkan Rayyan seketika waktu. Pernah satu haritu, time aku tengah solat Rayyan menagis taknak duduk dalam. Fuh! Allah saja yang tahu kekusyukan aku waktu tu. Jadi, solat pun kelam kabut. Habis berpeluh satu badan budak kecik tu. Bila diambik pastu pujuk-pujuk, baru Rayyan ok. Waktu-waktu camni, bayi memang macamtu. Kadang-kadang aku terpaksa jugak kena ajar dia menanggani perpisahan. Even seketika waktu. Bertenang sayang.. Mama akan sentiasa bersama kamu..

Rayyan dalam kereta. Sikit hari lagi dah boleh pusing stering. Atooi! Poning den!

Hai. Nama saya Ray. Call me Mr. Ray!

Last but no last, Rayyan makin banyak kumpul kawan sejak akhir-akhir ni. Mana saja dia pegi, ramahnye bukan main lagi. Bila lalu depan orang ke.. bila kat meja makan then nampak orang lalu je.. mesti dia nak uii uii menegur orang sambil angkat-angkat tangan then buat senyum-senyum gatai tu. hoho! Kecik-kecik lagi dah ikut perangai abah. Abah pulak dok bangga cakap Rayyan ikut perangai abah suka berkawan, peramah, baik hati, sopan santun bla bla bla etc. hihio! Bila kat shop mall pulak, kakak-kakak sale suka melayan si kecik ni. Syok tengok telatah dia dengan gigi gedabak 2 batang besar sama kot. Huuu.. Rayyan.. rayyan.. macam-macam la ayen ni. 

Fuh! entry Rayyan kali ni, aku ter'excited upload pic gila banyak. Rajin sangat dah ni mengupdate belog. hihi..Apa-apapun, aku doakan sepanjang usia Rayyan.. aku nak yang terbaik untuk dia. Semoga sehat selalu dan membesar menjadi anak yang solih dan pintar. Mama terlalu sayangkan permata hati mama. Rayyan adalah harta tak ternilai bagi mama dan abah. Jadi anak yang baik. Amin! Insyaallah..


psst: Masa berlalu begitu pantas.


Thursday, June 7, 2012

Off Works! (Mei to June)

Dear diary,

Uhuk, masuk belog kena buat-buat batuk sebab dah berhabuk dan lama tak hupdate. Hehe! Rindu benar nak mengomel kat sini. Rasa macam banyak sungguh cerita nak share. As usual, since husband ada kat rumah ni.. rutin harian ada saja aktiviti sampaikan nak update belog pun takde masa. Sekadar bukak dan baca entry orang sajo. Mana nak uruskan Rayyan Aiman lagi. Sejak kebelakangan ni si kecik tu bijak bukan main. Pantang benar tengok mama bukak lappy, terus aje dia nak join main tekan-tekan sekali. huhuuu.. Selalunya kalau aku nak online puas sikit pun time malam la bila Rayyan dah tidur nyenyak. Time tu baru puas nak surfing sampai pukul 3 pagi... Itu pun kalau abah Rayyan takde kat rumah la.. hehe.. Kalu dia ada, terpaksa bahagi masa sikit.

Syukur bila husband ada ni, kerja menguruskan Rayyan dapat kami tanggung sama-sama. Yang bestnye, husband suka mandikan dan siapkan Rayyan hari-hari. Hoyeaah! best sangat memandangkan Rayyan sekarang ni nak bagi mandi, nak pakaikan baju.. fuh! bukan main susah lagi. Tahu nak main je kejanya tu. Bila bagi mandi pun, makin susah aku nak mandikan dia kat sinki. Tendang sana, tendang sini. Itu belum mengeliat dalam sinki lagi tu. hehe! Jadi solution nya Rayyan dah besar ni pun masih mandi dalam tab. More safety. Tapi bila husband ada, senang la sikit keja aku. Nak mandikan dalam tab ker.. dalam sinki ker.. it's up to him :)) Keja aku more to siap sediakan towel, baju, bedak etc after Rayyan mandi and susukan Rayyan. Selebihnya, tukar pampers bagai.. semua husband yang buatkan. hehe! Sebenarnya sampai sekarang ni pun bila husband ada, kalau nak mandikan Rayyan.. sebelum tu mesti masing-masing tanya nak pakaikan Rayyan baju apa.. Bersiap nak keluar ker.. bersiap just duk kat rumah ker.. semua sama. Kadang-kadang tu masih lagi bertekak masing-masing nak pilih sendiri baju / stokin untuk Rayyan. ahaha! Excited sungguh la cik laki aku tu..

Rayyan memang suka mandi. 3/4 kali sehari.

Hm, ok. Entry kali ni taknak citer panjang lebar sangat pasal Rayyan Aiman. Update Rayyan 9 bulan akan menyusul kemudian hari. Insyaallah. Hope sangat akan ada masa terluang after this. hehe! Berbalik pada entry kali ni, nak selitkan jugak pics masa kitorang celebrate birthday mak and abah last-last day. Malam tu mulanya berkira-kira jugak nak dinner makan mee udang lagi kat SP or ke Puncak Mutiara Cafe Kg Pelet. Last decision, kitorang bergerak malam tu ke Kg Pelet saja sebab dekat sikit dari rumah.

Happy family!

Sebenarnya aku ni tak pandai sangat nak review or promote gila-gila dalam suatu hal. Tapi aku just nak bagitahu, tempat ni tersangatlah recommended kalau nak bawak satu famili makan sama-sama. Selesa and banyak menu yang disediakan. Kalau nak cari daging kambing, rusa, ostrich, arnab, kijang and segala mak nenek daging semua ada kat situ. Sebab kat situ jugak ada ladangnya sendiri. Kira semua makanan terbaik dari ladang la ni. huhu.. Satu yang tak bestnya malam tu, aku tersilap order makanan. Nak makan beefsteak, aku pegi order lambsteak. attooii! Terpaksa makan jugak la sikit even tak habis..

Selain tu jugak, sejak-sejak cuti sekolah ni.. biasalah musim mengawan. Ramai benar orang kawin. Banyak pulak aku and husband attend kenduri orang kawin. Biasa lah bila dapat mak mertua ada buat catering ni, influence dia lain macam sikit. Ramai sungguh kenalan. Pantang ada cuti sekolah, pasti 3 4 kenduri kena jemputnya. Kami yang anak-anak ni tumpang sekali la dapat makan nasik minyak selalu. hehe.. Haritu, sepupu husband pun ada buat kenduri last weekend.  Fuh! memang penat plus panas teriknya lagi. (PENAT? ahah..ko bukan buat keja apa pun. Mai makan sajo. hihi) Part yang bestnya bila ada budak senyap-senyap curi buah hantaran pengantin. hoho! Kesian pengantin tengok buah hantaran rongak-rongak digigit oleh budak bijak..

Bila suruh letakkan balik buah tu, bukan main refused lagi itu budak.

Apa lagi best bila husband ada kat rumah?? ahaha! Of course la bila dia balik, dapur agak kurang berasap. Kalau berasap pun, mungkin nak sediakan breakfast je kot. hehe! Meal lunch hour tu ada la sekali dua aku masak. Rasanya balik kali ni, boleh kira-kira dengan jari je apa yang aku masak. Checklist tengok..

Breakfast:
Roti bakar with mushroom soup, Nasi lemak, Telur separuh masak, cucur jemput ikan bilis, mee goreng.

Lunch:
Goreng ikan, Gulai lemak udang

Dinner:
Spaghetti

Best-best! dapat hidup macam sekarang ni. Selain makan kat luar, kalau mood bermalasan nak masak kitorang akan serang rumah mak jer. Pasti tak menghampakan bila bukak tudung saji kat dapur. Ada saja makanan. yeehaa! Jimat duit belanja dapur macam ni kata husband. hehe.. Selain tu jugak, bila husband ada ni, dia nak yang terbaik untuk aku dan anak. Keselesaan especially. Kesian jugak tengok husband mengemas bilik belakang sensorang yang dah totally jadi bilik stor. Now, dah clear and nampak rupa bilik la sikit. huuhu! (Sori sayang, bukannya malas nak kemas. Tapi tak sempat nak kemas. Bluurp!) Pastu, Rail langsir yang tiba-tiba buat hal time orang datang rumah boleh pulak jatuh. huwaa! Sangat-sangat kelakar betul la moment tu. Malam tu, masa cousin datang siap bunyi hon keta kat luar rumah.. tup tup.. rail jatuh tergolek kat depan meja makan. Dah la time tu kitorang sesaja jemput diorang dinner kat rumah. Atoooii! sangatlah spoil time tu. Husband semangat nak cepat2 betulkan rail tu balik pun dah tak sempat sebab diorang dah ada kat pagar. ahaha! Aku dgn husband gelak tak hingat je time tu. Macam dalam belakon tv pulak. Then disebabkan kejadian yang dah menjatuhkan sedikit air muka tuan rumah (hehe) terus husband planning nak tukar langsir.  Apa lagi Jusco la solution nya. Malam tu, aku dua laki bini tongtang tongtang deco-deco area yang bermasaalah tu sampai pukul  1 2 pagi. Time camtu je pun Rayyan tak kacau.. Puas hati! Then sebelum husband pegi kerja tadi pun dia dah setel tebang-tebang pokok kayu belakang rumah yang dah berimbun. Thanks si gagah perkasa..

Eh eh. Gaya macam nak naik minyak. Tapi muka ada cenyuuumm. 

Konpius Rayyan Aiman

Sebenarnya macam banyak lagi aku nak mengomel kat entry kali ni. Tapi, takpelah dah panjang jela sangat dah kot. Ada masa nanti akan di'update lagi. Insyaalllah. Dah lama aku kepam entry ni buat pekasam. Sejak husband ada lagi. and baru sekarang dapat sambung update. Actually husband dah on the way ke Terengganu malam ni. Hope semuanya dalam keadaan selamat. Aku terlalu sayangkan suami aku Ya Allah! Kau lindungi lah dia. Semoga perjalanan beliau selamat. Insyaallah.. Amin!

pssst:  Cepatnya masa berlalu..